Archive for April, 2009

Hiatus Part II

Monday, April 27th, 2009

malas lak nak taip panjang-panjang. untuk pengetahuan, aku skang berada kat Putra Specialist Hospital, Melaka. sambung rawatan saket yang hari tu. kali ni doktor lain, aku mintak wat surgeri, tapi dia nk cuba cara lain dulu. so, aku stay la sini dulu.

Room 20-49,
Level 10,
Putra Specialist Hospital,
Melaka Bandaraya Bersejarah.

ok, tu je. saje nak update entri baru bosan-bosan nih. nak tengok tv pon cite cak cak azwan ali. bek tak payah.

Posted in Blog, Rambles |

Kekebasan

Saturday, April 25th, 2009

wuh… kaki aku dah kebas skang, tak rasa ape lagi. garu-garu, ketuk-ketuk pon mcm dah tade efek. jap lagi nak amik medical report, pastu balik, wat surgery kat rumah. aku da tak tahan ni. babai suma. hiap hiup!

5
Posted in Rambles |

Jalan Jalan Cari Penyakit

Thursday, April 23rd, 2009

dah 2 hari berulang ke hospital naik moto. 2 hari jugak aku berhenti kat masjid sebab tak tahan saket, kene baring dulu. 2 hari jugak aku kene bergegas mencari painkiller sebelum meneruskan perjalanan. persoalannya, berbaloi ke aku gi dapatkan treatment kalau aku akan saket semula masa balik dari spital tuh?

ikutkan jadual, esok kene pegi lagi utk wat fisio. aku plan nak jumpe balik doktor haritu, diskas pasal opsyen lain; surgery. cuak tak cuak, kene diskas gak. majority doktor yg aku mintak 2nd opinion suma opt suruh surgery kalo fisio tak ok. masalahnya, fisio ni amik masa… berbulan-bulan. dan aku tade masa byk tu, apetah lagi duit nak bayar fisio yg mak aih… mahal gile. bil spital aritu je menunjukkan fisio menguasai carta teratas diikuti dengan MRI dan nursing. so bayangkan je la kalo aku kene wat fisio lagi 3 bulan. ulang alik lagi… takkan nak suruh orang hantar tiap kali? aaaaarggh.. tensionnye!!!

sabo… sabau… sabar… berualang kali aku ingatkan kat diri sendiri, jangan mengeluh, ujian dari-Nya suma nih. aku banyak sangat dosa… obviously. cmne pon, kene tabah gak. kalo bleh aku mmg tamo surgery… tapi mcm itu je jalan yang ada.

err… aku cuak bkn ape, tapi nak bagi orang potong kat area saraf tunjang tu… aih, seram je bunyi. bkn la ragu ngn skill surgeon, tapi… entah. cuak la. cuak. tak paham ke? wahahah. adoi.

p/s: neway, servis kat spital gomen tadi amat la menyeksakan. ruang menunggu, kaunter pendaftaran, farmasi, sumanya buat aku stress. nasib baik la attending doctor tu frenli dan baik hati, sejuk sket aku. sekarang aku paham kenapa budget perubatan itu penting untuk sesebuah negara.

7
Posted in Blog |

Amende Ni?

Monday, April 20th, 2009

oh crap! i screwed up again. benci btol la cmni. aku pon dah kene curse gak ke?

=(

Posted in Rambles |

Gardenia DELICIA: Butterscotch

Thursday, April 16th, 2009

aku skang ni suka sangat makan roti. salah satu feveret aku adalah gardenia butterscotch. dah dua minggu aku crave sejak terbaca kat IG, tapi disebabkan tak semua kedai ada jual, mmg susah la nak jumpe. lagi pulak time tu dok kat ward, makan nasik spital je la. last 3 days aku gagahkan berjalan, naik moto ronda-ronda cari lagi smpai la petang ni baru dapat. terus aku sambar sebuku.

sedap sangat ke roti nih? pergh~ belum cuba mmg takleh kata ape aa. siyes sedap gile. makan macam tu je, rasa dia macam roti manis gak la tapi lagi special. aku suka makan dengan peanut butter, mak plak kata sedap kalo wat toast. tapi yang pasti, makan gitu je pon dah boleh wat gian. before ni aku beli kalau dah start makan memang susah nak berhenti, tadi aku amik 3 keping, cepat-cepat tutup balik letak jauh-jauh. kang tak pasal-pasal abes gitu je tak sempat wat bekpes.

amende tu butterscotch? menurut wiki: Butterscotch is a type of confectionery whose primary ingredients are brown sugar and butter. Other ingredients such as corn syrup, cream, vanilla, and salt are typically part of the recipe also. The ingredients for butterscotch are similar to toffee; the major difference is that the sugar is boiled to the soft crack stage for butterscotch and the hard crack stage for toffee. Butterscotch sauce is often made into a syrup, which is used as a topping for ice cream (particularly sundaes).

ooo… gula ngn butter je rupenya. tapi memang unik la roti ni. dia punya tengah tu la paling best.. lagi-lagi kat tompok gula tu. pergh~ manis lemak gitu. cuma satu yang aku perasan, kat kulit roti kadang-kadang ada part yang macam hangus, takde la banyak tapi ada. kat situ terasa la pahit sket. kalau part lain, memang superb… sila la try. ada lagi satu jenis, gardenia DELICIA chocolate raisin, orang kata rasa macam makan kek coklat. entah laa… aku siyesli memang teringin gak nak try, tapi memandangkan ada raisin tu dan aku amat la tak ske, tu yang macam malas nak beli. kang tak abes lak. kalo sape-sape ada beli, meh la roger sket… leh aku pow. keh keh keh.

harga: RM4.00


6
Posted in Bite & Eat |

Tersepit

Wednesday, April 15th, 2009

aaargghh! aku tak suka pakai corset nih. tak sukanye…!

perut aku saket bila pakai lama-lama, nak makan pon susah… food taleh masuk banyak, pastu rasa mcm tersangkut tengah jalan. velcro ni plak asik mencucuk-cucuk kulit. gerak sket je kene cucuk, gerak lagi cucuk lagi. tension btol! aku tak pakai kang saket tulang lak. grrr…

camane korang dak pompuan leh tahan pakai natang nih?

6
Posted in Rambles |

Siri Bermain Dengan Baby

Wednesday, April 15th, 2009

lepas je kuar spital, aku terus balik ke rumah nak berehat kat sana. tak sabo gak nak jumpe Aqil kat rumah. turun bas, masuk rumah terus cari baby. dia tak sambut aku pon, layan tido je. hampeh. aku goyang-goyang, cuit-cuit badan dia.. saje je. tak makan saman betol. sampai la esok paginya baru la dapat tengok dia bangun, aktif sket.

2-ekor-baby

2 hari spend masa tengok dia tido, menangis ala ala menguak, kelip-kelip mata, mandi, tuka diapers (aku tengok je la). best la plak ada baby kat rumah ni. dah lama takde budak kecik. seb baik la dia ni jenis menangis tak kuat sangat. kalo tak, bising gak rumah aku. kalau dia terjaga lak, asik la ternganga-nganga nak susu. dah kenyang, menguap. kaki tido tol.

so, ini la gambo pagi hari dua orang baby yang belum mandi. sorang baby kecik, sorang lagi baby tua tak sedar diri. sebelum balik, sempat aku singgah umah ibu kak ely, semata-mata nak jumpe Aqil. ceh, dia tido lagi. memang nak kene geletek nih. sabo je la. tunggu besar sket, bleh main wrestling sama-sama.

setakat ni, persamaan baby dengan aku:

- kuat tido. wakakaka…

2
Posted in Blog |

Sekapur Sirih

Saturday, April 11th, 2009

hari ni adalah hari pembebasan setelah 8 malam berkampung kat spital. dah sampai kat rumah pon skang nih. walaupon belum pulih sepenuhnya, tapi saket tu dah kurang la berbanding hari tu. pening kepala dah tak ada, selera makan pon dah up sket, duduk pon lebih lama berbanding dulu (kene tengok cara duduk jugak) dan berdiri pon camtu. alhamdulillah, lepas buat physiotherapy lega la sket urat ngn otot kaki. kalau ikutkan hati, memang nak buat selalu… tapi mana larat dok sini je, bosan!

kat sini, aku nak ucapkan terima kasih pada semua nama di bawah yang menjaga aku di sini sejak jumaat lepas sampai la ke hari ni:

Consultant & Neurologist: dr. zakaria
Nurses: siti nur arifah, atikah, sharlina, zuridah, yuvanes, yashota, salfiza, junaidah, intan, yusniazian, selvom, siti noor ain
Care Asst: rasyimah, junaidah
Physiotherapist: krishna, anthony, rawiah, nurlaila
Physio Aide: zamani, chong, subashini, aini

penghargaan khas juga kepada yang datang melawat, teman aku tatkala bosan, bawak makanan, wat lawak hiburkan aku, dan bantu apa yang aku tak dapat buat kat sini. terima kasih kepada mak, cik yah, atok mak, acu, acu jamal, adam aizat , amir, aalim, teng, adam alak, bali, nik, uena, ana, lida, cik`chenta, yap, loire, boy, abrak, deng, akay dan tentu skali gadismu yang sabar dengan karenah aku selama ni. tengkiu semua banyak-banyak. RBTM+C, on me!

hosp_visitors-1

tak lupe jugak pada yang call dan sms, yang komen dalam blog ni, yang kirim salam melalui orang lain, semuanya aku ucapkan terima kasih. tak terdaya aku nak sebut nama sorang-sorang.

sekarang ni, aku dah pon selamat sampai kat rumah untuk sambung berehat sambil makan lobster import dari sandakan. rawatan masih diteruskan, senaman ringan pon kene buat, posture kene jaga, barang berat taleh angkat… banyak nak kene buat. ok, sampai sini dulu.

singing out,
ke-sudah-kurang-saket-an

8
Posted in Blog, Stories |

Aku Saat Ini

Tuesday, April 7th, 2009

sunyi. bosan. sakit. kecewa. sepi. marah. rindu. benci. terkilan. sakit hati. sedih. geram. pening.

aku kata ada nurse yang akan teman, sebenarnya aku sunyi.
aku kata makanan kat sini semuanya sedap, padahal aku tiada selera.
aku kata pada semua ‘jangan risau’, hakikatnya aku yang risau setiap masa.
Ya Allah, pada-Mu sahaja aku berserah, bantulah aku hadapi semua dugaan ini. amin.

Posted in Blog |

Kakiku Sayang

Monday, April 6th, 2009

salam.

firstly, terima kasih kepada famili, saudara, rakan-rakan dan kenalan yang telah datang menziarah dan mengucap selamat sepanjang aku ‘ketempangan’ nih. gembira bila melihat ada orang yang datang berkunjung (bawak makanan), bleh la kill some time berbual dan gelak ketawa, tade la mengadap Dan Brown’s Digital Fortress ni dengan tengok tv aje. pada yang telefon, sms pon sama jugak. satu sms yang aku dapat pon dah excited. ada yang tengah-tengah malam sedang aku layan mimpi, call tanya kabar, tak kisah la kan… layankan aje. lagipon bukannya boleh tido nyenyak bila orang sebelah tiap-tiap malam berdengkur mcm ekzos kereta buruk. biar la, dia saket agaknya. berlapang dada.

orang asik bertanya, “ko saket ape?”, “apsal masuk wad?”, “kenape tak cite kat aku?”, “nurse ape cite?” (yang ni aalim tanya tadi), dan macam-macam lagi la. sori la ye tak bagitahu awal-awal sebelum ni. aku tade niat nak rahsiakan dan tak pula nak canang pada semua orang. cukup la rasanya sape yang baca blog ni tahu, atau pon sape-sape yang nak tahu. aku bukannya selebriti nak suruh semua orang tau pasal aku, lagi-lagi pasal kesihatan sendiri. harap semua paham la ye. tapi kalau ada yang bertanya, memang aku cerita.

ok la. aku saket ape ye? sebelum ni aku ada cerita serba sket pasal saket aku ni kat entri Ka-Ki-Ku-Ke-Ko, Ka-Ki-Ku-Kokak dan Distressed. pada awalnya aku pon tak tau ape kene dengan kaki ni. bila ditanyakan pada tukang urut, semua kata ‘ada angin’. selesai urut, baik la sekejap… tapi tak lama, lepas tu datang la semula. doktor kat klinik pulak ada pendapat berbeza, katanya pasal saraf, dan suruh aku refer kat pakar. kat situ la bermulanya cerita yang lebih panjang. bila refer je pada pakar, Dr. Zakaria Abd Kadir, seorang physician & neurologist, terus dia wad-kan aku dan aturkan untuk MRI petang tu jugak. 7 lagu mawi aku layan stret sepanjang MRI tu, bosan gile. bak kata adam, kalau ada lagu YUI, memang aku dah mintak.

daripada result MRI, baru la aku dapat tengok sendiri dengan jelas ape sebenarnya masalah kaki ni. problem sebenar bukan la pada kaki, tapi pada urat saraf kat tulang belakang tu. sape amik biologi? tu urat ape? saraf tunjang ek? aku punya intervertebral disc pada tulang bahagian paling bawah dah dislocate dan menekan pada urat saraf aku ni. kalau nak lagi senang cite, macam hos paip getah yang kita tekan… dia tersepit, sebijik macam tu. urat ni plak bersambung sampai ke kaki, itu yang buat rasa sakit ni. alhamdulillah jugak sebab hanya kaki kanan yang teruk.

so skang macam mana? mengikut Dr. Zakaria (lebih popular dikalangan nurse sbg Dr. Zack), aku kene menjalani rawatan physiotherapy selama beberapa hari untuk membetulkan balik tulang belakang ni, dengan harapan disc tu akan masuk semula ke tempat asal. abes pinggang aku sampai la ke kaki ‘digomol’ oleh physiotherapist, ditekan-tekan, diurut-urut, sapu gel, ultrasound, macam-macam la. kat katil wad pulak pinggang aku diikat dengan belt besar pastu ditarik ke hujung katil dengan pemberat 5kg setiap belah kaki. agaknya kalau lama-lama bleh jadi panjang kaki aku. haha.

sekarang ni itu la yang aku sedang buat setiap hari. traction kat katil bila ada free time, dan turun ke physiotherapy clinic bila dipanggil. kalau takde perubahan, jawabnya memang kene operate la untuk remove bhg yang menekan urat tu. aku kalau boleh tamo la operate nih, biar la wat physio tu dulu.. tengok 2-3 hari ni camne.

haa, camtu la serba sket cite pasal saket aku ni. nak tau lagi banyak, google la ’sciatica’. kenapa bleh jadi cmni ye? aku rasa sebab pernah jatuh dulu… tak tau la jatuh yang mana satu, tapi sebab jatuh la ni. so, kepada rakan-rakan semua, sayangilah tulang belakang anda. jangan la buat posture badan yang pelik-pelik, kalau jatuh tu, pandai-pandai la kurangkan impact tu. kalau dah kene macam aku ni, bisanya bukan kepalang dah. sekonyong-konyong datang segerombolan otot yang kejang menarik-narik rasa macam nak terputus. hah, kan dah masuk sastera.

insyaAllah, saket ni akan baik. setiap hari aku buat yang terbaik, ikut nasihat doktor, ikut arahan nurse comel, berdoa… yang penting kita ikhtiar dulu, kan? pada yang melapangkan masa mendoakan kesihatan aku, aku ucapkan banyak-banyak terima kasih. seomga Allah memberikan balasan yang lebih baik pada kalian. amin. aku tak boleh lama ni layan wifi. tak larat nak duduk lama-lama, berbisa je kaki.

salam saket,

kesakitan.

6
Posted in Blog |