Posts Tagged ‘liga’

ML & Kuat FC

Wednesday, November 4th, 2009

mldoublecuplupa pulak aku nak cerita pasal Manager League. season 54 baru dah pun melabuhkan tirau pada hari khamis yang lepas dan first round untuk season 55 dah pun bermula pada malam isnin hari tu. nampak gaya team yang dalam divisyen satu liga malaysia semakin matang dan kuat. kalau dulu 2-3 team je yang ada player Q90, sekarang ni dah ramai plak.

aku lihat benda ni sebagai perkembangan yang sihat. kawan-kawan lain makin pandai gunakan peluang yang ada, dan tak lokek jugak share apa yang diorang discover sepanjang perkenalan kitorang. sapet, zamzuri dan joga betul-betul boleh mencabar kepermainan untuk sepanjang musim. itu belum lagi cerita pasal pyra_boy dengan skuad pemain muda 1st class. ranau fc aku tak payah cerita laa… itu dah bosan. haha.

cuma apa yang menariknya, team yang dulu dipandang remeh dah mula tunjuk taring. nama seperti anas dan ipin kadangkala boleh buat aku risau. kalau tak kalah tipis, mesti seri. itu yang bengang tu. lagi-lagi dah dapat position no. 1 kat liga, memang berasap je laa… lawan dengan wen pon aku cuak.

anyway, season 54 aku berjaya merampas takhta div 1 liga malaysia daripada ranau fc. siap bawak double lagi, dengan mengalahkan pyra fc di league cup. kemenangan liga pertama setelah hampir 3 tahun aku bermain game ni. lepas ni aku terfikir nak rebuild dengan pemain muda plak. nak jugak jadi macam pyra fc. heh. tahniah semua!

p/s: matjan, kau bila nak naik divisyen daa… udah-udah le tu jadi ‘legend’.

p/p/s: manager league ialah sebuah football manager online game, percuma untuk dimainkan.

p/p/p/s: sape nak join bleh klik link kat sebelah kanan atas blog nih. best weh.

3