Posts Tagged ‘Blog’

Exabytes Tipu

Wednesday, June 9th, 2010

Malam tadi tetiba dapat twitter dari Exabytes yang aku rasakan cukup menarik. Katanya promosi jualan domain pada harga $0.99 akan bermula jam 9 pagi ni. Memandangkan domain akmals.net ni pun dah nak sampai masanya, aku berangan la nak tukar lain sambil mencari-cari domain yang sesuai.

Lepas dah dapat domain yang aku rasakan best, aku try la order dari Exabytes. Harga asal RM35 kalau tak salah, tapi DNS management dapat percuma, cuma Secure ID je yang kena bayaran tambahan. Ok, fine… dah tau la macam mana nak order. Bila dah siap-siap tunggu jam 9 pagi, aku try lagi sekali order domain dengan nama yang dah puas aku cari malam tadi. Untuk first 10 buyer memang $0.99 harga dia, tapi DNS management kena caj pula kali ni. Ceh! Menipu betul laa.

exabytesTak jadi la aku nak teruskan niat beli domain tu. Walaupun secara relatifnya memang jumlah harga lebih murah daripada harga standard, namun aku rasa tertipu disebabkan benda ni. Lagipun setiap jualan selepas 10 domain harga akan naik $1, belian pula tak boleh pakai bank transfer, kena pakai kad atau paypal. Memang cancel la jawabnya.

Korang jangan sentuh aa domain tu… aku nak!

6
Tags: , , , ,
Posted in Blog |

Kreeooook…

Saturday, May 15th, 2010

kreeooook… *bunyi buka pintu blog*

fuh… bersawang dah rupenya blog aku. lagi sepuluh hari je genap 2 bulan tak update pape kat sini. dashboard wordpress pun dah berhabuk. fuuuh! fuuuuh! *sambil meniup habuk*.

jap nak tengok mailbox. woh, ramai rupanya yang cari masa takde kat rumah hari tu.

“mal, bila nak update blog?”

“xde cite baru ke, kuat?”

“apsal senyap je kau nih?”

“aku selalu baca blog kau, tapi kau yang tak update”

keh keh keh… ada yang baca rupenya. mana la aku nak tau kalau korang tak tinggalkan komen. kalau ada je yang komen, mesti aku rajin gak nak tulis lagi panjang-panjang. ok camni, bagi aku kemas rumah dulu… then later aku update la apa yang patut. terima kasih semua sebab ingatkan aku pasal blog ni.

terlebih panjang la pulak hiatus aku hari tu :P

7
Tags: , ,
Posted in Blog, Rambles |

Hiatus Part III

Thursday, March 25th, 2010

maaf, aku tak berkesempatan untuk update blog ni sejak beberapa minggu yang lalu.

masa yang terhad bermula bila aku pergi bercuti di Sandakan, Sabah untuk 4 hari diikuti peristiwa kemalangan membabitkan kereta emak dengan sebuah lori yang memecut laju, dan sekarang pula kegagalan laptop aku berfungsi dengan baik setelah OS aku crashed secara tiba-tiba. masih lagi dalam proses untuk revive kembali filesystem dan recover data yang dalam main hard drive. kereta yang eksiden plak harap-harap selesai lekas pasal insurans semua.

banyak hendak aku ceritakan, tapi dengan keadaan sekarang membuatkan mood aku sedikit terganggu. nanti bila dah pulih semuanya akan aku sambung kembali.

5
Tags: , , , , , , , ,
Posted in Blog |

Dendam Dengan Spam Bot

Tuesday, March 9th, 2010

aku selalu excited bila ada orang reply entri blog aku. rasa macam seronok plak menulis (menaip). walaupun aku tau lagi banyak merepek daripada apa yang benar-benar berfaedah untuk dikongsikan, ada juga yang membaca. kihkih.

dalam excited tu kadang-kadang juga ada rasa geram. tau bila? bila bot dari mana-mana tah spam  aku punya comment box. apa kes dengan Akismet ni? tak jalankan tugas ke? grr… bila baca spam tu, ayat memang motivasi habis la.

“wah, ayat awak macam journalist, teruskan menulis ya?” (dalam english)

ataupun…

“entri ni memang benar-benar membantu saya, anda berbakat besar. berminat untuk beli viagra dan ubat xxx?” (dalam english juga)

ceh… aku rasa macam nak reply balik je. “aku tau aku hebat, bye!” adalah ayat yang berlegar-legar dalam kepala aku, tapi aku tau, yang bodohnya nanti aku jugak. bkn dia baca pun. maka, setiap kali aku menekan ‘delete‘ untuk comment merapu macam tu, secara tak sedar aku berperang dengan perasaan sebab tak dapat membalas dendam kepada bot. rawr!

spam_katun

9

Gian Facebook

Sunday, February 28th, 2010

2-3 hari kebelakangan, kepala aku mudah sangat sakit. macam-macam menerjah ke kepala otak, ada kalanya merebak sampai ke dada. tak tahu la apa punca sebenar; entah stress, entah penyakit, atau entah aku sendiri buat-buat sakit. tapi dikuatkan juga semangat pagi ini untuk aku kembali sambung ber-belog (pinjam istilah Hanis Zalikha) setelah sekian lama berhabuk control panel wordpress ni.

aku gian facebook. ye, dulu aku amat membenci social network kegilaan dunia tersebut. aku hanya daftar, letak satu gambar sebagai profile picture, kemudian aku biar menjadi tukun berbulan-bulan lamanya. friend request berderet-deret aku biarkan tanpa balasan untuk approve atau ignore (sekarang ada lagi sedikit, sengaja!). wall pula penuh dengan pelbagai post daripada rakan yang bermain Mafia Wars dan FarmVille. itu tak masuk lagi applikasi-applikasi mengarut yang lain. emel penuh dengan macam-macam notification dari laman tersebut. aku bosan, dan aku tidak faham apa hebatnya facebook ketika itu.

suasana berubah kira-kira 6 bulan yang lepas. aku mula perlahan-lahan bermain dengan facebook dan menkonfigurasi tetapan mengikut citarasa aku sendiri. no more spam mails, no more unwanted notifications. aku tukar gambar profil buat pertama kali setelah sekian lama. aku kemaskini profile walaupun tak seberapa… dan aku mula terpengaruh dengan game yang ada. bermula dengan Dungeons & Dragons: Tiny Adventure, aku menjadi gian dengan aktiviti harian ber-facebook. aku memang fan-boy bila hal yang berkaitan dengan magic & myths. lagi pula ditambah dengan naga dan wirawan khalayan. selepas saja habis quest yang ada (ditambah dengan pelbagai bug), aku bermain pula Airlines Manager selepas melihat saudara Topgunners tekun mengumpul kekayaan dalam bisnes yang menjadi kebanggaan Idris Jala. satu persatu rangkaian penerbangan Kuat Laju Airlines aku bina sampai berjaya memiliki kapal terbang yang paling mahal boleh ditawarkan dalam permainan tersebut. perlahan-lahan aku menjadi bosan apabila setiap hari klik pada benda yang sama pahadal company aku dah kaya-raya. tiada lagi thrill membangunkan syarikat kapal terbang tersebut.

kemudian aku bergerak pula ke sebuah game baru, Band of Heroes, game yang bercirikan perang dunia ke-2 dengan tajuk parody kepada siri Band of Brothers. setiap hari aku akan bangun pagi dan berperang dengan klik tetikus. dan aku ulang rutin tersebut sampai la pagi tadi, sehingga telah lengkap upgrades yang boleh aku buat. sekarang? aku kembali bosan. adakah aku akan mencari sebuah game lain untuk aku penuhkan masa yang terluang dalam hidup selepas ini? harapnya tidak. aku bertekad mulai pagi ini untuk tidak lagi bermain game di facebook. terlalu banyak masa terbuang hanya dengan aktiviti tersebut. adalah lebih baik bermain Manager League, sebab boleh mendapat pulangan dalam bentuk yang lebih baik. makan free, laptop, dan peluang bercuti ke luar negara seperti yang dijanjikan Hailyuzairi. paling tidak pun sate kajang (-_-!). sebenarnya bukan game dalam facebook sahaja, tapi facebook itu sendiri membuatkan aku leka dengan kerakusan membalas comment rakan taulan. bak kata utusan Parsi kepada Leonidas ketika membawa pesanan dari Xerxes, “you’re a madman!“. aku harus berhenti… atau setidak-tidaknya mengurangkan (dengan banyak) aktiviti itu.

antara sebab lain aku inginkan perubahan adalah kerana aku semakin mengabaikan blog akmals.net ini. tak mampu aku tipu diri sendiri, aku amat sayangkan laman ini setelah berhempas pulas aku membangunkannya walaupun aku tau rating aku tidak mampu mencapai hatta 1 bintang setengah sekalipun untuk sebuah blog yang hebat . selain itu aku juga ada cita-cita yang lebih besar untuk membangunkan sebuah lagi projek yang asyik la terbengkalai. semuanya aku rasakan lebih bermakna, pertama, sebagai koleksi cerita peribadi yang boleh terus dijadikan panduan, dan keduanya projek tersebut mampu membuatkan aku mengenal kembali kedudukan aku dalam keluarga dan saudara-mara. apa projek yang aku bebelkan ni? nanti kemudian aku akan ceritakan dalam entri yang lain.

akhirnya, aku tutup entri pagi ahad ni dengan semangat untuk tidak lagi bermain game dalam facebook, dan seterusnya mengurangkan aktiviti menghadap laman sosial itu 14 jam sehari kepada rangka waktu yang lebih munasabah. facebook, aku benci kau (kata-kata poyo dengan niat untuk menambah impak pada penghujung cerita)!

p/s: dan aku akan kembali ber-belog dengan aktif selepas ini. korang tengok la!

5
Tags: , , , , , ,
Posted in Blog |