July 22nd, 2009

pagi ni, Selasa 22 Julai 2009, sekali lagi gerhana matahari akan berlaku (selepas annular eclipse 26 januari hari tu. rujuk entri Matahari Sabit). apa yang lebih menarik, total solar eclipse ni merupakan yang terpanjang dalam abad ni. kalau nak tengok lagi gerhana total yang lama, kene la tunggu lagi seratus tahun. kalau total biasa, tahun depan pon ada lagi.

nak tengok ke? kat malaysia tak dapat la nak usha. tempat yang strategik nak tengok adalah kat Shanghai, China, India, Nepal, kepulauan Jepun selatan dan kawasan pada latitud yang berdekatan. kalau orang kita nak tengok jugak, boleh la cuba jam 8.23 pagi sampai 9.48pagi hari ni jugak. tapi tak dapat tengok penuh la, separa je. tu pon tak boleh tengok dengan mata kasar sebab permukaan matahari yang dilindung bulan tu terlalu sikit. ada pulak yang buta mata kang.

eleh, by the time orang yang baca post aku ni, mesti korang baru bangun tido… tak pon dah terlepas berhari-hari. keh keh.

:edit: (1.16pm)

ni aku pow gambo dari member, juanito yang berada kat shanghai semasa kejadian. puas aku google cari gambo lain, tapi tade lagi walaupon dah 4 jam kejadian. lambat plak diorang ni upload.

shanghai-e

shanghai bergelap dalam hujan lebat - gambar oleh juanito

gelap abes tu. jadi macam malam terus. tapi juan kata mendung berawan kat sana, siap hujan lagi. so dia pon tak dapat gambar yg best sangat.

:edit: (3.30pm)

ini pulak gambo dari utusan dan agensi berita ternama, AP. cantik sangat. komen? gambar utusan punya takbest. keh keh keh.

gerhana2

dari kiri atas: gerhana di Alor Setar, Kedah (utusan), Varanasi, India (AP) dan Hyderabad, Pakistan (AP).

Tags: , , , , , ,

6 Responses to “Gerhana Lagi”

  1. aalim says:

    dari pagi tadi kelabu je neh.. jerebu~

    tengok dengan mata kasar, jangan kata matahari, bangunan2-bangunan jauh sket pn dah jadi luntur warnanya :D

  2. akmals says:

    ahaha… tu bkn jerebu kot leng. aku rasa mata ko tu, dah mutasi. sket lagi leh jd xray.

  3. aalim says:

    xray? phewww.. susah tuh.. nak tengok benda lain, nampak benda lain.. masalah besar~

  4. akmals says:

    jgn spam plis. stick to the topic.
    tanampak gerhana ke kat sana leng?

  5. limauais says:

    ak kt klas time tuh..
    arghh..xsempat..
    26hb jan aritu smpat snap 2 3 keping..

  6. akmals says:

    patutnya ajak je lecturer kuar sama2