Posts Tagged ‘diet’

Kita Minum Susu!… Eh, Dulu!

Thursday, October 29th, 2009

aku tak cerita lagi aku pegi spital jumaat lepas kan? haa, ni nak update la sikit cerita pasal sciatica aku tuh. dr. zul kata lepas ni dah tak perlu buat appointment untuk jumpa dia, kecuali kalau sakit sangat lepas ni. ubat plak dah tak sambung, tinggal aku kena habiskan apa yang ada lagi tu je la. meaning ape? aku dah baik ke? rasanya tak, tapi lebih baik berbanding dulu la. consultation petang tu pun dia kasik percuma tak payah bayar.

cuma… part yang tak seronok tu pasal limitation yang dia kasik kat aku. masa aku masuk bilik dr. zul tu dia nampak aku bawak beg laptop, dah aku kena sound plak dah. pastu aku tanya la kat dia. berikut adalah dialog yang telah diubahsuai menurut kesesuaian menaip:

“berat tu berapa berat yang tak boleh angkat, doktor?”
“jangan lebih 3kg”
“3kg? serius ke?”
“ye la, 3kg”
“ish, sikitnya… um, berapa lama tu takleh angkat 3kg?”
“sampai bila-bila”
“haaa? biar betul. saya nak beli minyak masak kat kedai pun tak lepas camni”
“awak beli la yang 3kg”

haa, camtu la. 3kg je? ape je la yang aku boleh buat dengan 3kg? aqil yang tak setahun lagi tu pun dah 10kg, takkan tak merasa dah lepas ni nak dukung baby? terus la aku tanya kat aishah lepas balik rumah minggu lepas. tanya punya tanya dia suruh rujuk kat fisio aku mintak ajar exercise untuk strengthen tulang belakang dan angkat benda-benda berat. siap ada tambahan lagi, suruh aku kurangkan berat badan.

hah! itu memang mencabar. maka bermula la diet olok-olok aku hari isnin berikutnya. siap aku beli susu rendah lemak dengan cereal. selain kawal berat, aku nak jugak kuatkan tulang yang ada. disebabkan dah lama tak minum susu ni, nak cari susu yang sesuai pun cerewet. wakakaka. kalau dulu lepas kuar spital ada jugak berangan nak minum Alpha Lipid, tapi beratus mana nak tahan. maka aku pun pilih la susu Anlene Gold untuk warga tua berusia 51 ke atas yang ada kat kedai masa tu. aku pikir, tulang aku ni kategori tulang tua-tua laa.. dah sakit nih. ekekeke. lagi satu sebab susu tu rendah lemak.

susu1Ada orang kata Anlene Gold ni rasa tak sedap berbanding Anlene biasa untuk orang dewasa tu. aku mula-mula pun cuak gak nak minum kalau pelik je rasa nanti. tapi lepas bancuh, not bad la… lebih kurang macam nespray aku minum kecik-kecik dulu. dengan khasiat nano-kalsium (iklan Anlene), tulang aku sekarang menyerap kalsium lebih pantas daripada biasa. haha. harga pun murah daripada yang nestle punya. aku beli pek kecil je dulu, nak try camne.

lepas ni mungkin aku nak cuba Nestle Omega Plus pulak. kot-kot la rasa dia lebih sedap dan dapat memupuk aku agar kembali minum susu setiap hari, ok jugak tu. at least ada la inisiatif aku nak pulihkan keadaan kepada yang asal. kan?