Malam tadi tetiba dapat twitter dari Exabytes yang aku rasakan cukup menarik. Katanya promosi jualan domain pada harga $0.99 akan bermula jam 9 pagi ni. Memandangkan domain akmals.net ni pun dah nak sampai masanya, aku berangan la nak tukar lain sambil mencari-cari domain yang sesuai.
Lepas dah dapat domain yang aku rasakan best, aku try la order dari Exabytes. Harga asal RM35 kalau tak salah, tapi DNS management dapat percuma, cuma Secure ID je yang kena bayaran tambahan. Ok, fine… dah tau la macam mana nak order. Bila dah siap-siap tunggu jam 9 pagi, aku try lagi sekali order domain dengan nama yang dah puas aku cari malam tadi. Untuk first 10 buyer memang $0.99 harga dia, tapi DNS management kena caj pula kali ni. Ceh! Menipu betul laa.
Tak jadi la aku nak teruskan niat beli domain tu. Walaupun secara relatifnya memang jumlah harga lebih murah daripada harga standard, namun aku rasa tertipu disebabkan benda ni. Lagipun setiap jualan selepas 10 domain harga akan naik $1, belian pula tak boleh pakai bank transfer, kena pakai kad atau paypal. Memang cancel la jawabnya.
Korang jangan sentuh aa domain tu… aku nak!

