Archive for the ‘Stories’ Category

Sultan Iskandar Mangkat

Friday, January 22nd, 2010

img_agung8_2

Selepas satu persatu khabar yang mengatakan DYMM Sultan Mahmud Iskandar Alhaj Ibni Al-Marhum Sultan Ismail gering, dan ada juga yang mengkhabarkan baginda telah mangkat sejak selesai soat jumaat siang tadi, akhirnya pengesahan rasmi telah dibuat sebentar tadi oleh  Setiausaha Sulit Pemangku Sultan Tuanku Ibrahim.

Berita selanjutnya adalah petikan daripada UMNO online, antara kenyataan rasmi terawal yang boleh diperoleh dari media, di saat yang lain masih membisu:

JOHOR BAHRU, 22 Jan. – Presiden UMNO yang juga Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan semua ahli-ahli Majlis Tertinggi UMNO bersama dengan seluruh ahli UMNO menyembahkan ucapan takziah dan rasa dukacita yang teramat sangat ke atas kaum kerabat Di Raja Negeri Johor di atas kemangkatan DYMM Sultan Mahmud Iskandar Alhaj Ibni Al-Marhum Sultan Ismail.

Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan memaklumkan demikian setelah beliau mendapat pengesahan daripada kenyataan Setiausaha Sulit Pemangku Sultan Tuanku Ibrahim berkenaan kemangkatan baginda pada jam 7.08 malam tadi.

Terdahulu pada sebelah petang Al-Marhum Sultan Iskandar telah di masukkan ke Hospital Pakar Puteri, Johor Bahru setelah gering.

Ekoran itu, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ibrahim Ismail Sultan Iskandar hari ini dilantik sebagai Pemangku Sultan semasa kegeringan baginda Sultan.

Setiausaha Jumaah Majlis Diraja Johor, Datuk Abdul Rahim Ramli melalui satu kenyataan memaklumkan, Jumaah Majlis Diraja membuat keputusan itu di bawah Fasal 9(1)(b) dan 9(2) Bahagian Pertama Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Johor 1895 selepas menerima laporan kesihatan daripada pakar-pakar perubatan mengenai kegeringan baginda.

Menyorot kembali, Almarhum Sultan Iskandar yang diputerakan pada 8 April 1932 adalah Yang di-Pertuan Agong Malaysia kelapan iaitu antara 26 April 1984 hingga 25 April 1989.

Almarhum Baginda adalah putera sulung kepada Sultan Ismail ibni Almarhum Sultan Ibrahim dengan isterinya Sultanah Ungku Tun Aminah binti Ungku Paduka Bena Sri Maharaja Utama Ahmad dan dilantik sebagai Tengku Mahkota pada 1959.

Justeru, sama-samalah kita sedekahkan Al-Fatihah ke atas roh Almarhum dan semoga dihimpunkan bersama orang-orang yang soleh – Al-Fatihah.

Ketika ini (11.05pm), semua saluran televisyen tempatan dan akhbar masih belum lagi mengeluarkan kenyataan rasmi. Apa pun, semoga roh baginda dicucuri rahmat. Tiada lagi daulat, hanya bekalan amal jariah dibawa bersama. Selamat bersemadi, Tuanku.

Esok cuti (kot).

edit: Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman mengesahkan kemangkatan baginda pada suatu sidang akhbar, sebentar tadi. (11.20pm)

1

Saman Ekor Asam Pedas

Saturday, October 24th, 2009

punya la aku berseronok shopping dan jalan-jalan kat mydin melaka tadi, siap makan macam-macam skali hari ni boleh spoil plak lepas menang saman ekor dari PDRM. ceh! dapat surat straight ke rumah atas nama mama.

  • tempat kesalahan: km 213 l/raya JB-KL (tak sampai 50km dari rumah aku)
  • tarikh dan masa kesalahan: 24 ogos 2009, 1121hrs (awal puasa)
  • jenis kesalahan: laju dikesan: 117km/j, had laju: 90km/j, lebihan laju: 27km/j
  • tawaran kompaun: RM300

memang buat mood down aku petang tadi. baru sedap-sedap nak lelap lepas penat drive, tak jadi terus. 2 bulan lepas punya kesalahan, baru sampai tadi. kena la bayar pulak lepas ni. rupenya area alor gajah dengan ayer keroh tu mmg hotspot saman ekor, ipin jagung pon tau pasal tu, aku yang duduk dekat bleh plak tak tau. hampes. anyway, sape ada pengalaman bayar saman laju, bleh share sikit tak? bape banyak ek aku bleh mintak untuk kurang? share la ngan aku… huhuhu

dah alang-alang, aku sertakan sekali gambo aku makan tengahari tadi kat medan selera mydin MITC tuh, aku makan menu yang femes kat melaka nih, asam pedas. 2 lauk asam pedas aku angkat, daging tetel dengan ikan pari. memang layaaaan~

asam pedas melaka

asam pedas melaka

sape pegi melaka, try la cari kedai asam pedas mana-mana, pastu try sendiri. selamat mencuba!

p/s: pssst… jangan lupa share skali cane nak mintak saman jadi murah XD

Ubunchu - Bukan Untuk Linux G33k Sahaja

Wednesday, October 21st, 2009

Ubunchu
the world’s first school romantic comedy manga

ubunchu_header

Intro
aku nak share ngan kawan-kawan terutamanya yang kaki komputer, suka main dengan open source software dan pada masa yg sama minat baca komik/manga. aku terjumpa (yeop bagitau kat facebook sebenarnya) satu manga best ni tajuk Ubunchu yang aku lihat sebagai suatu kelainan dalam arena manga jepun. biasanya kalau manga mengetengahkan tema romance, seram, alam fantasi, lawan-lawan, hent**, tapi yang ni memang menarik. Ubunchu membawa tema Linux dgn distro Ubuntu yang digarap dalam suasana komedi romantik.

Sedikit cerita
Cerita bermula di satu sekolah dengan tiga orang pelajar dari kelab sys admin, yang mula mengenali dan mendekati Ubuntu. mereka adalah:

  • club president seorang yang mahir dengan server, selalu pakai CLI untuk buat kerja
  • vice president plak adalah seorang typical windows user, suka bermain game dan tgk video.
  • seorang lagi aku rasa ahli biasa yang asalnya adalah macintosh user, tapi org pertama memperkenalkan Ubuntu (linux) kepada kelab tersebut.

pada aku, manga ni amat baik sekali dalam membawa pendekatan yang lebih menarik untuk menarik minat orang ramai mendekati open source software. orang selalu beranggapan susah nak pakai linux, tak paham itu ini, bla bla.. dan akhirnya kekal menggunakan windows sepanjang hayat mereka. dengan penerangan dan jalan cerita yang menarik, aku dapat rasakan pembaca semua akan lebih tertarik untuk cuba install ubuntu ni dalam pc diorang. ah, give it a shot!

Kredit
author: Hiroshi Seo
penerbit: ASCII MEDIA WORKS Inc.

Muat Turun
sekarang dah ada 2 episod, boleh download gunakan link kat bawah nih. file adalah dalam bentuk pdf.
Ubunchu Ep 1
Ubunchu Ep 2

Untuk update terkini, boleh download dari link berikut: Download-Ubunchu-Di-Sini. mari kawan2, kita baca manga sambil belajar menggunakan Linux!

4

Beli Evo, Main Langgar-langgar

Saturday, October 10th, 2009

aku takleh tahan diri aku daripada post entri yang ni.

remuk berlanggar... sape la driver

remuk berlanggar... sape la driver - gambar Utusan

ntah la sama ada pelanggaran ni memang untuk demo atau dia eksiden

sama ada pelanggaran ni memang untuk demo atau dia eksiden - gambar Utusan

REMUK…sebuah kereta peronda polis pecah lampu depan apabila berlanggar dengan sebuah kereta produa Kenari dalam satu demonstrasi lakonan memberkas penyamun di Seksyen U9 di sini hari ini. - UTUSAN

beli kereta mahal-mahal, buat demo kononnya nak tunjuk terer tangkap penjenayah dengan super car, tapi berlanggar. lol. baik pakai wira je camtu. siapa punya kerja ni? kena potong gaji tiap-tiap bulan la nampaknya lepas ni ye.

disebabkan gambar ni jugak la aku buat pertama kali bukak topik kat kopitiam section, lyn. nah, baca la sendiri apa pendapat orang ramai: Kopitiam

edit: gambar kedua diletakkan menggantikan gambar pertama dalam utusan online sebentar tadi. sama ada pelanggaran tu disengajakan untuk tujuan bagi nampak gempak atau driver tu terlanggar sebab excited, ntah la. aku malas nak percaya bulat-bulat cakap utusan ni. banyak dah benda yang bercanggah bila aku baca. banyak cover up story je. kalau nak bagi langgar, pakai kereta mahal tak ke tu membazir namanya… demo je pun. show off ke?

6

Bangsa Yang Melampau

Thursday, September 3rd, 2009

sejak 2-3 bulan yang lepas sampai la ke hari ni aku tertarik dengan satu isu yang sebenarnya dah lama, tapi kurang mendapat perhatian kat tempat kita. selalu sangat dah baca pasal grup Ganyang Malaysia yang seboleh-boleh membenci Malaysia, siap panggil org melayu kita sebagai Malingsia (maling = pencuri). grup facebook pun ada tempat diorang mengumpulkan ahli-ahli emo mereka.

kebodohan yang mencapai tahap melampau bagi aku sehingga bangsa ni sanggup melancarkan perang atas sebab-sebab yang aku katakan mengarut. apa yang diorang tak puas hati dengan malaysia? ini aku listkan beberapa yang sempat:

  1. dakwaan indon bahawa malaysia mencuri lagu negaraku daripada lagu terang bulan. memang la lagu terang bulan pun, lagu tu pun lagu rakyat. suka hati ko je nak claim lagu korang. ada copyright ke? dah nama pun dari rumpun yang sama, mesti la ada sedikit sebanyak kebudayaan yang dikongsi bersama. kenapa, lepas ni nak claim yang rupa indon kat wajah semua tu korang yang punya ke? nak claim pulak yang bendera singapura tu curi design korang? bullshit.
  2. perebutan beberapa pulau-pulau kecil (mainly kat perairan sabah). tengok siapa yang develop tempat tu, siapa yang jajah tempat tu… kalau mahkamah dah putuskan milik negara mana, apa lagi yang ko nak bising-bising? batu putih kitorg yang jatuh kat singapura takde pun sampai nak perang.
  3. dakwaan tim karate kene belasah polis malaysia semasa dalam tawanan, sampai dapat liputan meluas media indonesia. oo.. pandai pulak bising, yang korang pegi bantai tahanan malaysia kat sana tu ada kitorg bising-bising? hormat perundangan masing-masing boleh? ada kitorg kacau daun korang punya sistem?
  4. amah/orang gaji indon tak dilayan dengan baik. ini yang paling aku tak puas hati. dah diberi makan minum, tempat tinggal yang baik, kadang-kadang siap bawak ikut pergi bercuti dengan famili, itu yang dikata tak dilayan dengan baik? gaji mencecah RM600, ada yang Rm700, jauh lebih banyak dari apa yang diorang boleh dapat kat tempat asal… itu tak bagus? ape? hong kong boleh bayar lebih? silakan.. hantar la ke sana, boleh diorang jamin tempat beribadat yang selesa? ini semua cukup, makan halal, lagi mau bising. apa? 7-8 orang amah kene dera? dah tu, yang beribu majikan kene tanggung sebab perangai buruk amah tu tak kira? belum lagi aku nak cerita berapa ramai amah yang mencuri barang/wang majikan. c’mon la wei… aku kenal amah yang masuk tanpa izin, yang takde permit… baik orangnya. sanggup dia bekerja tanpa henti walaupun dah disuruh berhenti berehat… aku siap offer makan KFC, tahan dia taknak. makan megi jugak, punya la dia sedih sebab anak kat tempat asal tak dapat merasa semua tu.
  5. isu pasal manohara, yang dikatakan didera oleh anakanda sultan kelantan. rata-rata yang aku baca dalam website indon mengatakan manohara ni didera dengan teruk. wakakak.. kelakar ape wei. ko tengok sendiri dia tu… ada mcm kene dera ke? hal suami isteri orang, apa ko sibuk nak masuk campur? manohara derhaka lagi ada la.
  6. ah.. banyak lagi la… malas dah aku nak sambung.

sekarang ni, ideologi Ganyang Indonesia yang diasaskan oleh bekas presiden Sukarno (60’s) tu dah makin melampau.  nak sangat perang saudara ke? cuba la hormat negara jiran ni… ko susah kitorg tolong, ada bencana dihantarkan bantuan, ada mintak kerja dah dibagi… ini ke yang ko balas? ah… memang melampau. bangsa yang emosi tak tentu pasal.

tak cukup dengan perarakan/demonstrasi kat kedutaan malaysia, diorang serang PT Petronas pulak. belum lagi cerita serangan dekat rakyat malaysia di Sumatera. dengki ape ko woi? skang ni hackers plak yang serang website malaysia. tapi kitorg tak diam dah, korang pon kene jugak. padan muka. sentimen benci malaysia daripada orang kat sana memang dah tahap super la. tapi cuba tanya mereka yang mencari rezeki kat sini, ada diorang kata macam tu? bersyukur lagi ada la. ko kat sana yang tak tau cite pandai-pandai buat spekulasi. pastu bakar-bakar bendera. bye.

p/s: mode geram kat indon

Gerhana Lagi

Wednesday, July 22nd, 2009

pagi ni, Selasa 22 Julai 2009, sekali lagi gerhana matahari akan berlaku (selepas annular eclipse 26 januari hari tu. rujuk entri Matahari Sabit). apa yang lebih menarik, total solar eclipse ni merupakan yang terpanjang dalam abad ni. kalau nak tengok lagi gerhana total yang lama, kene la tunggu lagi seratus tahun. kalau total biasa, tahun depan pon ada lagi.

nak tengok ke? kat malaysia tak dapat la nak usha. tempat yang strategik nak tengok adalah kat Shanghai, China, India, Nepal, kepulauan Jepun selatan dan kawasan pada latitud yang berdekatan. kalau orang kita nak tengok jugak, boleh la cuba jam 8.23 pagi sampai 9.48pagi hari ni jugak. tapi tak dapat tengok penuh la, separa je. tu pon tak boleh tengok dengan mata kasar sebab permukaan matahari yang dilindung bulan tu terlalu sikit. ada pulak yang buta mata kang.

eleh, by the time orang yang baca post aku ni, mesti korang baru bangun tido… tak pon dah terlepas berhari-hari. keh keh.

:edit: (1.16pm)

ni aku pow gambo dari member, juanito yang berada kat shanghai semasa kejadian. puas aku google cari gambo lain, tapi tade lagi walaupon dah 4 jam kejadian. lambat plak diorang ni upload.

shanghai-e

shanghai bergelap dalam hujan lebat - gambar oleh juanito

gelap abes tu. jadi macam malam terus. tapi juan kata mendung berawan kat sana, siap hujan lagi. so dia pon tak dapat gambar yg best sangat.

:edit: (3.30pm)

ini pulak gambo dari utusan dan agensi berita ternama, AP. cantik sangat. komen? gambar utusan punya takbest. keh keh keh.

gerhana2

dari kiri atas: gerhana di Alor Setar, Kedah (utusan), Varanasi, India (AP) dan Hyderabad, Pakistan (AP).

6

Genshiken masuk KOSMO

Sunday, July 19th, 2009

Genshiken on News

heh, masuk paper lak mamat nih. dah yap letak, aku pon nak letak jugak. jaja sket muka g33k banyak-banyak kat internet nih. wakakaka. sila scroll sampai abes. anda kenal siapa itu? lawl.

genshiken lain bila plak nak kuar? intan megi sudah, tinggal teyon ngan aku je la. ceh.

3
Tags: , , ,
Posted in Rambles, Stories |

Sekapur Sirih

Saturday, April 11th, 2009

hari ni adalah hari pembebasan setelah 8 malam berkampung kat spital. dah sampai kat rumah pon skang nih. walaupon belum pulih sepenuhnya, tapi saket tu dah kurang la berbanding hari tu. pening kepala dah tak ada, selera makan pon dah up sket, duduk pon lebih lama berbanding dulu (kene tengok cara duduk jugak) dan berdiri pon camtu. alhamdulillah, lepas buat physiotherapy lega la sket urat ngn otot kaki. kalau ikutkan hati, memang nak buat selalu… tapi mana larat dok sini je, bosan!

kat sini, aku nak ucapkan terima kasih pada semua nama di bawah yang menjaga aku di sini sejak jumaat lepas sampai la ke hari ni:

Consultant & Neurologist: dr. zakaria
Nurses: siti nur arifah, atikah, sharlina, zuridah, yuvanes, yashota, salfiza, junaidah, intan, yusniazian, selvom, siti noor ain
Care Asst: rasyimah, junaidah
Physiotherapist: krishna, anthony, rawiah, nurlaila
Physio Aide: zamani, chong, subashini, aini

penghargaan khas juga kepada yang datang melawat, teman aku tatkala bosan, bawak makanan, wat lawak hiburkan aku, dan bantu apa yang aku tak dapat buat kat sini. terima kasih kepada mak, cik yah, atok mak, acu, acu jamal, adam aizat , amir, aalim, teng, adam alak, bali, nik, uena, ana, lida, cik`chenta, yap, loire, boy, abrak, deng, akay dan tentu skali gadismu yang sabar dengan karenah aku selama ni. tengkiu semua banyak-banyak. RBTM+C, on me!

hosp_visitors-1

tak lupe jugak pada yang call dan sms, yang komen dalam blog ni, yang kirim salam melalui orang lain, semuanya aku ucapkan terima kasih. tak terdaya aku nak sebut nama sorang-sorang.

sekarang ni, aku dah pon selamat sampai kat rumah untuk sambung berehat sambil makan lobster import dari sandakan. rawatan masih diteruskan, senaman ringan pon kene buat, posture kene jaga, barang berat taleh angkat… banyak nak kene buat. ok, sampai sini dulu.

singing out,
ke-sudah-kurang-saket-an

8
Posted in Blog, Stories |

Mari Menyanyi

Tuesday, February 17th, 2009

mari! kita nyanyi ramai-ramai~ \o/

Bang bang selebu
kuali sawa
hujan gunung mandi katun
sirih rampai
pinang berseri
minta peluk
tangan kiri

pernah tak korang dengar lagu kat atas ni? aku pon tak pasti ni dalam kategori lagu kanak-kanak ke atau lagu rakyat. rasanya 2-2 pon boleh. bagi peminat filem P. Ramlee, mesti teringat kat cite Musang Berjanggut masa scene Puspa Wangi kat dalam rumah kene ngorat dengan pembesar dan sultan negeri tu sendiri. tapi yang tu versi dia ada lain sket. ayah selalu nyanyi masa aku kecik dulu, bkn la masa bedtime, tapi time kitorg lepak-lepak anak beranak. along pon rasanya biasa dengar lagu nih. sampaikan jadi lagu feveret aku dulu-dulu. “ayah, nak lagu mandi katun!”, tu la aku mintak kalo dia start nak nyanyi. dah memang hobi dia menyanyi kalau kat rumah. kejap-kejap lagu jamal abdillah, lepas tu plak ukays, pastu lagu-lagu lama camni.

Sepuluh budak hitam
Main tepi jalan
Satu kenalah langgar
Budak hitam tinggal sembilan
Sembilan budak hitam
Main di atas papan
Satu sudahlah jatuh
Budak hitam tinggal lapan
Lapan budak hitam makan sangat gelojoh
Satu senak perutnya kini tinggal tujuh
Tujuh budak main pula tanam-tanam
Satu sudah lemas tinggallah enam hey…
Enam budak hitam
Makan buah kurma
Satu tertelan biji
Budak hitam tinggallah lima
Lima budak hitam
Main lompat-lompat
Satu patah kakinya
Budak hitam tinggallah empat
Empat budak hitam
Main biji saga
Satu termasuk di hidungnya
Budak hitam tinggallah tiga
Tiga budak hitam
Usik orang tua
Satu kena belangkung
Budak hitam tinggallah dua
Dua budak hitam main pula lempar batu
Satu jenduh kepalanya kini tinggal satu
Satu budak hitam sangat pula susah hati
Dia tak mahu makan lalu mati

yang ni confirm lagu kanak-kanak. lirik ni pon aku google je, rupenya A. Romzi pernah wat album ngan lagu nih, tak pernah pulak aku dengar. macam mana la agaknya masa tu ek dia broadcast kat radio. haha. hebat lagu ni sampai Aziz Jaafar & Saloma pon nyanyi dalam filem A-Go-Go 67. bayangkan la, dah nama pon filem, bukan budak kecik je yang tengok, orang dewasa, tua semua pon layan. itu la dia, satu lagi lagu kanak-kanak yang ayah selalu nyanyi. tak lagu katun, lagu budak itam.

ayah tak tau lagu twinkle-twinkle little stars, dia tak tau lagu baa-baa-black sheep, nak kata lagu old mcdonalds? lagi la dia tak tau… semua nursery rhymes tu dia tak tau. so, aku ngn along mmg dengar lagu-lagu macam di atas je la masa kitorg kecik. bila aku dah besar, tade pulak aku nampak ayah nyanyi untuk adik-adik. kalau tanya diorang pon sure tak tau lagu katun tuh. bila fikir balik, rugi kalau kita tak jaga lagu macam ni… nnt hilang begitu je. orang skang ni dah byk tenggelam dengan lagu yang moden, budak kecik pon dah pandai nyanyi pelbagai lagu. tengok saja Tom Tom Bak dan Bintang Kecil, siap berbaju silau bagai. bukan lagi setakat goyang tangan dan badan je macam kita dulu, hebat? ikut masing-masing la kan.

kalau dulu aku boleh gembira dengan lagu kanak-kanak dan lagu rakyat, mengapa tidak generasi sekarang ek? dah tak minat lagi ke diorang? ataupon memang langsung tak pernah dengar? hmm… tak bole jadi, satu hari nanti, bila anak-anak aku jerit dari dalam bilik diorang, “daddy, nak lagu mandi katun!”, mesti aku tersenyum punya. cewah, dah berangan nak ada anak la pulak! wakaka~

6
Posted in Blog, Stories |

Perak Kacau

Monday, February 9th, 2009

hari ni 9 haribulan, bermakna sudah 5 hari sejak episod kekacauan politik di Perak. bermula pada 4 haribulan, sehari selepas sambutan Jubli Perak 25 tahun pemerintahan Sultan Azlan Shah, kekacauan memuncak pada 5 haribulan apabila MB Nizar diarahkan meletak jawatan oleh tuanku sultan dan menolak pembubaran DUN secara total.

perkara ini menghampakan sejumlah besar rakyat yang mengharap pemerintahan dan pengadilan yang lebih telus oleh tuanku sultan berikutan beberapa siri lompat parti oleh ADUN Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional. tidak kurang juga yang melempiaskan kemarahan dengan mengadakan demonstrasi di beberapa tempat utama di Ipoh dan Bukit Chandan, Kuala Kangsar. bagi pihak yang dikatakan ‘berjaya’ pula, mereka menyambut dengan gembira dan menolak sebarang tindakan yang membelakangkan keputusan Sultan Azlan.

rata-rata penganalisis politik secara khususnya dan rakyat jelata amnya mahukan pilihanraya umum dijalankan semula bagi seluruh kawasan Perak, atau sekurang-kurangnya bagi 3 kawasan ‘bermasalah’; Changkat Jering, Behrang, Jelapang, serta satu lagi kawasan ‘pelik’; Bota. bagi mereka, pilihanraya secara penuh merupakan tanda ukur terbaik bagi mengenalpasti kehendak rakyat secara keseluruhan negeri perak, seterusnya dapat meleraikan kemelut kerusi ADUN Perak yang berkedudukan PR - 28 kerusi, BN - 28 kerusi dan Bebas - 3 kerusi. apa yang penting, majoriti diperoleh, dan semuanya dapat lihat sendiri.

pelbagai andaian dan cerita dapat didengar semua sepanjang episod yang mencalarkan sambutan Jubli Perak Sultan Azlan ini. pembelian maruah istana, penderhakaan kepada tuanku sultan, sesi penyelamatan Gamuda Berhad (saham terbesar dimiliki oleh Raja Dato’ Seri Eleena, anak perempuan tuanku sultan), penawaran habuan berjuta ringgit dan lain-lain lagi. apa sekalipun, aku melihat situasi ini sebagai perkembangan yang tidak sihat kepada institusi diraja di Malaysia dan pemerintahan kerajaan negeri di Perak. ramai yang tidak menyangka dengan keputusan dibuat oleh tuanku sultan yang dilihat membelakangkan kehendak rakyat.

kemarahan sebilangan besar rakyat ditonjolkan pada 6 haribulan tatkala upacara mengangkat sumpah oleh MB Perak yang baru, Zambry, di istana iskandariah, Kuala Kangsar. kereta berplat kuning diraja dibaling batu oleh orang ramai yang memboikot upcara tersebut. dikatakan kereta Raja Muda Nazrin juga terkena kecelakaan tersebut berserta gas pemedih mata oleh pasukan berkuasa. bagi mereka, pelantikan ‘haram’ tersebut tidak patut diteruskan walau apa jua sebab.

esok, 10 haribulan akan berlangsung sambutan Jubli Perak di Batu Gajah, tempat membesar tuanku sultan semasa kecil. adakah sambutan ini akan mendapat sambutan sewajarnya atau mungkin juga sebaliknya? desas-desus sudah kedengaran untuk memboikot kedatangan Sultan Azlan yang mencemar duli dengan memakai baju berwarna hitam. apa yang aku harapkan, keadaan kembali aman dan institusi diraja Perak kembali dipandang tinggi sama seperti sebelumnya, dengan rakyat memandang tinggi pada kebijaksanaan dan keikhlasan sultan yang mereka sanjungi selama ini.

walaupun bukan rakyat jati negeri ini, terasa juga keresahan jauh di sudut hati. pandangan peribadi aku, apalah kiranya perbelanjaan untuk pilihanraya berbanding keadaan pemerintahan yang lebih telus dan aman. keputusan yang lebih baik sepatutnya mengambil kira pandangan semua pihak termasuk rakyat di penjuru negeri sekalipun. semoga tuanku sultan terus bersemayam di atas takhta memayungi rakyat jelata dengan pemerintahan yang adil dan saksama… dan lebih baik.

2
Posted in Stories |