August 28th, 2009

sabtu lepas masa aku ada kat rumah, adik aku ada cite pasal satu website online game ni yang macam menarik gak aa. tajuk dia Hotel 626. genre dia lebih kurang mcm puzzle-reality-horror gitu. terus teringat satu website yang aku pernah visit dulu, lebih kurang macam ni gak. jangan tanya apa, aku lupa. haha.

ah ye, game ni boleh main start dari 6pm sampai 6am je. sebab tu nama dia Hotel 626, six-t0-six. mungkin sebab nak wujudkan mood seram bermain waktu malam la kot. kalau bukak time siang, memang takde ape. macam website Jigoku Shoujo lak. huhu. cite dia bermula bila pemain (ye, ko la.. sape lagi) datang menginap kat satu hotel ni. then dia akan suruh tidur. penat la kot lepas travel, tidur la kan ape lagi. lepas tu lama la kene tidur sampai la nanti akan terjaga bangun. apa jadi lepas tu? haa.. kene try sendiri. amacam?

apa yang menarik pasal game ni adalah gameplay dia. pemain betul-betul boleh rasa macam terlibat sama siap dengan mood horror tu. untuk lebih feel lagi, korang disarankan mempunyai connection speed yang baik (nak load flash animation), webcam dan mikrofon. yep, suma tu ada baru la best main. semua devices ni nanti ada gunanya sepanjang cerita game tu nanti. sebagai contoh, ada satu part apabila pemain masuk ke satu bilik yang ada sorang budak perempuan sedang tidur dan apa yang korang kene buat adalah sing a lullaby dengan pitching yang betul (siyes tak tipu) supaya dia terus tidur. apa jadi kalau dia terjaga? test la kalau nak tau. keh keh keh. daripada yang aku baca kat review, ada jugak pemain yang akan mendapat panggilan telefon daripada website tersebut (kene masukkan no tepon dulu awal-awal), so memang real la rasa creepy tu. kat malaysia ni takde kot yang tu. mungkin kat US je.

apa misteri Hotel 626, apa hantu yang ada, aku sarankan korang cuba la main. kalau nak best, main dengan lampu bilik malap dan pakai headphone. baru la mengancam. siang takbleh ok? malam sahaja. kalau takut, bulan puasa ni adalah platform terbaik, semua setan kene ikat. huhu. peringatan jugak, loading time yang agak lama untuk mereka yang tidak mempunyai internet connection yang baik. nanti spoil lak mood seram tu sebab tunggu lama sangat nak load.

sudah bersedia? klik link berikut: Hotel 626

Tags: , , , , , , , , , , , ,

6 Responses to “Hotel 626: Jom Cari Hantu”

  1. deng says:

    aiseh.. hotel ni bukak malam je ke.. ish

  2. akmals says:

    takkan cuak kot?

    :P

  3. mean says:

    asal ako logging je die suh tido?? x ya tuka time setting ke? ako on bnde ni mlm2 b4 subuh, taley msuk pn???

  4. akmals says:

    mean, kan aku dah cakap.. game ni kene main dari 6 petang sampai 6 pagi je. subuh2 tu mcm dah lewat lak. lepas ko login, mmg dia akan suruh tido…mcm masuk hotel la, lepas check in mesti la nak rehat kan?

    lepas bangun tu nanti baru la game tu start. mungkin sejam kot kene tido… aku tak sure bape lama sebab masa aku main connection tak bape ok. tido tu memang kita x payah wat pape.. skrin tu akan jadi gelap camtu je. cuba lepas setengah jam ke… kau check balik klik mana2 patut. nanti dia bangun dari tido tu. selamat mencuba!

  5. arashi17 says:

    memang terasa..aku bru buka je nk tgk triiler pn dh syok.memg aku main mlm ni start jam 7.30

  6. akmals says:

    amacam bro? jumpa jalan keluar tak kau?