kawan-kawan aku ramai yang tak suka tengok drama melayu. rata-rata menyampah dengan cite melayu… katanya stereotype, tak menarik, balik-balik rosyam nor, dan lain-lain lagi. ada sampai masa bila aku mention je drama melayu, terus masing-masing buat muka mcm disgusted. well, aku pon rasa cmtu gak dulu… lagi-lagi masa zaman rosyam nor ngn eja. macam la takde muka lain. sampai la 1-2 tahun ni, aku teramat la suka tengok drama terutamanya drama bersiri.
dulu bila aku sebut pasal cite Spa Q, Ezora, suma nampak pelik, “weh kuat, ko tengok ke cite tu? wakakaka” siap gelak kat aku. hampeh. best weh… aku suka tengok fazura, heh~. tengok drama bersiri dah jadi macam tengok Prison Break dengan Lost plak. siap request lagi kat budak-budak ni supaya share kat DC++ masa kat utp dulu. bagi aku la kan, era drama melayu yang dulu tu dah tamat. skang ni bleh dikatakan drama melayu dah semakin baik sampaikan pengarah/penerbit filem pon turun sama buat drama. KRU dah ada Bio Nik, Kabir Bhatia dah ada Nur Kasih, Rashid Sibir dah ada cite ape tah.. lupe. pastu plak ada production house yang lebih berwajah baru macam RadiusOne. ok pe… tade la drama kampung macam zaman Opah kat RTM dulu.
kalau tanya aku, skang ni drama yang paling aku suka adalah Nur Kasih kat TV3. setiap jumaat kol 9 malam mesti nak tengok sampai abes. kalau missed pon aku tengok semula kat website TV3. siyes cite ni memang best. ada 3 perkara yang buat aku terus tengok cite ni sampai skang:
- jalan cerita tersendiri, lain daripada yang lain. skrip Mira nih memang la best.
- teknik penggambaran drama ni.. dia punya lighting, camerawork, oh god, simply amazing! amat berbeza dengan drama lain yang ada sekarang ni.
- pelakon yang superb, masing-masing ada watak yang unik. paling best tentu sekali watak Nur Amina oleh Tiz Zaqyah. waaa… i’m in love. luls.
sape-sape yang belom lagi tengok, try la dulu tengok satu episod kemudian nilai semula apa yang aku cakap ni. sinopsis ada kat sini: Sinopsis Nur Kasih. kalau tak minat jugak, pandangan masing-masing la kan. aku suka singkong, kau suka keju! hey! hey!



o/ sokong..
Nur Kasih cerita melayu yg menusuk kalbu..
x penah tengok
try la tengok, best sangat.
feeling2 gituew~
suke gak
sape plak eyha nih?
ske kan? best sangat.
minggu lepas ngn minggu ni sedih je.
[...] drama tempatan atau pun tidak, namun ada beberapa perkara yang aku rasa perlu diketahui semua. ya, aku memang menonton drama melayu. aku suka tengok drama tapi minat aku lebih kepada drama bersiri, bukan drama pendek yang one-shot [...]