Archive for the ‘Bite & Eat’ Category

Saman Ekor Asam Pedas

Saturday, October 24th, 2009

punya la aku berseronok shopping dan jalan-jalan kat mydin melaka tadi, siap makan macam-macam skali hari ni boleh spoil plak lepas menang saman ekor dari PDRM. ceh! dapat surat straight ke rumah atas nama mama.

  • tempat kesalahan: km 213 l/raya JB-KL (tak sampai 50km dari rumah aku)
  • tarikh dan masa kesalahan: 24 ogos 2009, 1121hrs (awal puasa)
  • jenis kesalahan: laju dikesan: 117km/j, had laju: 90km/j, lebihan laju: 27km/j
  • tawaran kompaun: RM300

memang buat mood down aku petang tadi. baru sedap-sedap nak lelap lepas penat drive, tak jadi terus. 2 bulan lepas punya kesalahan, baru sampai tadi. kena la bayar pulak lepas ni. rupenya area alor gajah dengan ayer keroh tu mmg hotspot saman ekor, ipin jagung pon tau pasal tu, aku yang duduk dekat bleh plak tak tau. hampes. anyway, sape ada pengalaman bayar saman laju, bleh share sikit tak? bape banyak ek aku bleh mintak untuk kurang? share la ngan aku… huhuhu

dah alang-alang, aku sertakan sekali gambo aku makan tengahari tadi kat medan selera mydin MITC tuh, aku makan menu yang femes kat melaka nih, asam pedas. 2 lauk asam pedas aku angkat, daging tetel dengan ikan pari. memang layaaaan~

asam pedas melaka

asam pedas melaka

sape pegi melaka, try la cari kedai asam pedas mana-mana, pastu try sendiri. selamat mencuba!

p/s: pssst… jangan lupa share skali cane nak mintak saman jadi murah XD

Lowkeen Outing

Sunday, July 26th, 2009

lowkeen-t

note: outing pegi lowkeen market kat ipoh pada pagi ahad, join group #kakiphoto. hari hujan, tak banyak dapat tembak, kedai tutup awal. gambar org je banyak. kamera pinjam tukiman punya. mekasih bos! :D

sebahagian penembak yang hadir. dari kiri: yap, aku, legion, pudin, eena, zhee, ewok, ebulz

sebahagian penembak yang hadir. dari kiri: yap, aku, legion, pudin, eena, zhee, ewok, ebulz

6

RED ALERT : H1N1

Friday, May 15th, 2009

PENUMPANG MH091 13 MEI DIMINTA HUBUNGI KEMENTERIAN KESIHATAN

Berikutan pengesahan kes pertama influenza A(H1N1) di Malaysia, semua penumpang Penerbangan Malaysia MH091 dari New York, yang tiba di KLIA pada 7.15 pagi 13 Mei lepas, diminta menghubungi Kementerian Kesihatan kerana pesakit itu menaiki pesawat yang sama.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican berkata penumpang boleh menghubungi kementerian menerusi talian 03-88810200 atau 03-88810300 untuk tindakan susulan.

Kementerian Kesihatan jejaki 102 penumpang AK5358 13 Mei

PUTRAJAYA 17 Mei - Kementerian Kesihatan melalui pejabat-pejabat kesihatan daerahnya akan menjejak 102 penumpang yang menaiki pesawat AK5358 dari Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) di sini ke Pulau Pinang pada pukul 11 pagi, 13 Mei lalu.

Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Ramlee Rahmat berkata, kesemua penumpang pesawat tersebut diminta menghubungi Kementerian Kesihatan melalui talian 03-88810200 atau 03-88810300.

7
Posted in Bite & Eat, Rambles |

Gardenia DELICIA: Butterscotch

Thursday, April 16th, 2009

aku skang ni suka sangat makan roti. salah satu feveret aku adalah gardenia butterscotch. dah dua minggu aku crave sejak terbaca kat IG, tapi disebabkan tak semua kedai ada jual, mmg susah la nak jumpe. lagi pulak time tu dok kat ward, makan nasik spital je la. last 3 days aku gagahkan berjalan, naik moto ronda-ronda cari lagi smpai la petang ni baru dapat. terus aku sambar sebuku.

sedap sangat ke roti nih? pergh~ belum cuba mmg takleh kata ape aa. siyes sedap gile. makan macam tu je, rasa dia macam roti manis gak la tapi lagi special. aku suka makan dengan peanut butter, mak plak kata sedap kalo wat toast. tapi yang pasti, makan gitu je pon dah boleh wat gian. before ni aku beli kalau dah start makan memang susah nak berhenti, tadi aku amik 3 keping, cepat-cepat tutup balik letak jauh-jauh. kang tak pasal-pasal abes gitu je tak sempat wat bekpes.

amende tu butterscotch? menurut wiki: Butterscotch is a type of confectionery whose primary ingredients are brown sugar and butter. Other ingredients such as corn syrup, cream, vanilla, and salt are typically part of the recipe also. The ingredients for butterscotch are similar to toffee; the major difference is that the sugar is boiled to the soft crack stage for butterscotch and the hard crack stage for toffee. Butterscotch sauce is often made into a syrup, which is used as a topping for ice cream (particularly sundaes).

ooo… gula ngn butter je rupenya. tapi memang unik la roti ni. dia punya tengah tu la paling best.. lagi-lagi kat tompok gula tu. pergh~ manis lemak gitu. cuma satu yang aku perasan, kat kulit roti kadang-kadang ada part yang macam hangus, takde la banyak tapi ada. kat situ terasa la pahit sket. kalau part lain, memang superb… sila la try. ada lagi satu jenis, gardenia DELICIA chocolate raisin, orang kata rasa macam makan kek coklat. entah laa… aku siyesli memang teringin gak nak try, tapi memandangkan ada raisin tu dan aku amat la tak ske, tu yang macam malas nak beli. kang tak abes lak. kalo sape-sape ada beli, meh la roger sket… leh aku pow. keh keh keh.

harga: RM4.00


6
Posted in Bite & Eat |

Croissant: Baker’s Cottage & La Boheme

Tuesday, March 17th, 2009

aku sangat suka makan croissant. sejak terpengaruh tengok cite Yakitate!! Ja-Pan kat Animax setahun lepas, pantang nampak croissant, mesti aku nk beli. lagi-lagi kalau baru kuar dari oven… pergh! krup krap la makan.. takpon siat satu-satu kulit dia.

baru-baru ni ada la jalan-jalan kat Jusco beli barang sket. biasanya kat mana-mana Jusco store mesti ada kedai roti dia sendiri, La Boheme. then kat luar supermarket section (kat area plaza) pulak, mesti ada Baker’s Cottage, satu lagi jenis kedai kek dan pastri. dua-dua kedai ni memang feveret aku sejak kecik lagi. ape lagi, dah ada peluang tu aku beli la croissant dari dua kedai nih, bleh gak bandingkan yg mana lagi best.

La Boheme

laboheme

masa aku beli tu, harga sebuku Rm0.99. untuk promosi, La Boheme jual 3 buku untuk Rm2.50. murah la tu kan? sbb dulu aku beli kat Giant 4 buku ada la dalam Rm5 lebih. masa tu suhu dia suam lagi, gigit pon ada la rasa crunchy. ada bahagian yg lembut, ada pulak yg rangup. sampai kat bahagian tengah, mmg rasa betul butter dia. byk kot dia letak. saiz takde la besar sangat, tp berkilat-kilat keemasan jugak la sbb butter tuh. aku makan 3 kali roti ni, 1 kat kedai tu jugak 2 lagi kat rumah. makan kat rumah tu dah confirm la sejuk, so dah tade rangup lagi, semua lembut je rasa. still, boleh kopek-kopek kulit dia.

The Baker’s Cottage

bcottage

harga croissant kat sini mahal sket, RM1.80 sebuku. rupe dia takde la kilat keemasan sangat macam croissant yg tadi, tapi saiz dia lebih besar dan nampak ‘naik’ lebih tinggi. first bite mmg dapat rasa kerangupan roti tu, lagi la bila tiba bahagian tengah… mmg nampak layer by layer, tapi tak banyak. rasa butter tak terlalu kuat, dan bahagian dalam jugak lebih lembut. mmg sedap btol. disebabkan dah kenyang waktu beli tu, aku makan croissant ni kat rumah jugak, maksudnya dah sejuk jugak. tp uniknya, outer layer dia still rangup.

sedap, boleh tahan la…  dari segi harga, La Boheme mmg kasik harga yang paling menarik dengan rasa butter yang lebih. tapi dari segi kepuasan, Baker’s Cottage punya lagi sedap. part yg sedih pulak, presentation croissant tu sendiri. tak nampak mcm crescent seperti yg aku harapkan, pastu penyek plak tuh. tak cukup rangup la agaknya outer layer dia.  kalau tekan mmg bleh rasa la dia lembut. in a way, mmg la best roti tu lembut, tapi kalo bleh nak mcm croissant yg real, rangup kat luar, lembut kat dalam. lagi-lagi bila gigit tu bleh nampak innards dia yg berlapis-lapis. mmg superb la. lepas ni aku nk cari lagi croissant kat kedai lain pulak, nk rasa… kalau boleh, nk aje aku cari macam Kazuma Azuma’s Ja-pan #43: 324-Layer Croissant Ja-pan tuh, sbb aku sendiri tak yakin 2-2 croissant yg aku beli dibuat pada kadar 108 lapisan, apetah lagi 324 lapis.

korang pernah makan croissant/pastri yang sedap? kat mana? cite sket… aku nk pegi try rasa pulak.

Posted in Bite & Eat |

Nasi Ganja (updated)

Saturday, November 1st, 2008

Nasi Kandar Ayam Merah atau lebih dikenali dengan Nasi Ganja dikalangan penduduk tempatan Ipoh telah berpindah ke lokasi baru setelah berpuluh tahun menumpang di Kedai Kopi Yong Suan. lokasi baru terletak di Greentown Business Centre, berhampiran dengan OldTown White Coffee cawangan Greentown. berserabut jugak tadi mencari kedai ni, tapi akhirnya ketemu jua. Restoran Nasi Vanggey adalah nama baru bagi kedai nasi kandar kegemaran ramai dan beroperasi 24 jam sehari.

vanggey-3.jpg

Kedai baru dengan wajah baru

yongsuan-1-2.jpg

Kedai lama yang tak tau la tutup lagi ke bukak tah

kalao dah sampai sini, tade lain mesti nak order nasi ganja yang popular tuh. bukan la sebab ada dadah ke hape, tapi gian lepas makan tu yg buat sampai nak bertambah-tambah. aku amik set yg paling basic:

- nasi putih + kuah campur
- ayam merah madras
- telur masin
- timun + sambal special amende tah
- teh ais

damage done: RM4.90 + RM1.30 = RM6.20

actually bkn la dia buat dalam bentuk set ke hape. sama je mcm nasi kandar lain, tapi ini la yang aku makan masa kedai nih beroperasi di tempat lama. lebih dikenali dengan nama White Castle (pengaruh Harold & Kumar) dikalangan Seannie, Jep, Gomok dan PG, menu dia memang ummph! tapi tadi ada sedikit kecewa sebab white coffee tade plak. tak sure la sama ada memang tade or anney tu tak paham ape aku cakap. LOL.

satu lagi perkara menarik, servis wifi percuma turut disediakan secara percuma kepada pelanggan selain skrin tv besar (typical requirement for mamak’s restaurant). kipas jugak bersepah-sepah, menyediakan suasana yang paling kondusif serta optimum untuk menikmati hidangan nasi ganja. bkn sekadar menu-menu standard restoran mamak yang ada, makanan western jugak tidak ketinggalan tersedia untuk dinikmati bagi mereka yang berpoket besar.

aku pulang dengan perut yang hepi. tapi bila sampai bilik, dah rasa mcm nak pegi lagi. huhuhu~

map-nasi-ganja.png

Lokasi Nasi Ganja Ipoh

Posted in Bite & Eat |