Posts Tagged ‘dslr’

Akhirnya Menembak Jua

Saturday, September 12th, 2009

orang kata benda yang kita dah memang minat susah nak dilepaskan. suruh la buat macam mana pun, akhirnya itu jugak yang dicari. sama kes jugak la dengan aku. setahun selepas jual set DLSR yang aku lepaskan sebab hilang “passion“, aku mula rasa bosan. tak ada benda menarik hendak dibuat. apatah lagi lepas cemburu melihat hasil flickr kawan seperjuangan.

nak beli, mahal sangat. tapi kalau nak invest, biar berbaloi. aku akhirnya buat keputusan untuk kembali kepada SLR, tapi bukan lagi digital atas beberapa faktor:

  • harga set yang lebih murah
  • lens pun boleh tahan murah
  • memang harapan aku sejak kecil nak ada SLR analog

sungguhpun kos cuci filem yang lebih tinggi berbanding kamera digital, aku yakin dapat mengatasinya dengan penggunaan yang tertib dan berhati-hati. kalau dulu aku akan snap apa sahaja yang boleh, sekarang aku akan cuba mendapatkan setting yang betul sebelum menangkap gambar. pendek kata, aku nak jadi lebih serius. bukan lagi sekadar snap and delete.

pembayaran dah dibuat, tinggal tunggu barang sampai je insyaAllah isnin ni. kamera apa, itu kita tunggu entri kemudian je la ye. yep, kali ni aku pilih Olympus plak selepas membuat kajian ringkas. lepas tu aku akan kembali mengorak langkah, belajar dengan lebih serius untuk mendapatkan hasil gambar yang lebih baik berbanding dulu. siapa tahu, prime lens Nikkor 50mm 1.8 yang telah lama bersendirian mungkin mendapat teman digital sedikit masa lagi.

0

Kembali Menembak?

Wednesday, July 15th, 2009

sedang aku quick browse kat internet mencari artikel yang menarik untuk dibaca, aku ternampak satu gambar nih kat utusan online:

ikan_sg_labu1

kenapa dengan gambar ikan tuh? ceritanya pasal pencemaran air Sungai Labu di Sepang, tapi apa yang menarik perhatian adalah kerana aku rasa ini antara shot terbaik yang pernah aku tengok daripada apa yang ada dalam akhbar utusan selama ni. kebanyakan gambar dalam akhbar biasanya mengejar masa, tapi yang ini ada ciri-ciri tersendiri. sudut pandangan pun cukup menarik.

ah, sudah! kenapa aku tetiba komen pasal gambar dan fotografi nih? adakah jiwa aku kembali bergolak ingin menembak lagi? hari ahad lepas aku berkesempatan menghadiri ke majlis pertunangan rakan sekolah, fuziah ahmad. jumpa plak udin, lengkap dengan senapang panjang sedia untuk merakamkan saat-saat bahagia fuziah. pergh… memang terbakar jugak la. ingat lagi dulu udin bertanyakan pada aku pasal DSLR, sekarang dia plak bagaikan skuad artillery ke hulu ke hilir.

rakan-rakan Medtech pun ramai yang dah upgrade. mungkin masanya sudah semakin hampir untuk aku plak. insyaAllah, jika tiada aral, tak lama lagi la tu.

p/s: tahniah kepada rakan, fuziah ahmad atas ikatan pertunangan bersama pilihan hati. aku doakan semuanya jaya ke jinjang pelamin dan seterusnya bahagia meniti alam berkeluarga.

3