Posts Tagged ‘cendol’

El-Nino & Rutin Harian

Monday, March 1st, 2010

1. dah sebulan lebih kepanasan melampau melanda Malaysia.

2. setiap hari juga la aku mengidamkan cendol dan air kelapa sejuk sebagai penghilang dahaga dan pencetus rasa nyaman.

3. masuk pukul 8.00 pagi aku dah rasa nak buka baju lantaran pertukaran suhu mendadak.

4. ikutkan hati, sampai ke tengah malam aku tak mahu pakai baju (seluar masih ditempat asal) untuk merasakan sejuknya angin yang sedikit, paling tidak pun dapat juga keringkan peluh.

5. masuk waktu malam masih lagi panas. tidur pun seperti mahu berbogel.

6. udara sejuk mula aku rasakan ketika jam 1.00-2.00 pagi, dan berlarutan sampai ke subuh.

7. waktu tu pun aku tengah lena dibuai mimpi, sambil memeluk bantal favourite.

8. kalau dah tidur tu, mana adanya aku nak pakai baju… “ah, berlenggeng pun tak mengapa”.

9. bangun subuh, lepas mandi boleh lagi dikatakan selesa.

10. berehat sebentar, selepas itu ulang semula point nombor 3.

0