agak lama aku cuba cari cara mengira kalendar hijrah yang tepat, tapi sampai sekarang tak jumpa. ye, memang banyak gregorian-hijri converter over the net, tapi kesemuanya tidak dapat memberikan jaminan ketepatan tarikh sebenar. rata-rata memberikan julat perbezaan satu hati, walaupun kebarangkalian tidak tepat itu hanya sedikit.

daripada koleksi Cambridge University
memang susah nak dapatkan tarikh yang tepat disebabkan kalendar islam adalah berdasarkan pemerhatian bulan, ada kalanya dalam sebulan ada 30 hari, dan boleh jadi juga 29 hari. ini amat berbeza dengan kalendar konvensional dunia, gregorian yang berdasarkan pergerakan bumi mengelilingi matahari dan boleh dikira dengan tepat. apa yang menjadi masalah pada aku adalah bagaimana hendak menukarkan suatu tarikh dalam kalender gregorian kepada kalendar hijrah. yela, teringin juga nak sambut hari lahir 2 kali dalam setahun. keh keh keh. cara yang paling tepat dapat aku fikirkan adalah merujuk kembali kalendar islam bertulis, satu persatu sampai la kepada tarikh yang diingini. sebagai contoh, aku ingin tahu bilakah tarikh hijrah bagi 12 Januari 1985. maka, apa yang dapat aku fikirkan adalah mengira satu persatu dengan merujuk kepada sumber yang tepat bahawa setiap bulan hijrah tersebut mepunyai 29 dan 30 hari yang tepat.
calendar converter yang ada dalam internet tidak dapat memberikan nilai yang tepat kerana tidak ada pangkalan data (database) yang tepat bagi pemerhatian bulan untuk tahun-tahun terdahulu. mungkin ada untuk beberapa tahun lepas yang terdekat, tapi sukar untuk mencari data bagi 20 tahun terdahulu. atau mungkin juga aku yang tak jumpa.
sebagai alternatif, aku hanya mampu berpuas hati dengan calendar converter berikut: Islamic Agenda-Date Converter. pengguna boleh menyemak tarikh hijrah terdahulu, sekarang dan masa hadapan dengan pantas melalui internet. untuk tarikh 12 Januari 1985, aku akan dapat, Sabtu, 20 Rabi’ul Akhir 1405. kebarangkalian perbezaan satu hari masih ada, tapi amat kecil. kalau anda ada converter yang lebih baik, sila kongsi bersama dengan saya.
dup dap dup dap, dah 15 ramadan hari ni. kejap betul masa berlalu. bulan yang penuh barakah ni masih lagi aku tak gunakan sepenuhnya, masih lagi membuang masa. tak boleh jadi ni… kene rebut peluang yang ada!
Tags: bulan, date, gregorian, hari, hijrah, hijri, januari, kalendar, lahir, matahari, sabtu, tahun, tepat


Betul, aku setuju sangat dengan pendapat kamu sebab kalendar Hijrah tak tepat.
Aku bukan nak pertikaikan kalendar Hijrah sebab wajib dalam Islam tetapi ia amat tak tepat sehingga menyusah dan mengelirukan.
Saya ambil contoh pada hari Raya Aidilfitri lalu, Di Thailand dan Indonesia, Ramadhan berakhir pada 29 Ramadan tetapi Malaysia berakhir berakhir pada 30 Ramadan. Andai kata Orang Malaysia memasuki Thailand untuk balik kampung, maknanya sudah Raya di Thailand dan puasa dikira haram tetapi tidak di Malaysia. Adakah kita kena puasa sebab Malaysia belum raya tetapi dah raya di Thailand? Sama juga kes andai kata Orang Thailand memasuki Malaysia, adakah kena puasa atau sembahyang raya? Mengelirukan!
Fikirkanlah bersama-sama demi manusia sejagat.
Pelajar UKM,
perlu difahami, aku bkn mengatakan kalendar hijrah itu tak tepat. aku katakan, gregorian-hijri date converter yang ada kat internet itu tak dapat memberikan bacaan yang tepat.
pada dasarnya, kita tak boleh mengatakan kalendar hijrah itu tak tepat sebab dah memang jelas bahawa ada masanya perlu merujuk kepada rukyah dan hisab untuk menentukan bilangan hari dalam sesuatu bulan (cth: menentukan hari raya).
pendapat saudara mengatakan kalendar hijrah itu menyusahkan dan mengelirukan juga aku rasa keterlaluan. seperti contoh yg saudara beri, kita perlu ingat, penentuan tersebut bkn lah sewenang-wenangnya kita lakukan tetapi dengan ilmu. malah di malaysia, ianya ditentu-sahkan oleh pihak yang bertanggungjawab untuk memudahkan kita.
hukum ibadah seperti dalam contoh saudara pula aku tidak dapat nak pastikan, nanti aku semak semula.
pokoknya, jgn dijadikan kalendar hijrah sebagai satu alasan untuk kita mempertikaikan cara beribadah. semuanya telahpun ada hukum berkaitan dengannya, asal kita berusaha mencari ilmu tersebut.