January 29th, 2009

tak ramai yang sedar pasal gerhana matahari separa (partial solar eclipse) isnin hari tu. aku pon boleh sampai terlupa padahal dah terbaca announcement kat mana tah sebelum tu, dalam akhbar agaknya. sedar-sedar je ptg 26 januari dah mendung. tapi tunggu hujan tak turun-turun jugak.

solareclipse01.jpg

melihat gerhana dengan menggunakan cara old-skool

kalau la bkn terbaca SMS dari aalim petang tu, memang tak ingat langsung. rupenya tengah gerhana, patut la mendung je. malangnya awan tebal sangat, tak dapat nak saksikan sendiri gerhana hari tu. suasana pon menarik je, redup sambil angin bertiup sejuk. tengok orang ramai kat sekeliling, aku tak yakin yang diorang sedar akan fenomena yang sedang berlaku ketika tu. rata-rata seronok sebab hari yang panas terik sebelumnya bertukar menjadi redup. itu saja.

sedikit butiran mengenai gerhana beberapa hari lepas. dikatakan pada hari tersebut (malas nk letak reference) bulan berada dalam keadaan hampir selari sehingga menutupi 93% daripada cakera solar. berlangsung lebih kurang dua jam dengan bermula seawal 4 petang, waktu puncak berada sekitar jam 5.40 petang. menariknya, hari tersebut juga merupakan hari perayaan tahun baru cina, bermulanya tahun lembu yang disambut diseluruh dunia. bagi sesiapa yang terlepas hari bersejarah ini, boleh cuba lagi pada 22 julai nanti. gerhana matahari terpanjang ni akan berlaku lagi pada 13 jun, 2132… khas untuk mereka yang hidup lama.

solareclipse02.jpg

gerhana pada interval 5 minit, sekitar Kuala Lumpur

gambar-gambar di dalam entri ini bukanlah hak milik asal penulis, tapi merupakan karya yang boleh didapati di internet. aku hanya menggunakan gambar yang tidak ber’watermark‘, sekadar niat berkongsi keajaiban alam ini dengan rakan -rakan lain.

One Response to “Matahari Sabit”

  1. [...] sekali lagi gerhana matahari akan berlaku (selepas annular eclipse 26 januari hari tu. rujuk entri Matahari Sabit). apa yang lebih menarik, total solar eclipse ni merupakan yang terpanjang dalam abad ni. kalau nak [...]