smalam gi jenjalan kat Mydin MITC melaka dengan famili, terjumpe la satu machine timbang yang best. memang plan nak timbang berat badan nih, tapi machine tu siap ngan macam-macam test bleh wat. kira BMI, body fat, height, blood pressure ngan pulse rate. RM2 skali buat, mahal jugak berbanding machine timbang 40 sen yang lain. tapi cuba je la. ni la hasilnya:
weight: over
height: 177 cm
BMI: over
body fat index: over
mass body fat: over
blood press: 128/80 mmHg
pulse rate: 91 ppm
result? EPIC PHAIL! kene la mulakan fitness program version 9.0 lepas ni walaupon 8 versi sebelum tu semuanya gagal. wakakakaka.
kawan-kawan aku ramai yang tak suka tengok drama melayu. rata-rata menyampah dengan cite melayu… katanya stereotype, tak menarik, balik-balik rosyam nor, dan lain-lain lagi. ada sampai masa bila aku mention je drama melayu, terus masing-masing buat muka mcm disgusted. well, aku pon rasa cmtu gak dulu… lagi-lagi masa zaman rosyam nor ngn eja. macam la takde muka lain. sampai la 1-2 tahun ni, aku teramat la suka tengok drama terutamanya drama bersiri.
dulu bila aku sebut pasal cite Spa Q, Ezora, suma nampak pelik, “weh kuat, ko tengok ke cite tu? wakakaka” siap gelak kat aku. hampeh. best weh… aku suka tengok fazura, heh~. tengok drama bersiri dah jadi macam tengok Prison Break dengan Lost plak. siap request lagi kat budak-budak ni supaya share kat DC++ masa kat utp dulu. bagi aku la kan, era drama melayu yang dulu tu dah tamat. skang ni bleh dikatakan drama melayu dah semakin baik sampaikan pengarah/penerbit filem pon turun sama buat drama. KRU dah ada Bio Nik, Kabir Bhatia dah ada Nur Kasih, Rashid Sibir dah ada cite ape tah.. lupe. pastu plak ada production house yang lebih berwajah baru macam RadiusOne. ok pe… tade la drama kampung macam zaman Opah kat RTM dulu.
kalau tanya aku, skang ni drama yang paling aku suka adalah Nur Kasih kat TV3. setiap jumaat kol 9 malam mesti nak tengok sampai abes. kalau missed pon aku tengok semula kat website TV3. siyes cite ni memang best. ada 3 perkara yang buat aku terus tengok cite ni sampai skang:
jalan cerita tersendiri, lain daripada yang lain. skrip Mira nih memang la best.
teknik penggambaran drama ni.. dia punya lighting, camerawork, oh god, simply amazing! amat berbeza dengan drama lain yang ada sekarang ni.
pelakon yang superb, masing-masing ada watak yang unik. paling best tentu sekali watak Nur Amina oleh Tiz Zaqyah. waaa… i’m in love. luls.
sape-sape yang belom lagi tengok, try la dulu tengok satu episod kemudian nilai semula apa yang aku cakap ni. sinopsis ada kat sini: Sinopsis Nur Kasih. kalau tak minat jugak, pandangan masing-masing la kan. aku suka singkong, kau suka keju! hey! hey!
sejak je aku mula login ym account aku 2-3 hari ni, ramai jugak yang PM tanya pasal keadaan aku. baru je online, “ding! ding!” terus ada orang PM. radzi, ain sulaiman, paq, hazirah, akim…pastu tak kurang jugak sebab hal-hal lain. tima kasih semua, ada gak orang ingat kat aku… huhu. tapi aku rasanya susah jugak kalau nak cite again and again setiap kalo orang bertanya, so lebih baik aku tulis kat sini je la my current condition.
macam mana keadaan aku skang?
kaki yang saket kaw-kaw kutrek aritu dah tak saket lagi. tapi tumit masih ada rasa kebas sikit-sikit. kalau baring terlentang pulak, kaki tu taleh nak angkat tinggi. tak macam dulu. ada la kira-kira 40 darjah je leh naik.
aku dah bleh berdiri, dah boleh berjalan, tapi tak try berlari lagi. tak berani pon nak try. huhu. diri pon sebenarnya taleh nak lama sangat, nanti strain kat pinggang ngn tumit kaki kanan.
tunduk memang tak boleh lagi. doktor pon tak kasik aku tunduk, bongkok untuk masa 6 bulan dari tarikh pembedahan aritu. paling kuat bleh tunduk pon kira-kira 35 darjah camtu, tu pon sebab nak solat.
yep, aku solat duduk skang ni.
duduk boleh, tapi kene tengok tempat jugak. duduk kat kerusi biasa tu tade masalah, ok je. lain citenya kalau duduk kat lantai atau kerusi yang rendah, memang aku tak tahan. saket montot!
nak bangun dari kerusi ke, dari katil ke semua kene ikut steps. taleh main bantai je macam dulu. bangun slow-slow… nak duduk/baring pon sama jugak.
terpaksa lupakan hasrat untuk merempit, drive kete boleh lagi. waaa… dah 2 bulan tak merempit!
ubat dah makin kurang, daripada 4 jenis ubat tuka jadi 2 dan skang ni tinggal 1 je. tu pon vitamin untuk saraf yang saket tu.
spine disc yang rosak aritu dah kene buang, ganti dengan carbon fibre dan diikat pulak dengan skru titanium. latest x-ray result menunjukkan implant yang kat belakang ni ok je placement dia. satu perkembangan yang baik la kan?
yeah, berbekalkan tulang besi yang takkan dikeluarkan semula sampai bila-bila, aku juga sekarang dikenali dengan nama Bio Nik. lawl.
tiada penjelasan yang kritis dan kreatif selain daripada aku terjatuh sehingga menyebabkan komplikasi dalaman yang rumit.
bila jatuh tu tak dapat la dipastikan, tapi aku rasa benda ni jadi gradually… jatuh banyak kali masa bersilat, rempit berterusan dalam jarak jauh dan jatuh kat batang paip mas kat miri dulu. semua ni kemungkinan yang dapat aku tafsifkan je la. mungkin jugak ditambah dengan posture badan yang kurang baik masa duduk kat kerusi dan lain-lain.
so, whats next?
takleh wat keje berat lagi pasni.
bersukan memang dah takleh… tapi aku bukan bersukan pon. huhu. seb baik renang bleh lagi. bleh la pi swimming pool/air terjun pasni.
hmm, kene kurangkan berat badan. benda paling susah untuk dibuat rasanya. dulu masa sihat pon program mari-menguruskan-badan aku gagal, ini kan pulak bila dah keadaa takleh nak bersenam. apa lagi opsyen yang aku ada? jaga pemakanan? haih… seksanya.
ha, cukup la kot. tu kiranya soalan-soalan yang biasa aku dapat la. pasni kalau ada yang bertanya, aku redirect korang kat sini je la ye. huhu. tak banyak yang aku bleh wat sekarang selain ikut je nasihat doktor. tapi bak kata House MD, ”Never trust doctors.” (Season 1, Episode 13).
dah sampai masa untuk tukar mood pulak, dah 6 bulan rasanya pakai template lama tuh. semuanya ok, aku hepi cuma pasal font tulisan tu… tak bape la aku suka sangat. nak gi edit malas rasanya. maka aku pon tuka je template terus, ala-ala makeover gitiew~ (baca dengan intonasi bitchy).
3-4 jam aku browse, akhirnya aku pilih je la template nih: mypapers 1.6.1 designed by Karenjak. aku sangat suka dengan font dia, layout pon ok takde la serius/office-look macam dulu. sekali sekala tuka environment pon ok gak pe, kan? ikutkan hati nak jugak aku letak template yang ada katun-katun… tapi kang kalau buat review software mac pape nampak macam tak best la pulak.
maka, aku stay je la dengan template ni walaupon banyak widget dia tak support. nanti-nanti la aku cari alternatif lain. kalau tak dapat pon takpe gak. simplicity is the best bak kata Mr. Rahmat Iskandar Shazi masa aku buat ETP dulu. go!
seminggu tak bukak lowyat forum rasa macam lain pulak, terus je gatal tangan pi usha barang ape yang best kat Garage Sale LYN. niat kat hati nak beli akaun rapidshare untuk buat download masa cuti nih, pastu lak angan-angan nak beli paypal USD1 (ada ke orang nak jual 1 dollar je?), then pulak super berangan nak cari used ipod touch 2nd gen. punya la banyak berangannya aku nih.
klik punya klik ternampak pulak section baru kat dalam Trade Zone LYN, ada LYN Street Mart. betol-betol antara Garage Sale dengan Bulk Orders letaknya. aih, amende pulak la si se7en ngan RBR ni buat kali ni. rupanya Garage Sale tu dah dipecahkan jadi 2 bahagian kali nih. cari gak pape official announcement, tapi tak jumpa. ikut apa yang aku paham LYN Street Mart ni konsepnya lebih kurang macam GS tapi barang yang bukan dalam kategori gadget. kalau GS tu lebih kepada computer, gadget & electronics je aku tengok.
buat masa skang ada la subforum untuk barangan automotif, barang ladies and lads, makanan, barang untuk hobi dan collectibles, pet dan last skali homewares dalam LYN Street Mart. semuanya sebelum ni ada dalam GS tapi dah dipindahkan, aku rasa sebab untuk memudahkan orang cari barang kot. tapi bagi aku tade la sampai perlu sangat pon, kalau nak cari tu search aje la terus setel. ntah… mungkin ada plan yang lebih lagi kot. nampak macam moderators belum habis transfer topics dari GS lagi. kita tengok aje la nanti.
satu yang pasti, benda ni yang buat aku rasa macam nak shopping lagi nih. duit! duit!
p/s: selamat hari bapa untuk ayah tersayang, Yahya Ab Rashid. terima kasih untuk segalanya ayah.
last sunday i went out to Muar with my childhood friends, Syima and Zuraida. it was quite unplanned. the night before, they asked me whether i’d like to join them playing bowling but i told them i can’t (well how could i play in my current condition?), but if one of them ‘belanja’ me mee bandung, i’ll go for sure. they agreed.
the next day, i waited for them to fetch me up and they were half an hour late. darn! i was getting sleepy waiting outside of my house when they arrived at about 1405. and i have to drive summore, cis! lepas tu kitorang pon gerak la ke Bakri, Muar untuk main boling (tetiba cakap melayu). sampai sana aku buat ape lagi, tengok aje la diorang main boling sambil gelak-gelak bola Syima masuk longkang. kih kih kih. Zu was a great bowler. she spared almost of her turn (luckily i dont have to bowl, lawl).
then we went to Tanjung Emas watching monyet for about 10 minutes (i dont know why we did this), and straight away to the jetty to take a boat ride. the boat is quite big, and nicely designed to suit the tourism mood. for RM10 per person, i’d say it is an affordable 40 minutes ride.
the scenery was stunning. its like to look at Muar from a totally different side of view. we got to see closely the Istana Persinggahan, Jambatan Sultan Ismail, Kubu Bentayan, Pasar Muar, the twin mosque at both sides and also the ports. honestly, i was hoping to see the mysterious snake monster but LOL, what do you expect? it is said among the locals that a snake monster bigger than anaconda, with its head the size of perodua kancil live in the river. its even in the TV3’s Misteri Nusantara about 5 years back. well, if its real i would like to see it for myself.
i enjoyed the boat ride pretty much, 40 minutes went by just like that. poof! when we got near to the jetty, the boat operator announced that Astro AWANI crew are waiting for us for a quick interview. all the passengers started to comb their hair using fingers while i cant stop smiling, LOL. masa nak turun, sorang akak tu dah kene interview dulu, ape lagi kitorang bertiga ni ‘enterprem’ la lalu kat depan kamera tu. kih kih kih (eh, ter-translate plak). masing-masing senyum je.
boling sudah, naik bot pon sudah, we decided to have our meal and mee bandung is the top priority as promised by Syima. we stopped by near Parit Bunga and quickly order 3 plates. the mee bandung is damn good and spicy. i would say it was a profitable investment to follow the girls that evening. our short outing ended after that. below is a video i recorded during our boat ride. enjoy.
musim cuti sekolah biasanya bkn feveret budak kecik je malahan pasangan muda yang merancang perkahwinan mahupon pertunangan. yelah, masa ni la dapat buat majlis, dapat travel jauh (bagi calon yang bakal beraya jauh), dapat menghantar rakan dan saudara, tak kurang juga dpt ngedet. luls.
anyway, ramai gak kenalan aku yang level up musim cuti sekolah ni. aku ucapkan tahniah kepada penama berikut:
Skuad Tunang Dahulu Pendapatan, Tunang Kemudian Boleh Juga
lukman hakim @ akim
fuziah ahmad @ pojet
Skuad Berkahwin-kahwin ke Hulu, Berbahagia-bahagia ke Tepian
noraini bujang @ ani
EE @ rumet muaz
nadia jaidi rosli @ nadia
hairul haron @ anak mak dedeh
zulaikha abd razak @ mak sedara sepupu malatops
mira @ adik aalim (penah jumpe sekali je pon)
mazlina mahmud @ akak atun
akak kepada zuraida duki
azharuddin @ nyamuk
akak kepada izwany ahmad
ika anak atuk busu tunggu pengantin
semoga berbahagialah hendaknya. tula kan, orang berkahwin kita merasa. tapi merasa nasi minyak je la… nak tumpang bahagia lebih-lebih mana buleh. pi aa kawen sendiri kalau nak.
Les’Copaque Production baru je umumkan filem terbaru kegemaran semua anak malaysia bertajuk Upin & Ipin: Angkasa. masih lagi dalam proses pembikinan, besar kemungkinan tahun 2011 baru la masuk panggung. takpe la kan, biar lambat asalkan berkualiti. jgn jadi mcm Silat Lagenda… gah pada nama tapi hasilnya agak mengecewakan. nah teaser, tgk la sendiri.
bila dah terbiasa dengan mudahnya sesuatu, kita selalu merungut bila berlaku perkara yang tidak kita ingini, ataupun yang tak sepatutnya terjadi, kan?
tergerak hati nak update blog dengan beberapa event terbaru, tapi kurang menarik tanpa gambo so aku pon pegi la godek laptop kat rumah yg guna OS ortodoks umum satu dunia. dah adik aku uplod gambo suma masuk situ, terpaksa la aku cari kat sana, tak gitu? pendrive pulak tade, susah tol nak transfer… maka aku pon establish la network connection. create workgroup la ape la.
yang buat aku bengang tu, kuar la plak error “disconnect hardware” pejadah tah masa nk create tu, pastu bila dah siap kene restart lagi.. hadoiyai! terbangang aku sekejap. apehal la leceh sangat, terus aku jadi benci kat situ jugak dan terus tinggalkan laptop tu lantas kembali ke laptop kesayangan. tade problem, senang, tayah nk restart for every change made.
awak ni kan tingkap… buat kelakar pulak malam-malam ni. benci i taw~
notakakigebu: aku benci Tingkap tapi aku tetap tidak berdiskriminasi terhadap penggunanya.