Posts Tagged ‘bersenam’

Kalkulator Kalori

Monday, November 9th, 2009

aku dah cerita kan haritu pasal aku kena kurangkan berat badan? nak harapkan jaga kat makan je memang tak lepas la… aku sendiri kadang-kadang belasah bila dah tak kuat iman. kihkih. jadi kena la aku buat aktiviti yang lebih mencabar lagi, kononnya nak naikkan lagi kadar metabolisma badan la gitu.

kalau tak swimming kat pool, aku cuba luangkan masa berjalan dengan pace yang lebih pantas sedikit dari biasa. dalam aku ’seronok’ membuat aktiviti untuk membakar kalori, aku perlukan jugak standard atau cara untuk sukat berapa banyak kalori yang aku dah bakar untuk menjadi tanda aras harian. kat bawah ni aku jumpa kalkulator untuk kira kalori yang terbakar untuk dua senaman utama aku.

…………………………………………………………………
Swimming
…………………………………………………………………

Calories Burned Calculator
Estimate the calories you burned swimming:
Pace:
Weight:
Time:


Swimming can help reduce high cholesterol.
…………………………………………………………………
Power Walking
…………………………………………………………………

Calories Burned Calculator
Estimate the calories you burned walking:
Pace:
Weight:
Time:


Walking can help prevent high blood pressure.
…………………………………………………………………

sekarang aku hanya mampu buat breast stroke dan sikit-sikit la freestyle. pancit jugak lama tak eksesais… kaput stamina. kuikui. ok, selamat membakar kalori semua!

9

Swimming Untuk Tubuh Badan (Perut)

Thursday, October 8th, 2009

sejak kenaikkan mendadak berat aku 5-6 bulan lepas, tak banyak yang bleh aku buat. hari-hari makan camtu gak, bukan reti nak kurangkan. bila raya, orang suma dah start cakap itu ini. aku yang tengok cermin pun dah rasa tak hensem dah. ekeke. mana bleh jadi macam ni. kalau teruskan, bleh mendatangkan penyakit.

sebab tu la aku start kembali ke swimming pool last week. badan pun rasa dah kuat sikit, bleh la nak kuak-kuak air. mula-mula aku pergi sorang, berenang mana yang mampu. semput gak sebab dah lama tak bersenam nih, stamina pun dah kurang. tapi aku gembira sebab tak ada rasa sakit pada tulang belakang, cuma nak buat flip tu tak dapat la… meaning, swimming adalah cara terbaik untuk aku buat masa ni.

kali kedua aku pergi dengan AaBa, dengan tempoh yang lebih lama walaupun kebanyakan masa dihabiskan dengan borak dalam air sambil kuak-kuak itik dan bukannya berenang. agak sukar nak cari geng swim sekarang, ramai orang yang aku tak kenal. kadang-kadang teringin gak nak tanya diorang camne nak swim laju dari hujung ke hujung. kalau dulu ada Aalim bleh la jadi tutor aku. takpe laa.. aku buat slow-slow. yang penting ada bersenam dan tingkatkan kuatkan jantung ni.

nasi pun dah kurang aku amik berbanding dulu. kalau dulu 1 serving sama dengan 2 serving orang lain, sekarang ni aku amik separuh je. tak tau la kan berapa lama tapi aku cuba la dulu. petang ni insyaAllah aku nak pegi swim lagi kali ni dengan gaya kuak gajah. tau camne gajah kuak dalam air? meh ikut swim petang ni aku demo. luls.

p/s: aku rasa macam nak beli swimmng goggle yang anti-fog tu la… bleh tengok dalam air. kabur je mata aku nak menyelam nih.

8