Archive for February, 2009

Marah Pendekar Laut

Saturday, February 28th, 2009

ah, aku tak kira! peduli apa aku nak cakap kat dia pun. bila nak mintak orang lain ikut peraturan bukan main lagi banyak la alasan, tapi bila kita dah buat part kita, dia pulak take for granted. apa aku ni kecik sangat ke sampai ko nak wat bodoh je camtu?

argh, persetankan mereka semua yang bertindak demikian! Klong! Klong! Klong! tumbukan dengan kuasa putaran medan magnetik tepat ke rusuk kiri si pesalah. wawawawa… aku puas sekarang. biarkan dia rasa, biarkan dia terasa, mahu saja rasanya dipanjangkan cerita itu kepada orang atasannya. lain kali kau nak buat kerja, buat la betul-betul. sumpah seranah? tidak mustahil terbit dalam hati mereka. jikalau cakap dengan baik tidak diterima, sindiran juga yang paling layak tepat ke muka.

apa pandang-pandang? engkau pon nak jugak?

"apa yang kau pandang-pandang? mahu rasakan sekali lagi?"

Klong! Klong! Klong!

2
Posted in Rambles |

Sentuhan Awal Safari 4 (Beta)

Thursday, February 26th, 2009

hari ni setelah lama tak menjenguk ke macrumors.com, aku ternampak berita pasal web browser Apple yang baru, Safari 4 telah pun sedia untuk dimuat turun. masih lagi datam Beta test, aku teruja nak mencuba kelainan pada browser ni selain hendak mengalami sendiri kepantasan melayari internet seperti yg didakwa oleh Apple.

Still the world’s fastest web browser, Safari outraces Firefox, Internet Explorer, and Chrome. On even the most demanding Web 2.0 applications, Safari delivers blazingly fast performance thanks to the industry’s most advanced rendering technologies.

Using the new Nitro Engine, for example, Safari executes JavaScript up to 30 times faster than Internet Explorer 7 and more than 3 times faster than Firefox 3 based on performance in leading industry benchmark tests: iBench and SunSpider.

In addition to superior JavaScript performance, Safari offers top-flight HTML performance — the best on any platform — loading pages 3 times faster than Internet Explorer 7 and almost 3 times faster than Firefox 3. - Apple.com

lebih laju dari Chrome? lebih pantas dari Firefox 3? super-pantas-seperti-kilat dari IE7 (obviously)? terus saja aku ke laman web Apple untuk memuat turun browser generasi baru ni. siap saja, installation process tergendala sebab Leopard aku tidak dikemaskini ke versi terbaru. kene la download update untuk 10.5.6, lepas tu pula security update 2009-001 baru lah boleh install. ada 2 perkara yang betul-betul menarik perhatian aku untuk mencuba Safari 4 ni; 1- Speed. 2- Top Sites.

Kelajuan melayari internet tu aku sendiri pun tak tau nak komen banyak sebab baru je beberapa jam cuba pakai, lagipun terlalu banyak parameter yang perlu diketahui terlebih dahulu. siap install semua tadi dalam pukul 3 petang, internet pun dah mula jadi lambat, perbezaan speed tu tak nampak ketara sangat dengan versi asal Safari 3. tapi kalau ikutkan benchmark dari Apply, memang ada perbezaan yang significant berbanding web browser sedia ada di internet. Top Sites, suatu feature baru yang ditawarkan dilihat menyerupai fast web browsing seperti yang terdapat dalam Opera. bezanya, lebih kemas dan lebih cantik pada pandangan mata. sememangnya, Apple ni suka buat eye-candy dalam semua application dia.

tab untuk surfing pun sudah disusun semula menyerupai Google Chrome. diletakkan di sebelah atas window, aku rasa janggal tiap kali nak klik pada each tab. terasa jauh ada (padahal beberapa cm je), ter’minimize’ pon ada. tak tau pula kalau Safari 4 mengikut cara pemprosesan yang sama dengan Chrome, satu tingkap dengan satu process berbeza, malas nak cari. tunggu je la versi final nanti. wawawa~

ada pelbagai lagi features lain dalam Safari 4. Cover Flow untuk history dan bookmarks, search bar yang intergrated dengan google itself, fungsi zoom pada skala penuh, dan lain-lain lagi. tapi buat masa ni, aku lebih tertarik pada 2 features kat atas tadi. masih ada lagi ruang untuk penambahbaikan buat Safari 4, tak adil la kalu nak buat review sekarang. aku nak tunggu final version dulu. sape-sape nak cuba, meh la download kat sini: http://www.apple.com/safari/download/

setakat ni aku ada masalah bila nak post entri kat IPB based forum, icon yg utk bb code tu tade terus, kene tulis sendiri. satu lagi dalam wordpress ni, bila nak letak hyperlink, dia kuar skrin grayscale, taleh nk klik/tulis pape dalam region tu. dari segi sekuriti aku taleh nak komen, tak reti sangat bab ni. aalim ngn adam boleh try kot cari loophole. huhu.

0
Posted in Tech |

Hakikat Bahagia

Tuesday, February 24th, 2009

aku suka dengar lagu ni. bila tetiba tak hepi, bila rasa sedih, rasa tak tenang, stress… dapat jugak mengingatkan diri ni semula dengan punca segala kebahagiaan. jangan jadi skeptikal hanya kerana lagu ni dari genre nasyid, hakikatnya kita sendiri boleh cuba. orang disayangi datang dan pergi, rakan taulan tidak kekal lama, siapa lagi kalau bukan Dia.

Bahagia itu dari dalam diri
Kesannya zahir rupanya maknawi
Terpendam bagai permata di dasar hati

Bahagia itu ada pada hati
Bertakhta di kerajaan diri
Terbenam bagai mutiara di lautan nurani

Bahagia itu ada di jiwa
Mahkota di singgahsana rasa
Bahagia itu adalah suatu ketenangan

Bila susah tiada gelisah
Bila miskin syukur pada Tuhan
Bila sakit tiada resah di jiwa
Bukankah Tuhan telah berfirman
Ketahuilah dengan mengingati Allah
Jiwa kan menjadi tenang

(Chorus)
Kebahagiaan itu suatu kesyukuran
Bila kaya jadi insan pemurah
Bila berkuasa amanah
Bila berjaya tidak alpa
Bila sihat tidak lupakan Tuhan

Hakikatnya bahagia itu
Adalah ketenangan
Bila hati mengingati Tuhan

Semua insan kan mengerti
Maksud terseni Ilahi
Itulah zikir yang hakiki

Hakikat Bahagia
Album : See You D IPT
Munsyid : Unic

2
Posted in Rambles |

Dan…

Thursday, February 19th, 2009

yesterday was probably the happiest and funniest day of my life. bilik terkunci la, panjat tingkap la, kaki dan perut kejang, pastu salah kunci pulak, bilik banjir kene tempias hujan lebat, laptop basah sampai tak berfungsi, makan byk sampai nak termuntah, the blanket, and of course; the reception.

orang ketawa aku ketawa. orang bercerita aku setia mendengar. orang tersenyum aku tidak bermasam muka. orang memberi aku merasa. orang gembira aku bahagia. semoga hidup ini lebih bermakna dan berjaya selepas ini setiap masa setiap ketika, disulami dengan redha dan rahmat dari-Nya. syukur alhamdulillah.

dan… bermula sekali lagi.

6
Posted in Blog, Rambles |

Mari Menyanyi

Tuesday, February 17th, 2009

mari! kita nyanyi ramai-ramai~ \o/

Bang bang selebu
kuali sawa
hujan gunung mandi katun
sirih rampai
pinang berseri
minta peluk
tangan kiri

pernah tak korang dengar lagu kat atas ni? aku pon tak pasti ni dalam kategori lagu kanak-kanak ke atau lagu rakyat. rasanya 2-2 pon boleh. bagi peminat filem P. Ramlee, mesti teringat kat cite Musang Berjanggut masa scene Puspa Wangi kat dalam rumah kene ngorat dengan pembesar dan sultan negeri tu sendiri. tapi yang tu versi dia ada lain sket. ayah selalu nyanyi masa aku kecik dulu, bkn la masa bedtime, tapi time kitorg lepak-lepak anak beranak. along pon rasanya biasa dengar lagu nih. sampaikan jadi lagu feveret aku dulu-dulu. “ayah, nak lagu mandi katun!”, tu la aku mintak kalo dia start nak nyanyi. dah memang hobi dia menyanyi kalau kat rumah. kejap-kejap lagu jamal abdillah, lepas tu plak ukays, pastu lagu-lagu lama camni.

Sepuluh budak hitam
Main tepi jalan
Satu kenalah langgar
Budak hitam tinggal sembilan
Sembilan budak hitam
Main di atas papan
Satu sudahlah jatuh
Budak hitam tinggal lapan
Lapan budak hitam makan sangat gelojoh
Satu senak perutnya kini tinggal tujuh
Tujuh budak main pula tanam-tanam
Satu sudah lemas tinggallah enam hey…
Enam budak hitam
Makan buah kurma
Satu tertelan biji
Budak hitam tinggallah lima
Lima budak hitam
Main lompat-lompat
Satu patah kakinya
Budak hitam tinggallah empat
Empat budak hitam
Main biji saga
Satu termasuk di hidungnya
Budak hitam tinggallah tiga
Tiga budak hitam
Usik orang tua
Satu kena belangkung
Budak hitam tinggallah dua
Dua budak hitam main pula lempar batu
Satu jenduh kepalanya kini tinggal satu
Satu budak hitam sangat pula susah hati
Dia tak mahu makan lalu mati

yang ni confirm lagu kanak-kanak. lirik ni pon aku google je, rupenya A. Romzi pernah wat album ngan lagu nih, tak pernah pulak aku dengar. macam mana la agaknya masa tu ek dia broadcast kat radio. haha. hebat lagu ni sampai Aziz Jaafar & Saloma pon nyanyi dalam filem A-Go-Go 67. bayangkan la, dah nama pon filem, bukan budak kecik je yang tengok, orang dewasa, tua semua pon layan. itu la dia, satu lagi lagu kanak-kanak yang ayah selalu nyanyi. tak lagu katun, lagu budak itam.

ayah tak tau lagu twinkle-twinkle little stars, dia tak tau lagu baa-baa-black sheep, nak kata lagu old mcdonalds? lagi la dia tak tau… semua nursery rhymes tu dia tak tau. so, aku ngn along mmg dengar lagu-lagu macam di atas je la masa kitorg kecik. bila aku dah besar, tade pulak aku nampak ayah nyanyi untuk adik-adik. kalau tanya diorang pon sure tak tau lagu katun tuh. bila fikir balik, rugi kalau kita tak jaga lagu macam ni… nnt hilang begitu je. orang skang ni dah byk tenggelam dengan lagu yang moden, budak kecik pon dah pandai nyanyi pelbagai lagu. tengok saja Tom Tom Bak dan Bintang Kecil, siap berbaju silau bagai. bukan lagi setakat goyang tangan dan badan je macam kita dulu, hebat? ikut masing-masing la kan.

kalau dulu aku boleh gembira dengan lagu kanak-kanak dan lagu rakyat, mengapa tidak generasi sekarang ek? dah tak minat lagi ke diorang? ataupon memang langsung tak pernah dengar? hmm… tak bole jadi, satu hari nanti, bila anak-anak aku jerit dari dalam bilik diorang, “daddy, nak lagu mandi katun!”, mesti aku tersenyum punya. cewah, dah berangan nak ada anak la pulak! wakaka~

6
Posted in Blog, Stories |

Photo Challenge

Tuesday, February 17th, 2009

The challenge is:

Go to your photos folder in your computer.
Go to the 6th folder of photos.
Go to the sixth picture in that folder.
Put the picture on your blog and description of it.
Invite six friends to join the challenge.
Link them in your blog and let them know they have been challenged.

This challenge has been asked by GOGOZOOL

ntah pape la mengarut agent_sesat nih. ada beberapa flaw dalam aku menjalankan cabaran nih. memula skali aku bukak partition yg mgm dedicated untuk gambar2 dalam laptop, tapi bila bukak, baru teringat yang aku da transfer masuk external. lol. pastu bukak plak external, folder ke-6 adalah folder wallpaper utk desktop. gile bosan kang kalo aku post, wakaka.. so, aku sort pulak folder tu ikut alphabetical order. dapat folder ke-6, masuk je dalam tu ada lagi folder, tp 5 je. aku amik folder no. 1 then bukak. gambo pokok yg mmg sucks. gile bosan folder gambo aku… lepas buang gambo2 yg mmg out (bkn takleh tgk, but simply gambo yg x worth langsung), dapat la aku gambo ni:

kinjang.jpg

gambo masa pegi lata kinjang tahun lepas bersama dengan housemates dan rakan-rakan gadis. aku berbaju biru sambil buat2 khusyuk tengok kamera, depan tu plak rumet tercinta bergaya dengan beg plastik. time ni mmg best, kuar ramai2 pastu men air, petang baru balik then pegi pulak rumah amril sambung wat BBQ and games.waa… bestnya masa tu!

err.. lepas dah siap nak wat ape ek? first time aku kene tag nih. celen org lain plak ye? ok la, ni list mangsa aku:

aalim
ayien
ejathelmy
yap
intan megikari
(saje letak megikari bagi glemer)

8
Posted in Rambles |

Perak Kacau

Monday, February 9th, 2009

hari ni 9 haribulan, bermakna sudah 5 hari sejak episod kekacauan politik di Perak. bermula pada 4 haribulan, sehari selepas sambutan Jubli Perak 25 tahun pemerintahan Sultan Azlan Shah, kekacauan memuncak pada 5 haribulan apabila MB Nizar diarahkan meletak jawatan oleh tuanku sultan dan menolak pembubaran DUN secara total.

perkara ini menghampakan sejumlah besar rakyat yang mengharap pemerintahan dan pengadilan yang lebih telus oleh tuanku sultan berikutan beberapa siri lompat parti oleh ADUN Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional. tidak kurang juga yang melempiaskan kemarahan dengan mengadakan demonstrasi di beberapa tempat utama di Ipoh dan Bukit Chandan, Kuala Kangsar. bagi pihak yang dikatakan ‘berjaya’ pula, mereka menyambut dengan gembira dan menolak sebarang tindakan yang membelakangkan keputusan Sultan Azlan.

rata-rata penganalisis politik secara khususnya dan rakyat jelata amnya mahukan pilihanraya umum dijalankan semula bagi seluruh kawasan Perak, atau sekurang-kurangnya bagi 3 kawasan ‘bermasalah’; Changkat Jering, Behrang, Jelapang, serta satu lagi kawasan ‘pelik’; Bota. bagi mereka, pilihanraya secara penuh merupakan tanda ukur terbaik bagi mengenalpasti kehendak rakyat secara keseluruhan negeri perak, seterusnya dapat meleraikan kemelut kerusi ADUN Perak yang berkedudukan PR - 28 kerusi, BN - 28 kerusi dan Bebas - 3 kerusi. apa yang penting, majoriti diperoleh, dan semuanya dapat lihat sendiri.

pelbagai andaian dan cerita dapat didengar semua sepanjang episod yang mencalarkan sambutan Jubli Perak Sultan Azlan ini. pembelian maruah istana, penderhakaan kepada tuanku sultan, sesi penyelamatan Gamuda Berhad (saham terbesar dimiliki oleh Raja Dato’ Seri Eleena, anak perempuan tuanku sultan), penawaran habuan berjuta ringgit dan lain-lain lagi. apa sekalipun, aku melihat situasi ini sebagai perkembangan yang tidak sihat kepada institusi diraja di Malaysia dan pemerintahan kerajaan negeri di Perak. ramai yang tidak menyangka dengan keputusan dibuat oleh tuanku sultan yang dilihat membelakangkan kehendak rakyat.

kemarahan sebilangan besar rakyat ditonjolkan pada 6 haribulan tatkala upacara mengangkat sumpah oleh MB Perak yang baru, Zambry, di istana iskandariah, Kuala Kangsar. kereta berplat kuning diraja dibaling batu oleh orang ramai yang memboikot upcara tersebut. dikatakan kereta Raja Muda Nazrin juga terkena kecelakaan tersebut berserta gas pemedih mata oleh pasukan berkuasa. bagi mereka, pelantikan ‘haram’ tersebut tidak patut diteruskan walau apa jua sebab.

esok, 10 haribulan akan berlangsung sambutan Jubli Perak di Batu Gajah, tempat membesar tuanku sultan semasa kecil. adakah sambutan ini akan mendapat sambutan sewajarnya atau mungkin juga sebaliknya? desas-desus sudah kedengaran untuk memboikot kedatangan Sultan Azlan yang mencemar duli dengan memakai baju berwarna hitam. apa yang aku harapkan, keadaan kembali aman dan institusi diraja Perak kembali dipandang tinggi sama seperti sebelumnya, dengan rakyat memandang tinggi pada kebijaksanaan dan keikhlasan sultan yang mereka sanjungi selama ini.

walaupun bukan rakyat jati negeri ini, terasa juga keresahan jauh di sudut hati. pandangan peribadi aku, apalah kiranya perbelanjaan untuk pilihanraya berbanding keadaan pemerintahan yang lebih telus dan aman. keputusan yang lebih baik sepatutnya mengambil kira pandangan semua pihak termasuk rakyat di penjuru negeri sekalipun. semoga tuanku sultan terus bersemayam di atas takhta memayungi rakyat jelata dengan pemerintahan yang adil dan saksama… dan lebih baik.

2
Posted in Stories |

Jubli Perak Sultan Azlan

Tuesday, February 3rd, 2009

sempena sambutan Jubli Perak Sultan Azlan Shah, Perak cuti hari ni. yahoo!

Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni Al-Marhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah Ghafarullahu-lah

petikan dari BERNAMA:

Jubli Perak pemerintahan Sultan Azlan Shah disambut sederhana

29 Jan 2009 12:01AM

SULTAN Perak Sultan Azlan Shah telah memberi perkenan agar sambutan Jubli Perak pemerintahan baginda yang genap 25 tahun pada 3 Feb ini diadakan secara sederhana kerana baginda peka kepada keadaan ekonomi semasa.

Acara sambutan bertumpu kepada yang memperlihatkan sifat kesyukuran kepada Illahi; pentingnya pendidikan dan pelajaran; hubungan mesra dengan rakyat; penghargaan kepada individu yang banyak berjasa dan memberi khidmat setia kepada baginda; menghargai semangat hubungan antara Raja-Raja, Yang Dipertua-Yang Dipertua Negeri dan pimpinan kerajaan persekutuan; serta menghargai perkhidmatan setia pasukan pertahanan dan keselamatan negara yang telah menunjukkan sikap pengorbanan dan taat setia yang tinggi kepada Raja dan Negara, demikian menurut Pejabat Sultan Perak Darul Ridzuan dalam satu kenyataan kepada Bernama hari ini.

Acara sambutan yang memenuhi tema-tema tersebut dan diperkenan baginda adalah majlis kesyukuran bacaan Yasin dan tahlil di Majlis Ubudiah, Kuala Kangsar pada 2 Feb, dan istiadat kawalan kehormatan di perkarangan Istana Iskandariah pada 3 Feb. Pada hari yang sama satu istiadat mempersembahkan ucapan dan taat setia dan istiadat pengurniaan khas Darjah Dato’ Seri Azlanii (D.S.A.) kepada 25 penerima akan turut diadakan di Balairong Seri Istana Iskandariah. Pada sebelah petangnya, majlis pelancaran setem memperingati Jubli Perak dan pemeran setem akan diadakan di Dewan Bandaran, Ipoh.

Baginda berkenan berangkat ke Majlis Bersama Rakyat di Arena Square, Batu Gajah, pada petang 10 Feb sebagai tanda ingatan baginda kepada tempat asal keputeraan dan persekolahan awal baginda di bandar itu. Baginda juga akan berangkat ke Hari Anugerah Cemerlang Maktab Melayu Kuala Kangsar (MCKK), yang merupakan “alma mater” baginda. Majlis Santapan Diraja akan diadakan di Dewan Santapan, Istana Iskandariah pada malam 14 Feb diikuti dengan Majlis Santapan Beradat Pasukan Beruniform di Dewan Khatulistiwa, Wisma Samudera, Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Lumut pada 21 Feb.

“Atas kepekaan baginda untuk tidak membebankan kerajaan, perbelanjaan untuk majlis kesyukuran, darjah kebesaran, majlis Santapan DiRaja dan Majlis Santapan Beradat akan dibiayai oleh Keluarga DiRaja,” demikian menurut kenyataan itu. Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah, Raja-raja Melayu, Yang Dipertua-Yang Dipertua Negeri dan Sultan Brunei Darussalam dijangka berangkat ke majlis tersebut.

Yang turut diundang Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Datin Seri Jeanne Abdullah serta Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor.

Sultan Azlan Shah, yang menaiki takhta pada 3 Feb 1984, merupakan Sultan Perak ke-34 dan antara empat Sultan yang bersemayam di takhta kerajaan mencecah 25 tahun. Mengikut sejarah Kesultanan Perak, Sultan Mansur Shah I, Sultan Perak kedua memerintah selama 28 tahun (1549-1577), Sultan Mahmud Iskandar Shah, Sultan Perak yang ke-11 memerintah selama 67 tahun (1653-1720) dan Sultan Idris Murshidul ‘Adzam Shah I, Sultan Perak ke-29 memerintah selama 29 tahun (1887-1916).

Menurut kenyataan itu, majlis, surau dan rumah-rumah ibadat digalakkan menganjurkan acara agama berunsur kesyukuran.

“Sebagai lambang kesih sayang dan kesetiaan kepada Sultan, rakyat Perak digalak mengibarkan bendera negeri, terutamanya pada 3 Feb dan bendera persekutuan dan negeri pada 14 dan 15 Feb,” kata kenyataan itu.

2
Posted in Stories |