Hari ini Jumaat datang lagi. Setiap pagi selepas bangun tidur, mesti teringat yang waktu tengahari nanti kena pergi solat Jumaat. Awal-awal mesti dah tersedar, mungkin juga sebab Jumaat merupakan hari terakhir menurut kitaran lima hari bekerja dalam seminggu.
Namun, sering orang terlepas pandang pasal suatu isu di hari Jumaat. Khutbah berkumandang setiap minggu menyeru semua orang melakukan kebaikan, disusuli dengan peringatan agar pendengarnya diam dengan taat tanpa berkata-kata. Tapi apa yang menghairankan, manusia tetap degil dan dengan selamba bergelak ketawa, membuat bising tanpa menghiraukan suasana. Lebih menjengkelkan lagi apabila perbuatan tersebut dilakukan juga oleh sang dewasa yang sudah bermisai dan berjanggut lebat!
Di mana pemahaman mereka dalam konsep khutbat Jumaat? Adakah benda ini menjadi kebiasaan sejak kecil lagi? Sampaikan setiap kali aku melihat situasi ini; sang dewasa yang berkelakuan lebih kurang ajar berbanding kanak-kanak, aku merasa meluat.
Kalau lah ini berterusan, Jumaat akan terus menjadi Jumaat yang tipikal.
Nak pergi masjid sekejap, kita tengok ada lagi atau tidak.


tu baru kat masjid.. yang tak pergi solat lagi laa aku meluat… duduk selamba makan kat kedai mamak sambil bergelak ketawa tengok2 pompuan yang datang kedai… dengan mulut berasap bangga hisap rokok.. sikit tak tau malu… kalau dah tak nak gi masjid solat jumaat tu… jangan laa melepak di kedai mamak.. duduk diam2 kat ofis….
ouh, kes mcm tu pon ada eh? tak tau plak aku… xpernah pergi mamak time Jumaat. tu mmg sengaja tamao tuh… kalau perli pon kompem dia selambe badak