3 hari travel, sengal-sengal jugak la badan ni. tengahari ni sampai rumah terus terbongkang aku. letih ya amats. ni aku punya kronologi perjalanan sepanjang 3 hari lepas:
Jumaat
- dari utp drive balik ke rumah tangkak. bertolak jam 7.30 pagi, sampai 12.10 tghari.
- drive ke hospital putra, melaka dengan dalila untuk appointment. bertolak jam 1.40petang, sampai 2.30 petang.
- drive ke rumah omak kat kg melayu kundang untuk hantar dalila, sg buloh jam 4.00 petang, sampai 6.10 petang.
- sambung drive ke KL sentral untuk deal kamera yap dan amik bob jam 6.50 petang, sampai 7.50 malam.
- drive lagi dari KL sentral ke kajang untuk ML gathering jam 8.30 malam.
- lepas makan sate, drive plak ke puchong, budak ni nak main snuker. bertolak kira-kira jam 12.30 malam.
- drive ke taman equin, seri kembangan. tumpang tido umah ipin. lebih kurang pukul 3.15 pagi sampai.
Sabtu
- pagi-pagi tak larat drive, tido lama sket. jam 11.00 pagi drive ke KLCC hantar bob, lepas tu terus ke rumah omak. jalan jam sebab demo ISA. jam 1.30 camtu baru sampai.
Ahad
- drive balik ke tangkak jam 10.30 pagi. pukul 12.45 tengahari sampai rumah. terlepek terus takde tenaga dah.
p/s: nasib baik la cuti swine flu. kalau tak, kene balik kampus balik hari ni. bleh pengsan woo~

