Archive for January, 2009

Ka-Ki-Ku-Ke-Ko

Saturday, January 31st, 2009

Anak itik Tok Wi
Mandi dalam kolam
Sakit apa Tok Wi?
Sakit sendi tulang

Buat apa Tok Wi?
Buat limau lelam
Ubat apa Tok Wi?

Ubat sengal tulang.

adei. hari ni dah masuk hari ke-14 kaki aku menderita. dah 2 minggu baru terasa nak bercerita kat sini lak. ni suma start dari naik bas yg sejuk gile. kaki aku ni pelik sket, kalo takleh gerak dalam masa yang lama, pastu lak dalam keadaan sejuk beraircond, mmg la dia buat hal. kalau sakit biasa-biasa kejap je dah baik, paling kuat pon 2 hari. tapi kali ni lebih-lebih lak dia. manja betol.

kalau dulu saket kat kaki je, tapi kali ni dari pinggang ke bawah sumanya sakit. sakit yang teramat pada joints; kat lutut, buku lali, pastu muscle cramp yang berpanjangan pada betis dan peha. rasa lenguh-lenguh, tapi cramp tu yang paling kuat. mcm kita bangun tido time pagi tu, pastu cramp kaki, ha mcm tu la. diri tegak susah, duduk lagi aa payah. satu ubat je, bila baring terus je dia hilang. mula-mula risau kalau kene jangkitan chikungunya tapi bila check kat doktor dia kata bkn. 3 ubat dia kasik, ponstan (painkiller), b-complex dengan ubat sapu. bukan la ubat untuk baik pon, lebih kepada pain reliever je. skang ubat dah habis pon sakit tak pergi lagi.

dah try jugak panadol extend, tapi kesan yang lebih kurang mcm ponstan gak. ada la dalam 5 jam dapat tahan, jadi ok sket. pastu mula la dia meragam. camne pon, kene bersyukur gak sbb lebih kurang seminggu dah, sakit kat tempat lain tu dah takde, cuma tinggal pada kaki kanan dari pangkal peha ke buku lali je. semalam pegi try berurut dengan tempat urut refleksologi tuh, kena la RM20.  dia kata ada angin, biasa la tu kan. pastu dia urut lagi, kat betis tu dia kata dah bengkak. dia pesan balik nanti urut lagi dengan minyak panas. yela bang, nanti saya buat. dapat la bertahan sekejap, rasa lega je (minyak dia pakai pon berangin dan wangi. kalau tau best, baik aku urut sampai pangkal peha je tadi. tambah RM10 je. takpe la, mungkin lain kali. ada masa, boleh datang lagi. malam tu lepas mandi baru la terasa kulit mcm terkoyak. kuat sangat brader tu lurut agaknya. takpe, gua kental. tapi sakit tetap sakit beb.

jap lagi nk pi umah tok mak, nak tanya pendapat dia ah. kot-kot dia nak urutkan, tu pon best gak. ngeh ngeh ngeh~ doktor hari tu plak suruh minum air banyak-banyak. yang ni memang dah selalu buat. ok la. kalau sape-sape ada pendapat, petua tok nenek ke cane nk legakan sakit nih, share la ye. aku dah tak tahan ni. mekasih.

 

5
Posted in Blog |

6 Kategori Diri

Thursday, January 29th, 2009

imej berikut berjaya membuat aku terfikir sejenak pada petang hari. setiap orang ada pandangan berbeza, dan ini pula menurut prof diraja ungku aziz. dapat daripada ain, tak tahu kesahihan kata-kata ini. tapi sedikit sebanyak boleh membantu kita mengenal diri sendiri.

ungkuaziz-1.png

agak-agak nombor berapa la aku nih *sigh*

2
Posted in Blog, Rambles |

Matahari Sabit

Thursday, January 29th, 2009

tak ramai yang sedar pasal gerhana matahari separa (partial solar eclipse) isnin hari tu. aku pon boleh sampai terlupa padahal dah terbaca announcement kat mana tah sebelum tu, dalam akhbar agaknya. sedar-sedar je ptg 26 januari dah mendung. tapi tunggu hujan tak turun-turun jugak.

solareclipse01.jpg

melihat gerhana dengan menggunakan cara old-skool

kalau la bkn terbaca SMS dari aalim petang tu, memang tak ingat langsung. rupenya tengah gerhana, patut la mendung je. malangnya awan tebal sangat, tak dapat nak saksikan sendiri gerhana hari tu. suasana pon menarik je, redup sambil angin bertiup sejuk. tengok orang ramai kat sekeliling, aku tak yakin yang diorang sedar akan fenomena yang sedang berlaku ketika tu. rata-rata seronok sebab hari yang panas terik sebelumnya bertukar menjadi redup. itu saja.

sedikit butiran mengenai gerhana beberapa hari lepas. dikatakan pada hari tersebut (malas nk letak reference) bulan berada dalam keadaan hampir selari sehingga menutupi 93% daripada cakera solar. berlangsung lebih kurang dua jam dengan bermula seawal 4 petang, waktu puncak berada sekitar jam 5.40 petang. menariknya, hari tersebut juga merupakan hari perayaan tahun baru cina, bermulanya tahun lembu yang disambut diseluruh dunia. bagi sesiapa yang terlepas hari bersejarah ini, boleh cuba lagi pada 22 julai nanti. gerhana matahari terpanjang ni akan berlaku lagi pada 13 jun, 2132… khas untuk mereka yang hidup lama.

solareclipse02.jpg

gerhana pada interval 5 minit, sekitar Kuala Lumpur

gambar-gambar di dalam entri ini bukanlah hak milik asal penulis, tapi merupakan karya yang boleh didapati di internet. aku hanya menggunakan gambar yang tidak ber’watermark‘, sekadar niat berkongsi keajaiban alam ini dengan rakan -rakan lain.

1
Posted in Blog |

I’m 24

Monday, January 12th, 2009

happy birthday to me
happy birthday to me
happy birthday happy birthday
happy birthday to me

*yeay~ tebabom! kepush kepish kepush kepish (fireworks)*

§:D

Posted in Rambles |

Doa untuk Palestin

Friday, January 9th, 2009

اللَّهُمَّ انصُرِ الإِسلام والمْسُلِمِينَ

اللَّهُمَّ انصُرِ المْسُلِمينَ فِي كُلِّ مَكَانٍ

(اللَّهُمَّ انصُرِ المْسُلِمينَ فِي فَلَسطِين (3كالي

اللَّهُمَّ دَمَّر الكفَارَ واليَهُـودَ والنَّصَارَى والمْشُرِكِينَ

اللَّهُمَّ يَا اللّـه يَا اللّـه يَا اللّـه إِهزِمهُم وَانصُرناَ عَلَيهِم
 

TERJEMAHANNYA:

Wahai Tuhan kami, Berilah kemenangan kepada Islam dan Muslimin,
Ya Tuhan kami, Berilah kemenangan kepada Muslimin di semua tempat,
Ya Tuhan kami, Berilah kemenangan kepada orang Islam di Palestin (3x),
Ya Tuhan kami, Hancurkanlah Kuffar, Yahudi, Nasrani dan Musyrikin,
Ya Allah, Ya Allah, Ya Allah, Ya Tuhan kami,
Kalahkan mereka, Dan menangkan kami ke atas mereka.

demopales.jpg
demonstrasi aman di hadapan Masjid Jamek Tangkak selepas solat jumaat

 

Mudah-mudahan doa kita dimakbulkan dan seluruh mukmin beroleh kemenangan ke atas bumi Palestin. Amin.

5
Posted in Blog |

My Birthday Wishlist

Monday, January 5th, 2009

ehem ehem… post perasan pulak kali nih. sape-sape yang tahu tuh, besday aku kan dah dekat kan? mesti korang pening punya lah fikir ape nak kasik kat aku nanti. tape, jangan risau. aku bleh tolong korang setelkan masalah nih. with less than 7 days till the date, enter, my birthday wishlist!

item 1: Nike + iPod Sport Kit
price: RM109.00
nike.jpeg
sensor ni amat la berguna untuk aku. selain boleh pair dengan ipod nano yang sedia ada, dapat jugak la dia boost motivation aku untuk jogging petang-petang. secara tak langsung, pembakaran lemak yang ada akan menjadi lebih pantas sekaligus merealisasikan impian untuk mengempiskan perut.
source: http://store.apple.com/my/product/

————————————————————————————————————————

item 2: Casual Sneaker
price: RM99-RM169
sneaker.jpg

dah dekat 2 tahun takde sneaker. yang lama tu pun dah sezen sangat, setia bertahun-tahun sampai la dah uzur kasut tu. kalau la ada sepasang yang baru, bleh gak buat gi jalan-jalan sambil bergaya sesuai dengan trend lelaki tahun 2009. wahahah~
source: http://www.al-ikhsan.com/products.php?menu=product

————————————————————————————————————————

item 3: Revoltech Unit No. 10/14/22/34/36/42/53
price: RM75-RM80
revoltech.jpg
hah, yang ni murah sikit. walaupon murah, bukan bermakna tak best. ala~ apa je pemberian korang suma aku terima dengan hati terbuka. cuma koleksi action figure macross dengan patlabor nih memang dah lama jadi idaman. boleh jugak jadi penghias meja tulis. kalau boring, boleh tuka-tuka aksi bagi lagi menarik. amacam? beli yang ni tau!
source: http://www.xl-shop.com/

————————————————————————————————————————

item 4: Corsair Value Select SODIMM DDR2-667 (PC5300) 2GB
price: RM75
(or better, 2 units for RM150 xD)
corsairvs.jpg
laptop nih rasa macam dah slow la pulak tetiba. makin lama makin banyak application bukak serentak. multitasking orang kata. pastu pulak, power tools suma pon main juga. mana la nak cukup dengan RAM 1.5GB yang sekarang nih. saya nak juga main potosyop. jangan salah beli tau! beli yang laptop punya, bukan desktop. hehe~
source: any computer hardware outlet

————————————————————————————————————————

item 5: Wooden Shogi Game Set
price: unknown

shogiwd.jpg
haa… ni satu lagi yang jadi idaman sekian lama. setakat catur western dengan chinese tu senang sangat nak beli kat kedai tapi yang ni, sangap juga la. dah puas mencari kat ipoh, JB, KL.. xpernah pulak jumpe. tak tau la kalau kawan-kawan ada terjumpa kat mana-mana. jangan pikir panjang, rembat je, mintak cashier tu wrap skali pastu terus tulis kad ucapan besday, ok?
source: unknown, try toy shop or e-bay


ok, selesai dah top 5 items berlainan league yang korang semua dah pon tau aku memang nak. tak payah nak pening kepala. apa tunggu lagi? abes keje/kelas kang rajin-rajin la beli kemudian wrap siap-siap. untuk yang jauh tu jangan la risau, poslaju kan ada~ berkesan dan efisyen! uiiish, tak sabarnya nak dapat hadiah. memang best super hensem (untuk lelaki) dan baik hati tersangat la jelita (untuk perempuan) sape-sape yang kasik nih.  tengkiu kengkawan!

Posted in Blog |

Review: Path Finder 5.0

Sunday, January 4th, 2009

have you ever dreamed of a much better Finder than you are currently playing with? no, let me rephrase… a much-much-much better Finder? well, here it is. Path Finder 5.0. Path Finder is an award-winning file browser and management application for Mac OS X. if you’ve ever wished Apple’s Finder just did *feature X* or *Y*, Path Finder may be what you’ve been looking for.

pf1.png
the all-in-one superbly working Path Finder 5.0

designed from the ground up to for speed and extensive system integration, Path Finder is a standalone application that leverages what you already know about working with your files. Path Finder takes the Finder’s familiar interface and adds numerous powerful features and interface innnovations to help anyone be more productive on Mac OS X.

pf2.png

‘label tag’ makes the browsing experience in a much more fun and easy method apart from the dual pane

Path Finder 5.0 has been extensively rewritten to take advantage of new Mac OS X 10.5 technologies. new features include: dual pane browser, auto-detection of Mac and Windows network volumes support (which means you can now activate screen sharing from within the file browser), a completely overhauled Leopard-friendly interface, versatile Coverflow support, and tons more.

perhaps, our biggest disappointment in conventional Finder is the lack of cut and paste funtion. worry no more, the feature is now avaialble in Path Finder 5: you can now cut and paste files and folders in the file browser! hell, that surely speeds up our work. no more two different windows to open at the same time. not only that, it also integrates numerous other features such as showing the application in process, recent folders and also terminal! its like you can have all the control in a single window.

pf3.png

terminal field at the bottom of the smart finder

as a standard OS X user, i never thought that there are still rooms for improvements to Finder until i met this wonderful app. to have such an application in a mac is definitely an advantage. if only i knew about this earlier…

license: demo (you-know-what-to-do)
size: 102 mb

developer: Cocoatech
rating: 4.5/5.0

0
Posted in Reviews |

Mengenal Kalendar Jawa

Thursday, January 1st, 2009

tahun baru nih kita mulakan dengan post yang agak menarik sket. baru la kene dengan tema, tak gitu? huhuhu. selepas sehari suntuk membaca kisah-kisah mistik dan paranormal dari seberang, tertarik pula hati nak belajar pasal kalendar jawa nih. kalau dulu-dulu selalu nampak pada kalendar murah tu, ada tulis kliwon la, ape la… tapi nak gunanya tak pandai. skang ni hati berbunga kembali. kih kih…

actually banyak lagi pasal kalendar jawa ni yang lom paham, tapi apa yang nak dikongsikan nih berkaitan dengan hari-hari tertentu dalam kalendar jawa. menariknya, setiap hari mempunyai maksud tersendiri. mungkin ada yang pernah tengok cerita hantu “Malam Jumaat Kliwon” tuh, ada yang kata kalau hari jumaat kliwon nih, keras la sket berbanding hari-hari lain. ada juga yang kata bkn keras je, yang baik pon ada juga. bergantung pada niat dan situasi. menurut orang juga, orang yang lahir pada hari sekian-sekian ada membawa makna tersendiri. macam horoskop la kiranya.

Dalam kalendar jawa ada 5 hari dalam seminggu yang dipanggil

  • Legi
  • Pahing
  • Pon
  • Wage
  • Kliwon

berbeza dalam kalendar hijrah dan gregorian, kita biasanya ada 7 hari dalam seminggu. so, macam mana kita nak tahu bilakah weton (javanese birthday) seseorang nih? ha, dengan menggunakan steps di bawah boleh la tau hari apa korang lahir. kita mulakan dengan contoh tarikh: 16 September 1963

Step 1: dengan menggunakan 2 angka terakhir dalam tahun tuh, rujuk pada jadual di bawah. kemudian cari pula bulan yang dikehendaki pada column atas sebelah kanan. dalam kes ni, tahun 63 dan September akan memberi nilai 0.

weton1.png
Step 2: tambahkan nilai angka tadi dengan haribulan yang kita kehendaki. maknanya, 0 + 16 = 16.

Step 3: sekarang, cari angka 16 dalam jadual di bawah pula. ini akan memberikan hari dalam 7 hari seminggu tuh pada kita. dengan nilai 16, bulan September tahun 1963 kita akan dapat tau hari tersebut adalah hari isnin.

weton2.png
Step 4: untuk mengetahui hari apa dalam kalendar jawa yang kita cakap awal-awal tadi, kliwon ke, wage ke tuh, buat macam step 1 menggunakan jadual kat bawah ni pula. kaedah yang sama. nilai yang sepatutnya adalah 1.

weton3.png
Step 5: tambahkan nilai yang dapat tadi dengan haribulan yang kita cari tu, 1 + 16 = 17. kemudian, rujuk pula dengan jadual keempat di bawah ni. dengan nilai 17, hari yang ditunjukkan adalah kliwon

weton4.png
maka, 16 September 1963, tarikh bersejarah dalam penubuhan Malaysia jatuh pada hari isnin kliwon mengikut kalendar jawa. apa yang istimewa pasal isnin kliwon nih? haaa, tu cari la sendiri. aku tak mahu sentuh lebih lanjut pasal horoskop nih. cuma pada pendapat peribadi, selaku orang berdarah jawa, ada baiknya tahu bila kita dilahirkan :)