Archive for March, 2009

TT ManagerLeague

Tuesday, March 31st, 2009

tanggal 22 haribulan mac 2009, satu sesi TT untuk pemain-pemain ManagerLeague telah diadakan bertempat di Bintang Sidewalk Cafe, Section 7, Shah Alam. perancangan ringkas di #my-chat akhirnya membuahkan hasil lantaran komitmen beberapa pemain yang tegar ingin mengorek tips dan taktik terbaik. haha.

bermula kira-kira jam 9.30 malam, aku sampai di lokasi setelah ditumpangkan menaiki Mitsubishi Lancer oleh AceGambler dan Sheng. berbaloi jugak la tunggu kat stesen komuter Shah Alam tu, last-last dapat naik kete best. “ting! ting! ting!” sensor dia berbunyi bila AceGambler amik selekoh. haha. jauh jugak la nak sampai cafe tu. aku yang rabun malam-malam ni memang tak nampak jalan la, tengok kiri kanan pon bukannya aku kenal jalan kat area nih. sampai je sana, dah ada dua orang menunggu. stended, dengan muka agak terbangang sekejap… rupenya Slacko dengan Topgunners yang kat meja tu, layan minum siap sambil mengepam asap rokok. “hi, aku Kuat, ni sape?” aku shake-hands sambil memperkenalkan diri. wakaka. suma wajah dah berkerjaya!

gelak-gelak sekejap, si Daong pulak sampai dengan kapcai kesayangannya. kitorang agak hampa sebab dia datang sorang, mana pegi tah janji dia nak bawak awek cun. hampeh Daong. lepas tu, si Matjan dengan Yakuza_Arifin lak, kali ni membawa berita gembira… bertemankan seorang lelaki (langsung tak tanya nama) yang memang tade kaitan dan juga seorang awek, Zawiyah. haha. eceh Matjan, kawan skolah konon… ke awek ko tuh? luls.

makan takyah pikir banyak la… order je. aku makan Roti Honeymoon (mcm roti bom tapi dalam ada ceri, pastu ada eskem ngn pisang), white coffee panas dan air buah ape tah. Sheng pulak tak abes-abes minum Jasmine Tea, 3-4 gelas jugak la. tak cukup makan, AceGambler order piza pulak, rasanya separuh daripada piza tu aku yang habeskan. dah korang suma tanak, aku sental je la. bolat terus perut mlm tuh. makan aje… bos blanjer. gelak memang tak ingat… sesi mengutuk dan bakar-membakar pon ada, berlapang dada aa masing-masing. jangan join kalau taleh terima. huhu. tips ngan tricks pon Sheng ada kongsi, semua orang dengar dengan taat, lagi-lagi Yakuza_Arifin yang baru naik Divisyen 1. tektik 16, formation, playstyle, cara nak beli player, suma kuar. entah masuk kepala ke tak, aku pon tak tau.

abes TT dalam kol 1 pagi, suma ucap selamat sambil tuka-tuka kad. wuuih, bila la aku nak ada kad sendiri nih. aku balik ikut si Matjan dengan Yakuza_Arifin malam tu, tumpang tido kat Equine. nasib baik la korang ada dapat gak aku tido selesa. maceh ipin!

seronok dapat jumpe warga ML yang selama ni kenal dalam internet je. skang baru la dapat tengok sape orangnya. mana yang dah kawen, mana yang dah keje, mana yang tanam anggur… tengkiu sekali lagi pada AceGambler, Sheng, Topgunners, Slacko, Daong, Matjan dan Yakuza_Arifin yang sanggup datang memeriahkan TT pertama nih. pada yang kecundang dengan janji masing-masing; LoiRe, Pacak, Zerocrash, Apan dan sBat, rugi korang tadapat join… len kali cuba lagi.

p/s: ManagerLeague adalah web browser-based online game yang bercirikan pengurusan pasukan bola sepak sama seperti CM dan FM. berminat? join kami di www.managerleaugue.my

2
Posted in Blog |

Ka-Ki-Ku-Kokak

Friday, March 27th, 2009

sejak entri ka-ki-ku-ke-ko yang lepas, kaki aku dah bertambah elok. sakit tu makin lama makin kurang. lega la rasanya bila dapat duduk, jalan, berlari bebas tanpa sekelumit pon rasa bisa dan saket. tapi tiba-tiba, lepas je bangun tido pagi tadi, buat hal lagi la pulak kaki nih. sejuk sangat agaknya sebab hujan lebat mlm tadi. adeh laa.

dah tak tahan sangat, mak suruh gak aku pergi jumpe Dr. Nordin kat Klinik Yakin. aku orang pertama datang lepas waktu rehat solat jumaat, tapi ada sorang pakcik tu selambe je potong queue. hampeh… sabo je la. ok la, pakcik tu dah tua, tapi yang anak dia buat muka selambe tu apehal lak. ko tak nampak ke aku dah sampai dulu? d’oh~ paling koman pon, mintak la izin ke, tegur ke… aku dah la saket, jangan pulak nak buat aku jadi emo. grrr!

anyway, doktor tu suruh pegi berurut, siap rekomen nama tukang urut lagi. haha. pastu ada la jugak tindakan susulan kene buat, which aku rasa tak perlu la cite kat sini. 2 org doktor yang aku jumpe tanyakan soalan sama, “ada jatuh ke?”. bila masa ek aku jatuh? saket ni rasanya dah lama… berulang-ulang, kejap baik kejap saket. kalau betol la sbb jatuh, time silat dulu mmg byk gile jatuh. ataupon, aku saspek masa kat offshore dulu?

alahai… tamo la jadi serius lak nanti. mcm orang tempang plak dah. umm, at least kali ni dapat ubat yang lebih meyakinkan, tade la mcm dulu… kasik pain reliever je. tetiba terfikir pulak, duit kalau banyak tapi kesihatan ok pon hati tetap tak hepi. itu orang yang berharta, hakikatnya aku ni tade duit dan saket pulak tu… lagi bertambah-tambah la tak hepi.

takpe.. jangan mengeluh, kita usaha dulu. hiap! hiup!

2
Posted in Blog |

Baby: Aqil Zafran

Wednesday, March 25th, 2009

yeay, da dapat gambo baby. nah suma, perkenalkan… Aqil Zafran =)
ape la, asik tutup mata je. ni mesti suka tido nih. dah kuar tu cergas la sket. kaman! kaman! bagi riuh satu taman. lawl~

akil

akil2-1

aii… seronok tido, mimpi ape tu? selamat hari lahir ke-3 hari Aqil! nanti uncle bawak jalan-jalan ye. wahahaha!

8
Posted in Blog, Rambles |

Baby Baru!

Tuesday, March 24th, 2009

tahniah kepada along dan kak ely yang baru je dapat baby boy kira-kira 3 jam lepas. semua kat rumah ni suka bukan kepalang… mak dah jadi nenek, ayah da jadi atuk, mira dah jadi cik yah, aku lak da jadi uncle amal. kui kui kui! berat betol baby sampai 3.55kg, mcm aku masa kecik gak. tau dah ni, mesti leh wat geng makan bila besar nnt. nice gak tuh! tunggu along send MMS, nnt aku letak gambo dia kat sini.

amal doakan baby sentiasa sihat dan cergas, begitu juga dengan mummy dia. along, siap-siap la prektis pakaikan lampin. hohoho!

7
Posted in Blog |

iPhone 3.0 Announced

Thursday, March 19th, 2009

not to be mistaken by latest version of iPhone, this is just a version of software that runs on it. Apple showed numerous features available for the next upgrade in yesterday Live Event.

In-App Purchasing: Allows developers to sell additional content from within applications. Highlighted uses include magazine subscriptions, eBooks, additional levels and items for games.
Peer-to-Peer Connectivity: Find other devices running the app via Bonjour over Wi-Fi of Bluetooth. Good for gaming, but also other applications for sharing data.
Third-Party Accessory Apps: Allowing accessory manufacturers to create applications to interface with their hardware accessories.
Push Notification: Rather than using background processes that hamper battery life, utilize third-party server to push badge, text, and audio alerts from applications.

Tethering: Allows you to share your iPhone’s internet connection with your laptop.
Turn by Turn: Apple will allow developers to use CoreLocation for turn-by-turn GPS directions.
Cut, Copy and Paste: Available across all apps. Shake to undo or redo.
Landscape keyboard: Available in all key applications, including Mail.
MMS: Picture messaging now available.
Voice Memos: Record notes, lectures, interviews, etc.
Spotlight Search: Available across all applications. Systemwide search available from main home screen by flicking to the left.
A2DP Bluetooth: Support for stereo bluetooth headsets.

the features i love most are Turn by TurnCut, Copy and Paste, MMS and Tethering. these will definitely help iPhone to boost their market in Malaysia for upcoming months. as for me, i’m still saving cents to buy one. waaaaaaa!

8
Posted in Tech |

Croissant: Baker’s Cottage & La Boheme

Tuesday, March 17th, 2009

aku sangat suka makan croissant. sejak terpengaruh tengok cite Yakitate!! Ja-Pan kat Animax setahun lepas, pantang nampak croissant, mesti aku nk beli. lagi-lagi kalau baru kuar dari oven… pergh! krup krap la makan.. takpon siat satu-satu kulit dia.

baru-baru ni ada la jalan-jalan kat Jusco beli barang sket. biasanya kat mana-mana Jusco store mesti ada kedai roti dia sendiri, La Boheme. then kat luar supermarket section (kat area plaza) pulak, mesti ada Baker’s Cottage, satu lagi jenis kedai kek dan pastri. dua-dua kedai ni memang feveret aku sejak kecik lagi. ape lagi, dah ada peluang tu aku beli la croissant dari dua kedai nih, bleh gak bandingkan yg mana lagi best.

La Boheme

laboheme

masa aku beli tu, harga sebuku Rm0.99. untuk promosi, La Boheme jual 3 buku untuk Rm2.50. murah la tu kan? sbb dulu aku beli kat Giant 4 buku ada la dalam Rm5 lebih. masa tu suhu dia suam lagi, gigit pon ada la rasa crunchy. ada bahagian yg lembut, ada pulak yg rangup. sampai kat bahagian tengah, mmg rasa betul butter dia. byk kot dia letak. saiz takde la besar sangat, tp berkilat-kilat keemasan jugak la sbb butter tuh. aku makan 3 kali roti ni, 1 kat kedai tu jugak 2 lagi kat rumah. makan kat rumah tu dah confirm la sejuk, so dah tade rangup lagi, semua lembut je rasa. still, boleh kopek-kopek kulit dia.

The Baker’s Cottage

bcottage

harga croissant kat sini mahal sket, RM1.80 sebuku. rupe dia takde la kilat keemasan sangat macam croissant yg tadi, tapi saiz dia lebih besar dan nampak ‘naik’ lebih tinggi. first bite mmg dapat rasa kerangupan roti tu, lagi la bila tiba bahagian tengah… mmg nampak layer by layer, tapi tak banyak. rasa butter tak terlalu kuat, dan bahagian dalam jugak lebih lembut. mmg sedap btol. disebabkan dah kenyang waktu beli tu, aku makan croissant ni kat rumah jugak, maksudnya dah sejuk jugak. tp uniknya, outer layer dia still rangup.

sedap, boleh tahan la…  dari segi harga, La Boheme mmg kasik harga yang paling menarik dengan rasa butter yang lebih. tapi dari segi kepuasan, Baker’s Cottage punya lagi sedap. part yg sedih pulak, presentation croissant tu sendiri. tak nampak mcm crescent seperti yg aku harapkan, pastu penyek plak tuh. tak cukup rangup la agaknya outer layer dia.  kalau tekan mmg bleh rasa la dia lembut. in a way, mmg la best roti tu lembut, tapi kalo bleh nak mcm croissant yg real, rangup kat luar, lembut kat dalam. lagi-lagi bila gigit tu bleh nampak innards dia yg berlapis-lapis. mmg superb la. lepas ni aku nk cari lagi croissant kat kedai lain pulak, nk rasa… kalau boleh, nk aje aku cari macam Kazuma Azuma’s Ja-pan #43: 324-Layer Croissant Ja-pan tuh, sbb aku sendiri tak yakin 2-2 croissant yg aku beli dibuat pada kadar 108 lapisan, apetah lagi 324 lapis.

korang pernah makan croissant/pastri yang sedap? kat mana? cite sket… aku nk pegi try rasa pulak.

Posted in Bite & Eat |

Bosan & Saket Kepale

Sunday, March 15th, 2009

amende tah nak tulis kali ni… terasa mcm nk update, tapi tak tau ape nk cite (bodoh, kalo tak tau tayah aa cite, pi aa sambung tido!). ah, layankan aje la kepala ni.

entri blog sejak lately ni makin kerap plak guna ayat-ayat standard dalam Bahasa Melayu. ada member yang baca terus terbangang (taleh terima agaknya) berfikir sama ada dia sedang membaca blog yg betol. Adam yg skang ni tgh bersemangat blogging ada tanya kat aku, “nape ko gune ayat skema?”. heh, aku da agak satu hari nnt mesti ada yg akan bertanya.

nape aku guna ayat skema tu terjadi lepas aku membaca satu entri yang sgt la menarik bertajuk Dakyah Bahasa Yang Saya Anuti. bila aku baca entri tu, terus kepale otak ni berputar ligat… “ye, tak ye jugak”, terus je setuju ngn pendapat penulis. beliau yang menggunakan ayat skema standard tetap dapat menarik pembaca untuk kekal membaca sehingga habis. Adam sendiri pon setuju ngn entri tuh… bayangkan la, Adam weh! ah, jgn le korang banding2kan aku ngn penulis blog tu… aku da lama x wat ayat BM standard panjang2 nih, idea datang pon lambat. ada yg dah taip banyak2 pon aku akan delete semula. entri aku pon merepek tah pape… wakaka, dulik ape, blog aku sukati aku la nak taip ape. men blog ni pon tak sampai setahun lagi… bagi can la kat aku. kih kih

aku bosan dan aku saket kepale. bangun tido td terus recall balik ape aku mimpi. hmm, agak misteri tapi seronok. ngeh ngeh ngeh. tapi skang ni lepas subuh saket pale lak, kurang minum air agaknya. ape je nk buat pagi2 nih? org len suma lom bangun, mak pulak dah terbang petang smalam gi umah along kat sandakan. harap2 mak seronok la menjadi nurse sandaran jaga menantu dia, huhuhu. excited sangat nampaknya dia nk dapat cucu pertama. sori la mak… amal lambat sket.

argh, tak tau nk wat ape… pale pon makin pening2 lalat. nak sambung layan anime jap la. nah Adam, aku dedicate entri repekan tanpa ayat skema kali ni untuk ko. semoga ko terus menaip. chow!

2
Posted in Blog, Rambles |

Mari Tukar: Kenapa Mesti Windows?

Saturday, March 14th, 2009

selepas melihat dan menilai situasi sekeliling, aku tertarik untuk memulakan satu siri Mari Tukar yang diharap boleh membuka mata sesiapa yang membaca blog ini. selain dapat menambah ilmu, korang juga boleh bertukar fikiran mengenai topik yang aku utarakan. kita mulakan:

…………

kenapa semua orang yang memiliki komputer (khususnya di Malaysia), tak kisah lah desktop ataupun laptop, mesti menggunakan Microsoft Windows sebagai sistem operasi mereka? kenapa sejak di bangku sekolah lagi anak-anak kita (anak korang la, aku belum lagi) didedahkan dengan Windows sahaja? bukankah pendedahan awal itu baik, mengapa pula hanya rigid pada Windows? bagaimana pula dengan OS lain yang ada di pasaran? Linux? Unix? OS X?

aku mula belajar menggunakan komputer melalui DOS (Disk Operating System). pada masa tu, sistem Windows 3.1 memonopoli kebanyakan komputer moden yang ada di pasaran. tapi aku bersyukur walaupun kelas komputer yang aku hadiri tu kecil, komputernya lembab siput, jauh pulak dari rumah, aku diajar dari asas menggunakan DOS untuk menggunakan perisian seperti WordStar, WordPerfect, dBase III, dan juga Lotus 123. bila sudah lulus kesemuanya dan dapat sijil, baru la cikgu kasik guna komputer yang ada Windows 95. itu pun bukannya untuk buat apa, tapi release tension main game. nak diikutkan, aku kagum kat Y0ndi3 sebab dari kecik lagi atuk dia sendiri dah ajar BASIC. pergh.. patut la hakas.

enam tahun lepas, Windows mendominasi komputer pada kadar 95%. mengikut statistik pada februari tahun ini pula, sebanyak 69% pengguna dunia memilih WIndows XP dan 17.2% lagi menggunakan Windows Vista. hanya 6% menggunakan OSX (Mac) manakala pengguna Linux hanya sebanyak 4%. walaupun angka ini semakin berkurangan, masih ramai yang beranggapan komputer hanya beroperasi dengan Windows sahaja.

mactrooper

Storm Trooper pon guna Macintosh, nampak tu?

kenapa kita masih terikat dengan Tetingkap ini? aku sendiri merupakan pengguna tegar Windows selama 8 tahun sebelum beralih ke sistem Macintosh. korang tak bosan ke berhadapan dengan masalah yang sama setiap kali menggunakan komputer? tengah syok membuat kerja, keluar pop-up error yang berulang-ulang. ataupun, ketika hendak membuka file dokumen penting tiba-tiba dikejutkan dengan serangan virus yang merosakkan sistem komputer. lepas tu plak, sedang seronok bermain game secara pantas komputer bertukar kepada skrin biru mengarahkan kita menekan ‘Ctrl + Alt + Del’. tak stress ke korang berhadapan situasi macam tu berulang kali? apa yang seronok sangat tengok logo tingkap tu? tak ada rasa nak bertukar angin? itu belum cerita lagi pasal masalah sekuriti…

kalau nak diceritakan, banyak sebenarnya kekurangan OS kegemaran ramai ni berbanding OS yang lain. google saja ‘Windows versus Linux’ atau ‘Windows disadvantage’ berdesup keluar pelbagai artikel yang boleh dibaca. cuba-cuba la bertukar arah, gunakan Macintosh untuk mengelakkan masalah-wajib-dengan-Windows dan rasakan sendiri perbezaannya. nak yang lebih baik lagi? gunakan saja OS percuma di bawah tag Linux; Fedora, Ubuntu, Backtrack, OpenSuse dan lain-lain. korang juga tak perlu dah nak berhadapan dengan masalah lesen kerasa semua perisian tersebut adalah percuma dan bebas digunakan. sampai bila kita nak gunakan Windows lanun tu? alaaa, aku tau… lebih separuh komputer di negara ni yang menggunakan Windows adalah pirated version. sekali korang kene raid, tau tak berapa hukuman di bawah Akta Multimedia? sila la google.

jadi, aku menyarankan semua untuk sekurang-kurangnya mencuba menggunakan sistem operasi selain Tetingkap. rasai dan alami sendiri, baru la buat pilihan. amacam? ada brani?

Posted in Blog, Tech |

iPod Shuffle 3rd Gen

Wednesday, March 11th, 2009

dalam diam, rupenya Apple dah revamp model bajet untuk iPod, Shuffle baru-baru ni. setelah direka semula iPod Shuffle kembali ke bentuk candy bar asalnya, nipis dan memanjang. tiada lagi butang kawalan pada badan iPod melainkan satu sahaja yang berfungsi sebagai shuffe/sequential play slider merangkap power button. kawalan penuh sekarang boleh didapati terletak pada cable earphone, sama seperti yang digunakan oleh model iPhone.

clothing clip masih lagi dikekalkan pada model Shuffle terbaru, sesuai dengan saiznya yang kecil. ini kalau silap gaya, hilang pon saje je.. memang tak perasan. huhu. satu fungsi menarik ialah iPod Shuffle kini boleh memberitahu lagu yang sedang dimainkan, penyanyi, dan playlist yang ada melalui fungsi ‘VoiceOver’.

harga pasaran tempatan untuk model 4GB ialah RM309.00. maklumat lanjut di: Apple-Store-Malaysia/Ipod-Shuffle.

5
Posted in Tech |

iPhone@Maxis

Wednesday, March 11th, 2009

Maxis baru saja lancarkan iPhone 3G plan hari ini. kontrak ikatan berbeza mengikut pelan yang ditawarkan, bermula dari 6 bulan, 12 bulan, dan 24 bulan. rasanya kalau pakai iPhone dan masih dalam lingkungan frekuensi Wi-Fi, tak pakai pelan ni pon tape. beli je macam biasa, lagi jimat. tapi kalau heavy user, nak main GPS, surf net dimana-mana… kira ok jugak harga dia.

maklumat lanjut: http://www.maxis.com.my/iphone/rateplan1.asp

0
Posted in Tech |