June 12th, 2010

World Cup 2010  dah bermula malam tadi dengan Mexico bertemu Afrika Selatan berkesudahan seri 1-1, tapi aku baru terhegeh-hegeh nak buka cerita pasal ni, heheh. Tak sempat la beb, ada kerja yang perlu diselesaikan dalam masa terdekat. Anyway, selain daripada cerita pasal bola, orang ramai sekarang tengah kecoh promot macam-macam barang terutama pekedai dan penjual… tak lain tak bukan untuk membantu peminat bola ni kekal berjaga di siang hari.

Ok, biasa la kan, tiap kali Piala Dunia mesti tengah malam dan awal pagi kat Malaysia ni. Bagi yang memang kaki, esoknya lumrah bagi mereka tersengguk-sengguk ketika datang ke pejabat/kuliah/sekolah. Apa yang anda boleh buat untuk mengatasi masalah ni? Aku senaraikan beberapa pilihan rakyat Malaysia sekarang ni:

  1. Kopi - Pilihan paling popular orang kita. Mengantuk je cari kopi, terlelap je cari kopi.
  2. Kopi dengan tongkat ali/ginseng - Ini satu lagi pilihan untuk tenaga tambahan. Tongkat ali bukan kasi kuat je ok, tapi mampu membuat mata tersengkang sepanjang hari. Juga merupakan pilihan segelintir pelajar untuk malam sebelum exam.
  3. Coca-cola - Minuman ringan yang tinggi dengan kandungan caffeine. Minum banyak memang tak mengantuk, tapi bahaya sebab banyak gula.
  4. Livita/Red bull - Juga pilihan baik untuk  mengekalkan kecergasan, pilihan utama pemandu di lebuhraya.
  5. Sabun penghilang ngantuk - produk baru di pasaran, harga antara RM8-RM13, dikatakan mampu menghilangkan rasa mengantuk apabila digunakan untuk membasuh/menyegarkan muka pengguna.
  6. Stretching - Bersenam ringan untuk mengaktifkan otot-otot badan, berkesan untuk jangkamasa yang pendek. Anda mungkin perlu melakukannya berulang kali.
  7. Dengar muzik - Hidangkan telinga anda dengan muzik berentak rancak dan sedikit kuat. Pastikan anda benar-benar menggemari genre muzik tersebut supaya tidak stress sepanjang proses ini. Dilarang sama sekali memilih muzik berentak perlahan dan mendayu-dayu.
  8. Jangan terlalu selesa - Anda dinasihatkan agar jangan terlalu selesa di kerusi empuk yang berada di pejabat. Cuba duduk menghampiri cahaya yang terang dan
  9. Power nap - Tidur sekejap tetapi berkualiti, antara langkah paling digemari tetapi memerlukan bantuan rakan sekerja untuk memantau pergerakan bos. Teknik penyamaran dianggap amat membantu dalam proses ini.
  10. Ubah waktu tidur - Tukarkan waktu tidur biasa anda. Jika anda biasa tidur jam 12 tengah malam, cuba curi masa untuk melelapkan mata seawal jam 8 malam dan bangun pada setelah beberapa jam untuk menonton siaran tv. Juga boleh mencuri masa untuk tidur kembali sebelum waktu subuh. Agak sukar dilakukan pada awal proses, jam loceng berkuasa tinggi mungkin diperlukan.

Amacam? Cuba praktikkan tips di atas, kalau tak berjaya juga korang tidur je la… esok baca suratkabar tengok keputusan game malam tadi. Setel.

4
June 9th, 2010

Malam tadi tetiba dapat twitter dari Exabytes yang aku rasakan cukup menarik. Katanya promosi jualan domain pada harga $0.99 akan bermula jam 9 pagi ni. Memandangkan domain akmals.net ni pun dah nak sampai masanya, aku berangan la nak tukar lain sambil mencari-cari domain yang sesuai.

Lepas dah dapat domain yang aku rasakan best, aku try la order dari Exabytes. Harga asal RM35 kalau tak salah, tapi DNS management dapat percuma, cuma Secure ID je yang kena bayaran tambahan. Ok, fine… dah tau la macam mana nak order. Bila dah siap-siap tunggu jam 9 pagi, aku try lagi sekali order domain dengan nama yang dah puas aku cari malam tadi. Untuk first 10 buyer memang $0.99 harga dia, tapi DNS management kena caj pula kali ni. Ceh! Menipu betul laa.

exabytesTak jadi la aku nak teruskan niat beli domain tu. Walaupun secara relatifnya memang jumlah harga lebih murah daripada harga standard, namun aku rasa tertipu disebabkan benda ni. Lagipun setiap jualan selepas 10 domain harga akan naik $1, belian pula tak boleh pakai bank transfer, kena pakai kad atau paypal. Memang cancel la jawabnya.

Korang jangan sentuh aa domain tu… aku nak!

6
Tags: , , , , | Posted in Blog |
June 8th, 2010

Malam tadi berjaga sampai jam 3 pagi semata-mata nak follow live updates pasal Apple’s Worldwide Developers Conference (WWDC 2010). Nasib baik la tak terlepas, hampir-hampir terlupa yang WWDC tu start tengah malam tadi. Itu yang 3 jam sebelum event mula lagi aku dah terpacak depan laptop.

Macam biasa, keynote disampaikan oleh Steve Jobs, CEO Apple. setiap kali naik pentas, mesti semua fanboy bersorak-sorai. Maknanya ada la tu updates baru yang akan keluar. Majlis malam tadi dimulakan dengan updates terkini pasal iPad. Tapi berita yang lebih ditunggu-tunggu semua adalah sesuatu yang lebih hebat daripada itu; iPhone generasi baru, iPhone 4.

iphone4

Model baru ternyata lebih baik daripada model sebelumnya, dengan pelbagai keistimewaan antaranya:

  • Cip pemproses baru, A4 daripada Apple, siri yang sama digunakan dalam model iPad.
  • Retina display, nama lain bagi skrin baru hasil rekaan Apple yang lebih jelas dan mempunyai resolusi tinggi.
  • Kamera 5 megapixel lengkap dengan autofocus dan flash.
  • Rakaman video HD pada kadar 30 fps, 720p.
  • Skrin yang lebih tahan lasak, anti-calar.
  • Rekaan baru, lebih nipis daripada model sebelumnya.
  • Jangka hayat bateri yang lebih lama.

Aku tak mahu lah cerita panjang pasal iPhone 4 ni, cukup sekadar apa yang aku rasakan menarik. Selebihnya boleh baca kat Apple.com. Macam biasa, pelbagai respon aku baca kat Facebook pagi tadi, ada yang suka dan tak kurang juga yang komplen aka kutuk. Biasa la tu… tapi aku jangkakan, model ni akan membawa Apple lebih jauh dalam pasaran smartphone, berkemungkinan jauh meninggalkan statistik sebelum ini yang dicapai oleh model sebelumnya. Apa yang pasti, this is waaaaaay better than Windowsphone7.

5
June 7th, 2010

Tajuk di atas tak salah. Ya, aku buta warna. Satu pendedahan secara terbuka yang aku buat kali ni sejak sekian lama menyimpan dan hanya diceritakan kepada mereka yang terpilih. Bila aku beritahu pada sesiapa, mesti ada yang terperanjat sambil “hah, abes tu macam mana kau drive?”, “ni kaler ape? tu kaler ape?”, dan lepas tu mula la masing-masing tak berani nak bagi aku bawa kereta. Haha.

Aku dapat tahu aku ada masalah dengan warna pada tahun 2007 masa buat pemeriksaan kesihatan untuk ke offshore. Kat klinik, doktor tu buat pemeriksaan asas, sambil tunjuk pada satu katalog untuk test penglihatan aku terhadap warna. First few images were easy to recognize. Ada la dalam 4-5 yang aku dapat jawab. Kemudian apabila masuk yang ke enam dan seturusnya aku dah tak nampak nombor apa. Masa tu mula la gelabah… tapi sebab nak lulus ujian punya pasal, control habis sambil teka je dengan yakin. Doktor tu tanya sekali lagi sambil menuding ke arah imej yang sama, dan aku jawab sekali lagi dengan yakin. Imej seterusnya makin susah, apa yang aku nampak hanyalah bintik-bintik berwarna yang menjengkelkan (sebab aku tak dapat jawab) manakala doktor tadi semakin laju menunjuk imej seterusnya dengan riak wajah yang seakan-akan sudah mengetahu masalah sebenar. Aku hanya dapat menggelengkan kepala tanda tidak dapat menjawab.

Lepas pemeriksaan lanjut, doktor mengesahkan aku ada partial color blind, kesukaran untuk mengenalpasti beberapa warna yang berdekatan, merah-hijau dan biru-kuning. Aku dah mula merasakan aku akan gagal medical checkup hari tu sambil berdoa dalam hati, tapi dia cakap takpe sebab aku takde buat wiring ke apa. Alhamdulillah. Sejak hari tu aku berusaha mencari penawar untuk masalah ni, walaupun pada hakikatnya doktor tu sendiri kata memang tiada ubatnya.

Dan hari ini, aku sekali lagi mengambil ujian yang sama di internet, tetapi dengan set yang lebih kecil; 6 set. Ujian ini dikenali sebagai Ishihara Color Blindness Test. Lihat imej di bawah dan uji mata anda. Klik untuk besarkan imej:

colortest

Dapat ke korang jawab semua? Kalau dapat, alhamdulillah… belum ditarik lagi nikmat yang satu ni. Jawapan aku akan letak di hujung entri ni. Aku hanya dapat baca imej A sahaja dengan jelas, manakala imej E memerlukan fokus yang lebih tinggi. Imej-imej lain pula hanya dapat aku andaikan sebagai bunga api yang meletup mewarnai malam Tahun Baru (sambil mengeluh). Hish, tak baik mengeluh… rahmat Allah berbeza untuk setiap orang. Ada hikmahnya tu pujuk hati aku.

Ramai yang bertanya apa yang aku nampak bila melihat tompokan warna sebegini? Jawapannya lebih kurang seperti gambar di bawah:

colorblindMacam tu la apa yang aku lihat (sebelah kanan). Apabila warna merah dan hijau diletakkan dalam kelompok yang sama dengan satu warna lebih dominan, apa yang aku dapat lihat adalah faint colors. Same goes to blue and yellow, tapi warna ini jarang terjadi.

Aku tak menghadapi masalah ni ketika mengambil ujian lesen memandu pada 2003, langsung tiada. Semuanya aku dapat jawab dengan baik. Tapi siapa sangka, tiba-tiba boleh jadi macam ni pula. Untuk anda di luar sana, hargailah mata anda dan simpatilah kepada kami orang kurang upaya. Heh!

Now, siapa nak pergi jalan-jalan? Aku drive :D

Jawapan ujian warna
A - 25
B - 6
C - 45
D - 8
E - 56
F - 29

2
June 5th, 2010

23213_526353255_1020_n

Sekarang ni tengah kecoh orang cerita pasal tindakan kejam Israel kepada pasukan bantuan ke Gaza. Sudah 6 hari insiden Mavi Marmara dirampas oleh tentera Israel, dah hari ni pula kisah sebuah lagi kapal bantuan, Rachel Corri yang turut mengalami nasib yang sama dan diarah menuju ke pelabuhan Ashdod milik rejim Zionis tersebut. Langsung tak serik mereka membuat kepala sendiri walaupun mendapat desakan dunia.

Ah, memang jahanam betul dengan Israel ni. Selagi bernyawa memang mereka takkan tunduk kepada sesiapa, tetap dengan perasaan bongkak dan bangga diri melampau mereka. Setiap tindakan diambil tanpa rasa bersalah dan menyesal. Asalkan apa yang diidam mereka dapat, itu sudah cukup.

Pelik kadangkala bila memikirkan sebuah negara dengan keluasan yang lebih kecil daripada Pahang mampu menindas dan memperlekeh satu dunia sejak sekian lama. Sebagai perbandingan, keluasan Israel hanyalah 22,072 km2 berbanding Pahang seluas 35,964 km2. Dan jika diikutkan fakta sebenar, mereka tidak mempunyai hatta seekar pun tanah untuk dijadikan sebuah negara berdaulat. Segalanya hanyalah merupakan tanah rampasan dari Palestin, kononnya dengan mandat Britain, pada 1948. Lahanat, apa pula kuasa Britain sesukata hati membuat keputusan sekian rupa?

Saban tahun, kempen dijalankan untuk memerangi rejim Zionis. Tidak ketinggalan kita di Malaysia turut menjalankan aktiviti yang sama. Apa yang membezakan adalah pendirian orang kita sendiri. Nampak gayanya, bila ada isu besar yang menarik perhatian dunia, baru la orang-orang kita bersorak membuat bantahan. Masing-masing ingin bersuara. Bagus sekali usaha tersebut. Ironinya, tidak pula dilanjutkan setiap hari sehingga sampai suatu masa akan ada yang terlupa dan kembali dengan hal sendiri.

Ah, penulis pun sama juga. Kawan-kawan, tolong ingatkan aku bila aku terlupa, bila aku tertutup mata.

Doa dari jauh untuk saudaraku di Palestin, semoga Allah memberikan kekuatan untuk terus berjuang mempertahankan tanahair tercinta.

0
Tags: , , , , | Posted in Blog |
June 1st, 2010

love-blue

“Berlayar berbelok-belok, sauh dibongkar di tempat tenang.

Yang tinggal hati tak elok, yang pergi hati tak senang.

Bila sampai waktu… kita akan bersama.”

*chime*

Cinta datang~ tanpa diundang~ seumur masa tercipta…

(okeh, yang lain nyanyi sendiri ye) :D

6
Tags: , , , | Posted in Blog |
May 31st, 2010

1. Buntu fikir apa nak buat.
2. Buntu cari mana nak dapat.
3. Buntu mengingatkan benda yang tak setel.
4. Buntu berbuntu-buntu.

5
Tags: , | Posted in Rambles |
May 29th, 2010
zaini-kawen

tuan inspektor sedang melakukan pemeriksaan rutin kepada kek majlis perkahwinannya

Ucapan tahniah dan Selamat Pengantin Baru kepada sahabat, Inspektor Rozaini Rosmin dan pasangan, semoga berbahagia melayari bahtera perkahwinan dan mengecapi keindahan berkeluarga. Kami rakan-rakan mendoakan yang terbaik untuk anda berdua.

Skuad…. tabik!

credit: thanks to Dzyauddin for this wonderful moment.

note: Rozaini Rosmin adalah figure yang telah dikenali penulis semenjak dari Darjah 6 kerasa kepopularannya di sekolah rendah walaupun tidak pernah bersua, sebelum berkesempatan menjadi rakan sekelas dari Form 1 sampai la Form 3, dan kemudiannya menyambung pelajaran di sekolah lain. Mengejar cita-cita menjadi seorang anggota beruniform yang berjaya, beliau sekarang mampu berbangga dengan kerjaya impiannya.

2
Tags: , , , , | Posted in Blog |
May 28th, 2010

Hari ini Jumaat datang lagi. Setiap pagi selepas bangun tidur, mesti teringat yang waktu tengahari nanti kena pergi solat Jumaat. Awal-awal mesti dah tersedar, mungkin juga sebab Jumaat merupakan hari terakhir menurut kitaran lima hari bekerja dalam seminggu.

Namun, sering orang terlepas pandang pasal suatu isu di hari Jumaat. Khutbah berkumandang setiap minggu menyeru semua orang melakukan kebaikan, disusuli dengan peringatan agar pendengarnya diam dengan taat tanpa berkata-kata. Tapi apa yang menghairankan, manusia tetap degil dan dengan selamba bergelak ketawa, membuat bising tanpa menghiraukan suasana. Lebih menjengkelkan lagi apabila perbuatan tersebut dilakukan juga oleh sang dewasa yang sudah bermisai dan berjanggut lebat!

Di mana pemahaman mereka dalam konsep khutbat Jumaat? Adakah benda ini menjadi kebiasaan sejak kecil lagi? Sampaikan setiap kali aku melihat situasi ini; sang dewasa yang berkelakuan lebih kurang ajar berbanding kanak-kanak, aku merasa meluat.

Kalau lah ini berterusan, Jumaat akan terus menjadi Jumaat yang tipikal.

Nak pergi masjid sekejap, kita tengok ada lagi atau tidak.

2
Tags: , , | Posted in Blog |
May 25th, 2010

lost-season-6

Akhirnya, habis dah cerita Lost 2 hari lepas. Lepas 6 musim, dan 5 tahun setengah, baru la selesai cerita ni.

Episod akhir, Desmond padamkan cahaya yang menjadi sumber tenaga pulau menyebabkan pulau bergoncang kuat sebab nak self-destruct. Power kebal si John Locke aka asap hitam tu pun hilang juga, membolehkan Jack bunuh dia dengan bantuan Kate. Sementara tu, Sawyer, Miles, Pilot, Kate ngan Richard Alpert sempat naik Ajira flight yang terkandas kat Hydra Island dan terus blah dari situ. Sementara tu, si Jack selamatkan Desmond dan lantik Hugo plak jadi protector pulau… then, ah… korang baca la sendiri kat wiki takpun download je terus cite nih. Wakakaka. Malas rasa nak cite.  Satu je la, Jack last skali mati. Kih kih kih…

So terjawab la soalan-soalan lama pasal cerita ni. Mana datang beruang polar, mana datang asap hitam, siapa Jacob… cuma satu yang aku tak paham, mungkin juga terlepas pandang. Apa kaitan nombor 4, 8, 15, 16, 23 dengan 42 yang banyak kali keluar dalam cerita ni? Itu yang aku tak puas hati.

Pape pun, kurang sejam setiap minggu aku tengok cerita merepek ni. Lepas ni boleh fokus tengok Shaun the Sheep plak :D

0
Tags: , | Posted in Blog, Rambles |