Archive for May, 2009

Menjadi g33k

Thursday, May 28th, 2009

fuuuh, lama betol aku tak menaip kat sini. sejak kuar spital ni rasa mcm tade mood nak update pape, sebab tade cite yg menarik pon boleh aku cite. takkan nak cite pasal saket ni… tak abes-abes sampai bila pon. nak tulis review plak mcm best, tapi malas nak uplod gambo. huhuhu.

kebosanan yang melampau telah membuka imaginasi aku buat beberapa ketika. tambah lagi bila stimix kat rumah ni buat hal. kejap ok, banyaknya tak ok. nak keluar ngan kawan-kawan macam mustahil. nak lepak mapley lagi la impossible. lantas aku pon bukak la lowyat.net setiap hari usha gadget ape yang best buat hiburan.

usha punya usha, ada la beberapa gadget yang aku minat. berikut adalah top 5 dalam wishlist aku:

  • iphone/ipod touch (tak kisah, used pon boleh. aku suka idea dapat online kat mana-mana yg ada wifi dengan mobiliti maksimum alat ni)
  • mac mini (terasa macam nak try guna mac desktop lak dan option ni la yang paling murah… tapi kene la jual melissa ni)
  • sony playstation 3 (dah dok rumah tak tau nak wat ape, main game pon ok juga cuma game dia mahal sket)
  • xbox 360 (alternatif lain untuk ps3, seronok jugak, game pon murah sbb konsol modded tapi aku tak bape suka sebab nama microsoft tu… ekeke)
  • multiple computer hardwares (cadang macam nak upgrade computer rumah ni… takde la tersengguk-sengguk)

maka, itulah dia yang aku berangan seharian mengikut order of interest. kalau tak jadi beli, simpan duit wat kawen je. cukup tak seribu lebih nak kawen? ekekekeke.

6
Posted in Blog |

RED ALERT : H1N1

Friday, May 15th, 2009

PENUMPANG MH091 13 MEI DIMINTA HUBUNGI KEMENTERIAN KESIHATAN

Berikutan pengesahan kes pertama influenza A(H1N1) di Malaysia, semua penumpang Penerbangan Malaysia MH091 dari New York, yang tiba di KLIA pada 7.15 pagi 13 Mei lepas, diminta menghubungi Kementerian Kesihatan kerana pesakit itu menaiki pesawat yang sama.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican berkata penumpang boleh menghubungi kementerian menerusi talian 03-88810200 atau 03-88810300 untuk tindakan susulan.

Kementerian Kesihatan jejaki 102 penumpang AK5358 13 Mei

PUTRAJAYA 17 Mei - Kementerian Kesihatan melalui pejabat-pejabat kesihatan daerahnya akan menjejak 102 penumpang yang menaiki pesawat AK5358 dari Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) di sini ke Pulau Pinang pada pukul 11 pagi, 13 Mei lalu.

Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Ramlee Rahmat berkata, kesemua penumpang pesawat tersebut diminta menghubungi Kementerian Kesihatan melalui talian 03-88810200 atau 03-88810300.

7
Posted in Bite & Eat, Rambles |

Lagu Untuk Mak

Tuesday, May 12th, 2009

khas buat semua ibu

kelakar, tapi benar =)

0
Posted in Rambles |

Selamat Hari Ibu, Mak!

Sunday, May 10th, 2009

hariibu

sekali lagi, hari ibu disambut di Malaysia dan beberapa tempat di dunia pada hari ini. untuk sesiapa yang masih blur, hari ibu disambut pada hari ahad kedua dalam bulan Mei. tak kiralah berapa haribulan sekalipon, asalkan hari ahad yang kedua.

sejak semalam lagi dalila dah tanya, “kita nak belikan ape untuk mak ni ek? akak dah ada duit ni”, tapi sampai ke sudah takde idea. masa jugak jadi halangan, terhad sangat nak keluar ke kedai shopping hadiah. sampai la ke hari ini, 10 Mei, hari yang sangat sibuk di rumah. sejak 3 hari yang lepas, semua bilik sewa penuh dengan penginap. bila dah macam ni, keadaannya sibuk la sekali. loceng rumah tak berhenti berbunyi dengan orang berkehendakan itu dan ini. belum lagi dengan tiba-tiba takde letrik malam tadi kol 3 pagi sampai la ke siang, ditambah pulak dengan tekanan air rendah… tension betol mak nampaknya.

barang-barang pon banyak nak dikemas bila stor dah sedia untuk digunakan. habis semua barang kene selongkar dan disusun balik. pendek kata, dapur tak berasap langsung siang tadi mengerjakan barang-barang stor. kak ely dah tanya lagi, “nak beli ape untuk mak ni? akak bagi duit, kang korang bawak le mak gi makan keni rojers ke ape ke…”, aduh, menarik tu… tapi entah sempat ke tak. last-last, memang tak sempat pon. kol 5 ptg baru la mak dapat berehat sket. cakap kat dalila “angah beli KFC je la malam kang eh?”, dia angguk tanda setuju walaupon kompem tak dapat makan skali sebab nak kene balik asrama dah.

malam td, kol 8.30pm aku kuar ngan amira beli ayam original recipe kegemaran mak. sampai je rumah, mak dah siap-siap bawak pinggan ke depan. aku tarik tangan mak, “selamat hari ibu” sambil kucup kat dua pipi, mak membalas dengan senyuman dan ucapan terima kasih. nampak hilang terus penat kat wajah mak time tu. aktiviti diteruskan dengan acara mencekik ayam.

selamat hari ibu, mak!

2
Posted in Blog |

Terbangang Seketika

Sunday, May 10th, 2009

rasa mcm orang bodoh plak. watpe la aku wat cmtu. kan dah saket balik. padan muka.

susah sangat ke nak paham?

6
Posted in Uncategorized |