awal tengahari tadi, semua orang heboh dengan berita mengatakan DiGi telah dapat hak untuk turut sama memasarkan iPhone di pasaran tempatan setelah setahun didominasi oleh Maxis. semua orang gembira, semua orang ceria apabila mendapat tahu hal ini. persaingan yang lebih bermakna nilai barang yang lebih kompetetif.
CEO DiGI, Johan Dennelind mengatakan iPhone akan dijual dengan pelan 3 tahun berbanding setahun dan 2 tahun seperti yang ditawarkan oleh Maxis. jangkaan awal, ia akan dapat dimiliki dengan nilai bayaran bulanan yang lebih rendah (namun mungkin dengan premium yang lebih tinggi). tapi berbekalkan sambungan broadband yang lebih pantas oleh DiGi, mereka yang dalam lingkungan kawasan 3G Turbo DiGi mesti la seronok bukan kepalang. ada sumber lain juga mengatakan pasaran akan dibuka seawal first quarter of 2010, maksudnya, bulan depan la. yeay!
tapi, apa yang aku nak ceritakan sangat ni bukan la pasal DiGi, tapi pasal satu lagi syarikat telco negara yang turut melontarkan minat untuk join sama sejurus selepas DiGi mengumumkan berita baiknya. wakakaka. dulu masa Maxis keluar dengan iPhone, bukan main lagi kau kutuk-kutuk ye. sambil kononnya buat comparison antara iPhone dan BB yang lebih mendapat nilai untuk kepenggunaan. sekarang kau baru terhegeh-hegeh nak bawa masuk juga.
Shazalli berkata, Celcom sepatutnya boleh memasarkan telefon pintar itu dua tahun lepas, tetapi pada ketika itu, ia lebih memberi tumpuan kepada perkhidmatan jalur lebar yang mencatatkan pertumbuhan kukuh pada masa itu. - utusan online
hah, memang aku gelak kaw-kaw la.
well, memang situasi ni bagus untuk kita sebagai pengguna. lagi ramai yang jual, lagi menarik la harga yang ditawarkan. siapa yang boleh bagi subsidi macam AT&T buat kat US tu, lagi la hebat. so… ape lagi telco Malaysia? cepat-cepat la turunkan harga :P








ah ye, game ni boleh main start dari 6pm sampai 6am je. sebab tu nama dia Hotel 626, six-t0-six. mungkin sebab nak wujudkan mood seram bermain waktu malam la kot. kalau bukak time siang, memang takde ape. macam website Jigoku Shoujo lak. huhu. cite dia bermula bila pemain (ye, ko la.. sape lagi) datang menginap kat satu hotel ni. then dia akan suruh tidur. penat la kot lepas travel, tidur la kan ape lagi. lepas tu lama la kene tidur sampai la nanti akan terjaga bangun. apa jadi lepas tu? haa.. kene try sendiri. amacam?
apa yang menarik pasal game ni adalah gameplay dia. pemain betul-betul boleh rasa macam terlibat sama siap dengan mood horror tu. untuk lebih feel lagi, korang disarankan mempunyai connection speed yang baik (nak load flash animation), webcam dan mikrofon. yep, suma tu ada baru la best main. semua devices ni nanti ada gunanya sepanjang cerita game tu nanti. sebagai contoh, ada satu part apabila pemain masuk ke satu bilik yang ada sorang budak perempuan sedang tidur dan apa yang korang kene buat adalah sing a lullaby dengan pitching yang betul (siyes tak tipu) supaya dia terus tidur. apa jadi kalau dia terjaga? test la kalau nak tau. keh keh keh. daripada yang aku baca kat review, ada jugak pemain yang akan mendapat panggilan telefon daripada website tersebut (kene masukkan no tepon dulu awal-awal), so memang real la rasa creepy tu. kat malaysia ni takde kot yang tu. mungkin kat US je.









