March 12th, 2010

aku terjumpa sebuah komuniti linux masa ‘berjalan-jalan’ kat twitter beberapa hari lepas. apa yang menariknya, laman web JomLinux.com tersebut adalah dalam bahasa melayu dan sememangnya bertujuan menyediakan satu platform khas untuk pengguna dan peminat linux di Malaysia. beberapa minit melayari homepage laman tersebut membuatkan aku tertarik untuk turut membantu mempromosikannya kepada semua.

jomlinux-blogbiasalah, forum merupakan tempat yang baik untuk membuka sebuah komuniti di internet. JomLinux juga menawarkan alternatif tersebut, lengkap dengan perbincangan para pengguna linux tempatan dan juga pelbagai tutorial untuk memudahkan semua. updates juga dilihat kerap melalui rangkaian twitter. ada saja yang aku lihat setiap hari, menandakan bertapa optimisnya mereka di sebalik organisasi ini membangunkan projek mereka. aku suka, dan aku sertai.

aku juga merupakan penggemar linux, dan aku ingin belajar dengan banyak mengenainya. ironinya, pelbagai tutorial dan panduan di internet semuanya dalam english dan itu membuatkan aku malas untuk membacanya disebabkan terlalu banyak jargon yang digunakan. sungguhpun aku faham, kebanyakkan istilah adalah lebih baik disampaikan dalam english untuk mengelakkan terjemahan pelik (floppy disk = cakera liut -_-!), tapi aku percaya masih ramai diluar sana yang memerlukan suatu medium baru agar lebih mudah untuk mereka menceburi dunia komputer berasaskan open source. JomLinux menawarkan kemudahan tersebut, ini yang menariknya bagi aku.

dan sekarang, bersempena Kempen 100 Foto Linux anjuran JomLinux, aku bersetuju untuk membantu mempromosikan laman tersebut atas dasar menyokong pembaharuan yang dibawa. 100 foto berkaitan dengan linux akan dikumpul untuk dipaparkan di laman web tersebut sebagai salah satu langkah promosi. semoga JomLinux akan lebih berjaya dan dapat menarik lebih ramai pengguna baru; terutamanya pelajar sekolah dan kakitangan kerajaan yang mula beransur menggunakan perisian sumber terbuka, seterusnya menjadikan komuniti ini lebih menarik di masa hadapan.

- edit -

ini foto yang aku sediakan untuk join kempen promosi tersebut. simple udah le…

TuxKuat A dan TuxKuat B

TuxKuat A dan TuxKuat B

Tags: , , , , ,

2 Responses to “Jom Linux!”

  1. wawi says:

    cayalah bro. smart tuh!

  2. akmals says:

    wahaha. thankx wawi :D