December 27th, 2009

owh, aku sangat malas meng-update blog ni lately. tapi malam ni nak share sket tips untuk semua. boleh dibuat renungan jugak. DISCLAIMER: blogger tidak akan bertanggungjawab atas apa jua yang berlaku hasil daripada mempraktikkan tips di bawah.

Pocong
Hantu yang berbungkus macam lepat pisang baru masak ni memang mudah cari kelemahannya. Kita hanya perlu bukak tali pengikat di atas kepalanya dan tarik kain balutannya. Sudah tentu dia akan berasa malu rana dia tidak pakai apa apa pun, selain kain kapan pembungkusnya tu.

Langsuir
Dia ni suka pandang muka kita, jadi beranikan diri anda tenung balik muka dia sambil jelir-jelir lidah. Kalau tak pun tunjuk cermin muka kat dia, pasti dia tersipu-sipu malu.

Pontianak
Hantu yang suka ketawa. Kalau terserempak dengan dia, kita pun mestilah ketawa sama. Kalau boleh kita cuba mengilai lebih kuat dari dia, tentu dia boring.

Hantu Raya
Hantu ni suka beraya dan suka menyamar jadi tuan dia. Cara mengalahkannya senang saja, sambutlah hari raya tiap kali jumpa dia, bagi duit raya, ajak main meriam buluh, suruh kacau dodol atau jaga lemang. Tentu dia tak kacau kita sebab banyak kerja dan aktiviti lain dia nak buat.

Hantu Galah
Hantu ni la yang paling tinggi di muka bumi. Kalau terjumpa dia, kita hendaklah meniarap. Pasti dia tak perasan kita ada disitu.

Jerangkung
Dia ni ada kulit tapi nipis. Tinggal rangka saja, dan paling mudah untuk menewaskannya. Kita hanya perlu tunjal dahinya dengan telunjuk dan lihat gerak-gerinya mengimbangi badan untuk berdiri tegak.

Toyol
Lagi senang kalau nak kalahkan dia, bagi duit satu sen berguni-guni..nanti dia ingat duit emas, lepas tu dia pikul bawak balik bagi tuannya… lepas tu sah-sah lah dapat penampau Jepun dari tuannya kerana mana nak tukar duit satu sen banyak2 tu.

Hantu Ponteng
Yang ni payah sikit nak cakap sebab, hantu-hantu ni cam korang lerrr..takder kerja lain asyik ponteng kerja, lepaih tu nengok e-mail..macam sekarang nih..sah-sah tengah ponteng nie..macamana nak jawab..korang sendiri gak jadik hantu..jadi bawak-bawaklah buat kerja … .. hehehehehe

6
Posted in Rambles |
November 19th, 2009

OMG… annoying sungguh aku dengan polis trafik tu.

situasi nampaknya memaksa aku membuat entri baru untuk melepaskan kejelikan aku tengahari yang indah ni. sekarang aku kat dalam petronas mesra, ber-wifi sambil tunggu kereta berkilat di-snow-wash. terpaksa jugak beli jagung manis sebab nak mintak password untuk wifi mesra nih, nasib baik la x slow mcm siput.

apa yang menjelikkan (hmm.. ape lagi istilah yang lebih sesuai ye?) aku adalah 3 orang lelaki tua kat meja depan ni. dua orang lengkap beruniform polis trafik, seorang lagi baju biasa. preman agaknya. diorang bleh plak buat bising kat sini, kacau gadis penjual jagung mesra dengan pelbagai soalan pelik. mintak jagung dengan cabai la, jagung dengan madu la… ntah pape. suara kuat-kuat lak tu, dah mcm kat mapley lak. agak-agak la pon… tempat dengan aircond mcm ni, kontrol la sikit.

aku jeles ke sebab diorang kacau gadis (awek) mesra tu? tak kot *jawab dengan yakin*

aku nak ber-wifi sambil dengar radio dengan tenang. plis jangan kecohkan keadaan. dah macam kat dalam cowboy bar plak. bezanya, cowboy ni naik motor besar.

3
Tags: , , , | Posted in Rambles |
November 9th, 2009

aku dah cerita kan haritu pasal aku kena kurangkan berat badan? nak harapkan jaga kat makan je memang tak lepas la… aku sendiri kadang-kadang belasah bila dah tak kuat iman. kihkih. jadi kena la aku buat aktiviti yang lebih mencabar lagi, kononnya nak naikkan lagi kadar metabolisma badan la gitu.

kalau tak swimming kat pool, aku cuba luangkan masa berjalan dengan pace yang lebih pantas sedikit dari biasa. dalam aku ’seronok’ membuat aktiviti untuk membakar kalori, aku perlukan jugak standard atau cara untuk sukat berapa banyak kalori yang aku dah bakar untuk menjadi tanda aras harian. kat bawah ni aku jumpa kalkulator untuk kira kalori yang terbakar untuk dua senaman utama aku.

…………………………………………………………………
Swimming
…………………………………………………………………

Calories Burned Calculator
Estimate the calories you burned swimming:
Pace:
Weight:
Time:


Swimming can help reduce high cholesterol.
…………………………………………………………………
Power Walking
…………………………………………………………………

Calories Burned Calculator
Estimate the calories you burned walking:
Pace:
Weight:
Time:


Walking can help prevent high blood pressure.
…………………………………………………………………

sekarang aku hanya mampu buat breast stroke dan sikit-sikit la freestyle. pancit jugak lama tak eksesais… kaput stamina. kuikui. ok, selamat membakar kalori semua!

9
November 8th, 2009

berita baik untuk pengguna mac tempatan! MacHeist baru-baru ni menawarkan bonus kepada semua untuk untuk mendapatkan 6 application menarik benilai USD154 lengkap dengan lesen, secara percuma! sila rebut peluang yang tinggal 4 hari saja lagi sebelum terlambat.

bonus dari macheist untuk november 2009

ShoveBox ($25) - easily capture important bits of information
WriteRoom ($25) - a distraction free writing environment
Twitterific ($15) - popular Twitter client
TinyGrab ($14) - quickly share screenshots
Hordes of Orcs ($25) - tower defense game
Mariner Write* ($50) - fast, streamlined word processor (nice!)

aku dah siap download semua. even snapshot atas ni pun guna TinyGrab. memang memudahkan kerja, capture je terus dia upload ke website/FTP. kaman semua, rebut!

0
November 5th, 2009

1. sejak akhir-akhir ni aku kalau reply mail ke ape ke semua pakai point macam che det guna dalam blog beliau.

2. aku rasa seronok plak tulis macam ni, dapat aku luahkan/cerita/explain satu persatu dan orang yang baca pun lebih paham.

3. so aku terasa macam nak bawak style ni kat blog jugak, takde la setiap masa, mungkin sekali sekala ke… tengok keadaan.

4. dua tiga hari ni ada banyak kali jugak aku berborak dengan kawan-kawan dari tangkak, ape lagi kalau bukan kat fesbuk.

5. seronok bila cerita balik, siap plan nak pegi sana sini la.. ape la… ntah jadi ke ntah tak tuh.

6. eh… bosan la plak tulis camni.

7. takde idea dah aku, mungkin gaya tulisan camni tak sesuai untuk aku blogging.

8. luls.

9. kthxbai.

8
Tags: , , | Posted in Rambles |
November 4th, 2009

mldoublecuplupa pulak aku nak cerita pasal Manager League. season 54 baru dah pun melabuhkan tirau pada hari khamis yang lepas dan first round untuk season 55 dah pun bermula pada malam isnin hari tu. nampak gaya team yang dalam divisyen satu liga malaysia semakin matang dan kuat. kalau dulu 2-3 team je yang ada player Q90, sekarang ni dah ramai plak.

aku lihat benda ni sebagai perkembangan yang sihat. kawan-kawan lain makin pandai gunakan peluang yang ada, dan tak lokek jugak share apa yang diorang discover sepanjang perkenalan kitorang. sapet, zamzuri dan joga betul-betul boleh mencabar kepermainan untuk sepanjang musim. itu belum lagi cerita pasal pyra_boy dengan skuad pemain muda 1st class. ranau fc aku tak payah cerita laa… itu dah bosan. haha.

cuma apa yang menariknya, team yang dulu dipandang remeh dah mula tunjuk taring. nama seperti anas dan ipin kadangkala boleh buat aku risau. kalau tak kalah tipis, mesti seri. itu yang bengang tu. lagi-lagi dah dapat position no. 1 kat liga, memang berasap je laa… lawan dengan wen pon aku cuak.

anyway, season 54 aku berjaya merampas takhta div 1 liga malaysia daripada ranau fc. siap bawak double lagi, dengan mengalahkan pyra fc di league cup. kemenangan liga pertama setelah hampir 3 tahun aku bermain game ni. lepas ni aku terfikir nak rebuild dengan pemain muda plak. nak jugak jadi macam pyra fc. heh. tahniah semua!

p/s: matjan, kau bila nak naik divisyen daa… udah-udah le tu jadi ‘legend’.

p/p/s: manager league ialah sebuah football manager online game, percuma untuk dimainkan.

p/p/p/s: sape nak join bleh klik link kat sebelah kanan atas blog nih. best weh.

3
October 31st, 2009

just a simple entry today. virtualized karmic koala on snow leopard via virtual box. total success. thinking of boot camp-ing after this, but might need to consider upgrading my hard disk first.

personally, i prefer hardy heron’s default wallie. luls.

1
October 29th, 2009

tengahari ni aku berjaya masuk dalam carta top 5 gikos IG selepas berusaha berulang kali. semalam hanya dapat tempat ke-3, tapi hari ni berjaya memintas kak DON dan ainul, bekas penyandang ratu gikos. wakakaka. sekarang, aku raja gikos IG!

gikos

5
Tags: , , , | Posted in Rambles |
October 29th, 2009

aku tak cerita lagi aku pegi spital jumaat lepas kan? haa, ni nak update la sikit cerita pasal sciatica aku tuh. dr. zul kata lepas ni dah tak perlu buat appointment untuk jumpa dia, kecuali kalau sakit sangat lepas ni. ubat plak dah tak sambung, tinggal aku kena habiskan apa yang ada lagi tu je la. meaning ape? aku dah baik ke? rasanya tak, tapi lebih baik berbanding dulu la. consultation petang tu pun dia kasik percuma tak payah bayar.

cuma… part yang tak seronok tu pasal limitation yang dia kasik kat aku. masa aku masuk bilik dr. zul tu dia nampak aku bawak beg laptop, dah aku kena sound plak dah. pastu aku tanya la kat dia. berikut adalah dialog yang telah diubahsuai menurut kesesuaian menaip:

“berat tu berapa berat yang tak boleh angkat, doktor?”
“jangan lebih 3kg”
“3kg? serius ke?”
“ye la, 3kg”
“ish, sikitnya… um, berapa lama tu takleh angkat 3kg?”
“sampai bila-bila”
“haaa? biar betul. saya nak beli minyak masak kat kedai pun tak lepas camni”
“awak beli la yang 3kg”

haa, camtu la. 3kg je? ape je la yang aku boleh buat dengan 3kg? aqil yang tak setahun lagi tu pun dah 10kg, takkan tak merasa dah lepas ni nak dukung baby? terus la aku tanya kat aishah lepas balik rumah minggu lepas. tanya punya tanya dia suruh rujuk kat fisio aku mintak ajar exercise untuk strengthen tulang belakang dan angkat benda-benda berat. siap ada tambahan lagi, suruh aku kurangkan berat badan.

hah! itu memang mencabar. maka bermula la diet olok-olok aku hari isnin berikutnya. siap aku beli susu rendah lemak dengan cereal. selain kawal berat, aku nak jugak kuatkan tulang yang ada. disebabkan dah lama tak minum susu ni, nak cari susu yang sesuai pun cerewet. wakakaka. kalau dulu lepas kuar spital ada jugak berangan nak minum Alpha Lipid, tapi beratus mana nak tahan. maka aku pun pilih la susu Anlene Gold untuk warga tua berusia 51 ke atas yang ada kat kedai masa tu. aku pikir, tulang aku ni kategori tulang tua-tua laa.. dah sakit nih. ekekeke. lagi satu sebab susu tu rendah lemak.

susu1Ada orang kata Anlene Gold ni rasa tak sedap berbanding Anlene biasa untuk orang dewasa tu. aku mula-mula pun cuak gak nak minum kalau pelik je rasa nanti. tapi lepas bancuh, not bad la… lebih kurang macam nespray aku minum kecik-kecik dulu. dengan khasiat nano-kalsium (iklan Anlene), tulang aku sekarang menyerap kalsium lebih pantas daripada biasa. haha. harga pun murah daripada yang nestle punya. aku beli pek kecil je dulu, nak try camne.

lepas ni mungkin aku nak cuba Nestle Omega Plus pulak. kot-kot la rasa dia lebih sedap dan dapat memupuk aku agar kembali minum susu setiap hari, ok jugak tu. at least ada la inisiatif aku nak pulihkan keadaan kepada yang asal. kan?

October 24th, 2009

punya la aku berseronok shopping dan jalan-jalan kat mydin melaka tadi, siap makan macam-macam skali hari ni boleh spoil plak lepas menang saman ekor dari PDRM. ceh! dapat surat straight ke rumah atas nama mama.

  • tempat kesalahan: km 213 l/raya JB-KL (tak sampai 50km dari rumah aku)
  • tarikh dan masa kesalahan: 24 ogos 2009, 1121hrs (awal puasa)
  • jenis kesalahan: laju dikesan: 117km/j, had laju: 90km/j, lebihan laju: 27km/j
  • tawaran kompaun: RM300

memang buat mood down aku petang tadi. baru sedap-sedap nak lelap lepas penat drive, tak jadi terus. 2 bulan lepas punya kesalahan, baru sampai tadi. kena la bayar pulak lepas ni. rupenya area alor gajah dengan ayer keroh tu mmg hotspot saman ekor, ipin jagung pon tau pasal tu, aku yang duduk dekat bleh plak tak tau. hampes. anyway, sape ada pengalaman bayar saman laju, bleh share sikit tak? bape banyak ek aku bleh mintak untuk kurang? share la ngan aku… huhuhu

dah alang-alang, aku sertakan sekali gambo aku makan tengahari tadi kat medan selera mydin MITC tuh, aku makan menu yang femes kat melaka nih, asam pedas. 2 lauk asam pedas aku angkat, daging tetel dengan ikan pari. memang layaaaan~

asam pedas melaka

asam pedas melaka

sape pegi melaka, try la cari kedai asam pedas mana-mana, pastu try sendiri. selamat mencuba!

p/s: pssst… jangan lupa share skali cane nak mintak saman jadi murah XD