OMG… annoying sungguh aku dengan polis trafik tu.
situasi nampaknya memaksa aku membuat entri baru untuk melepaskan kejelikan aku tengahari yang indah ni. sekarang aku kat dalam petronas mesra, ber-wifi sambil tunggu kereta berkilat di-snow-wash. terpaksa jugak beli jagung manis sebab nak mintak password untuk wifi mesra nih, nasib baik la x slow mcm siput.
apa yang menjelikkan (hmm.. ape lagi istilah yang lebih sesuai ye?) aku adalah 3 orang lelaki tua kat meja depan ni. dua orang lengkap beruniform polis trafik, seorang lagi baju biasa. preman agaknya. diorang bleh plak buat bising kat sini, kacau gadis penjual jagung mesra dengan pelbagai soalan pelik. mintak jagung dengan cabai la, jagung dengan madu la… ntah pape. suara kuat-kuat lak tu, dah mcm kat mapley lak. agak-agak la pon… tempat dengan aircond mcm ni, kontrol la sikit.
aku jeles ke sebab diorang kacau gadis (awek) mesra tu? tak kot *jawab dengan yakin*
aku nak ber-wifi sambil dengar radio dengan tenang. plis jangan kecohkan keadaan. dah macam kat dalam cowboy bar plak. bezanya, cowboy ni naik motor besar.


orang tua, memang cam tu. nyanyuk la katakan~
cun ke awek tuh?? nape xde cowboy hero g slamatkan die.. hee
mmg saks pun polis sana