memang nice betol timing pergi spital hari ni. walopon kene marah ngan dr. zul sebab tak bitau datang lambat, still, aku dapat jumpe dengan 2 orang yang mempunyai masalah sama dan apa yang lebih baik adalah;
- diorang punya kes lagi teruk daripada aku.
- 2-2 dah sembuh dengan baik, takde lagi rasa sakit.
en. khalil (10 skru) kata skang ni dah tak lagi rasa sakit, tengok dia jalan pon semuanya mcm normal tak macam aku yang jalan mcm robot. sorang lagi ejen insurans (8 skru, 1 plat besi) kawan kepada abg din yang hampir lumpuh sebab kemalangan, pun kata dah tak sakit lagi selepas setahun lebih dan boleh berjalan macam biasa walaupun masih lagi mengambil cuti sakit. siap tanya aku lagi,
“berapa skru masuk?”
“empat”, aku jawab
“hurm, tak teruk…”, jawab dia sambil muka sedikit kerek. “saya kene 8″
alaa… banyak ke sikit, aku tetap rasa teruk gak sakit ni. panas gak aa bila dia kata aku tak teruk. ceh…. suka-suki je. tapi yela kan, kalau dia yang camtu pun dah beransur baik, aku insyaAllah boleh jugak. skang makin bersemangat untuk makan ubat. sendi yg sakit pada buku lali kaki sebelah kanan ni kene pulihkan dulu. susah nak naik tangga kalau sakit camni. kene rajin eksesais (err…eksesais apa yang sesuai untuk buku lali?). jom swimming!

