June 7th, 2010

Tajuk di atas tak salah. Ya, aku buta warna. Satu pendedahan secara terbuka yang aku buat kali ni sejak sekian lama menyimpan dan hanya diceritakan kepada mereka yang terpilih. Bila aku beritahu pada sesiapa, mesti ada yang terperanjat sambil “hah, abes tu macam mana kau drive?”, “ni kaler ape? tu kaler ape?”, dan lepas tu mula la masing-masing tak berani nak bagi aku bawa kereta. Haha.

Aku dapat tahu aku ada masalah dengan warna pada tahun 2007 masa buat pemeriksaan kesihatan untuk ke offshore. Kat klinik, doktor tu buat pemeriksaan asas, sambil tunjuk pada satu katalog untuk test penglihatan aku terhadap warna. First few images were easy to recognize. Ada la dalam 4-5 yang aku dapat jawab. Kemudian apabila masuk yang ke enam dan seturusnya aku dah tak nampak nombor apa. Masa tu mula la gelabah… tapi sebab nak lulus ujian punya pasal, control habis sambil teka je dengan yakin. Doktor tu tanya sekali lagi sambil menuding ke arah imej yang sama, dan aku jawab sekali lagi dengan yakin. Imej seterusnya makin susah, apa yang aku nampak hanyalah bintik-bintik berwarna yang menjengkelkan (sebab aku tak dapat jawab) manakala doktor tadi semakin laju menunjuk imej seterusnya dengan riak wajah yang seakan-akan sudah mengetahu masalah sebenar. Aku hanya dapat menggelengkan kepala tanda tidak dapat menjawab.

Lepas pemeriksaan lanjut, doktor mengesahkan aku ada partial color blind, kesukaran untuk mengenalpasti beberapa warna yang berdekatan, merah-hijau dan biru-kuning. Aku dah mula merasakan aku akan gagal medical checkup hari tu sambil berdoa dalam hati, tapi dia cakap takpe sebab aku takde buat wiring ke apa. Alhamdulillah. Sejak hari tu aku berusaha mencari penawar untuk masalah ni, walaupun pada hakikatnya doktor tu sendiri kata memang tiada ubatnya.

Dan hari ini, aku sekali lagi mengambil ujian yang sama di internet, tetapi dengan set yang lebih kecil; 6 set. Ujian ini dikenali sebagai Ishihara Color Blindness Test. Lihat imej di bawah dan uji mata anda. Klik untuk besarkan imej:

colortest

Dapat ke korang jawab semua? Kalau dapat, alhamdulillah… belum ditarik lagi nikmat yang satu ni. Jawapan aku akan letak di hujung entri ni. Aku hanya dapat baca imej A sahaja dengan jelas, manakala imej E memerlukan fokus yang lebih tinggi. Imej-imej lain pula hanya dapat aku andaikan sebagai bunga api yang meletup mewarnai malam Tahun Baru (sambil mengeluh). Hish, tak baik mengeluh… rahmat Allah berbeza untuk setiap orang. Ada hikmahnya tu pujuk hati aku.

Ramai yang bertanya apa yang aku nampak bila melihat tompokan warna sebegini? Jawapannya lebih kurang seperti gambar di bawah:

colorblindMacam tu la apa yang aku lihat (sebelah kanan). Apabila warna merah dan hijau diletakkan dalam kelompok yang sama dengan satu warna lebih dominan, apa yang aku dapat lihat adalah faint colors. Same goes to blue and yellow, tapi warna ini jarang terjadi.

Aku tak menghadapi masalah ni ketika mengambil ujian lesen memandu pada 2003, langsung tiada. Semuanya aku dapat jawab dengan baik. Tapi siapa sangka, tiba-tiba boleh jadi macam ni pula. Untuk anda di luar sana, hargailah mata anda dan simpatilah kepada kami orang kurang upaya. Heh!

Now, siapa nak pergi jalan-jalan? Aku drive :D

Jawapan ujian warna
A - 25
B - 6
C - 45
D - 8
E - 56
F - 29

Tags: , , , , , , , ,

2 Responses to “Aku Si Buta… Warna”

  1. mata says:

    siyesli…nothing is wrong with u dear.ramai agi yg buta warna kt luar sana tp xnk ngaku.u rock!

  2. aLien says:

    Adik aku pun ada problem sama. Kalau tengok game MU.. dia dah tak reti nak beza kaler jersi & padang. Kesian juga.. tapi motif aku bagi contoh MU? Kekeke.. sajalah kan promot.