awal tengahari tadi, semua orang heboh dengan berita mengatakan DiGi telah dapat hak untuk turut sama memasarkan iPhone di pasaran tempatan setelah setahun didominasi oleh Maxis. semua orang gembira, semua orang ceria apabila mendapat tahu hal ini. persaingan yang lebih bermakna nilai barang yang lebih kompetetif.
CEO DiGI, Johan Dennelind mengatakan iPhone akan dijual dengan pelan 3 tahun berbanding setahun dan 2 tahun seperti yang ditawarkan oleh Maxis. jangkaan awal, ia akan dapat dimiliki dengan nilai bayaran bulanan yang lebih rendah (namun mungkin dengan premium yang lebih tinggi). tapi berbekalkan sambungan broadband yang lebih pantas oleh DiGi, mereka yang dalam lingkungan kawasan 3G Turbo DiGi mesti la seronok bukan kepalang. ada sumber lain juga mengatakan pasaran akan dibuka seawal first quarter of 2010, maksudnya, bulan depan la. yeay!
tapi, apa yang aku nak ceritakan sangat ni bukan la pasal DiGi, tapi pasal satu lagi syarikat telco negara yang turut melontarkan minat untuk join sama sejurus selepas DiGi mengumumkan berita baiknya. wakakaka. dulu masa Maxis keluar dengan iPhone, bukan main lagi kau kutuk-kutuk ye. sambil kononnya buat comparison antara iPhone dan BB yang lebih mendapat nilai untuk kepenggunaan. sekarang kau baru terhegeh-hegeh nak bawa masuk juga.
Shazalli berkata, Celcom sepatutnya boleh memasarkan telefon pintar itu dua tahun lepas, tetapi pada ketika itu, ia lebih memberi tumpuan kepada perkhidmatan jalur lebar yang mencatatkan pertumbuhan kukuh pada masa itu. - utusan online
hah, memang aku gelak kaw-kaw la.
well, memang situasi ni bagus untuk kita sebagai pengguna. lagi ramai yang jual, lagi menarik la harga yang ditawarkan. siapa yang boleh bagi subsidi macam AT&T buat kat US tu, lagi la hebat. so… ape lagi telco Malaysia? cepat-cepat la turunkan harga :P


