Posts Tagged ‘majlis’

Protokol Panggilan Hormat

Thursday, March 11th, 2010

Sejak aku geng dengan Medtech kat UTP dulu, aku suka join event dan tengok flow event tuh, siapa yang datang dan apa yang special untuk audience. Selain tu, aku ngan partner, Faizal suka gak cari kesalahan yang tak sepatutnya dilakukan oleh organizer, sebagai panduan dan peringatan untuk diri sendiri juga. Harapannya, tak ada la Medtech buat kesilapan yang sama di lain masa.

Untuk sesebuah majlis terutamanya majlis rasmi, jemputan kepada VIP sememangnya tidak dapat dielakkan. Kadang-kadang event kecil, tapi semangat gila sampai semua orang kuat nak panggil. Untuk itu, protokol dalam majlis amatlah penting. Dulu ada la belajar serba sedikit masa Event Management Seminar (EMS) (tapi mana entah nota tu semua) ditambah pula dengan pengalaman sendiri mengendalikan majlis di UTP bersama juruteknik IT Media, tapi yang ni aku ambil daripada rakan sekolah, Dahlia yang baru-baru ni jadi MC untuk sebuah majlis. Berikut adalah panggilan hormat kepada orang besar di Malaysia. Panggilan hormat untuk Yang di-Pertuan Agong, Raja, Sultan dan Yang DPertua Negeri adalah berbeza-beza.

(a) Yang di-Pertuan Agong - *DYMM Seri Paduka Baginda
(b) Raja Permaisuri Agong - DYMM Seri Paduka Baginda
(c) Raja Perlis - DYMM Tuanku
(d) Sultan Kedah - Ke Bawah DYMM Al-Sultan
(e) Sultanah Kedah - Ke Bawah DYMM Tuanku
(f) Sultan Selangor - DYMM Sultan
(g) Tengku Ampuan Selangor - DYMM Tengku Ampuan
(h) Yang Dipertuan Besar - DYMM Tuanku Negeri Sembilan
(i) Tunku Ampuan - DYMM Tuanku Negeri Sembilan
(j) Sultan Pahang - Ke Bawah DYMM Sultan
(k) Sultanah Pahang - DYMM Sultanah
(l) Sultan Terengganu - DYMM Sultan
(m) Tengku Ampuan Besar - DYMM Tengku Ampuan Terengganu
(n) Al-Sultan Kelantan - Ke Bawah DYMM Tuanku
(o) Raja Perempuan Kelantan - DYMM Tengku
(p) Sultan Johor - DYMM Baginda Sultan
(q) Sultanah Johor - DYMM Baginda Sultanah
(r) Paduka Seri Sultan Perak - DYMM Paduka Seri Sultan
(s) Raja Permaisuri Perak - DYMM Raja Permaisuri Darul Ridzuan
(t) Yang DiPertua Negeri Melaka, Sarawak, Sabah dan Pulau Pinang - Tuan Yang Terutama
(u) Isteri Yang DiPertua Melaka, Sarawak, Sabah dan Pulau Pinang - Yang Amat Berbahagia

*DYMM = Duli Yang Maha Mulia

Haa, itu semua panggilan hormat buat pemerintah negara dan negeri-negeri di Malaysia. Berikut pula adalah panggilan orang kenamaan yang lain.

(a) Perdana Menteri - Yang Amat Berhormat
(b) Isteri Perdana Menteri - Yang Amat Berbahagia
(c) Timbalan Perdana Menteri - Yang Amat Berhormat
(d) Isteri Timbalan Perdana Menteri - Yang Amat Berbahagia
(e) Menteri Besar/Ketua Menteri - Yang Amat Berhormat
(f) Isteri Menteri Besar/Ketua Menteri - Yang Amat Berbahagia
(g) Menteri, Timbalan Menteri - Yang Berhormat
(h) Isteri Menteri dan Timbalan - Yang Berbahagia
(i) Tun/isteri - Yang Amat Berbahagia
(j) Tan Sri/isteri - Yang Berbahagia
(k) Datuk selain negeri Johor - Yang Berbahagia
(l) Dato’ dari negeri Johor - Yang Berhormat
(m) Raja/Tengku - Yang Mulia
(n) Isteri Raja/Tengku - Yang Berbahagia
(o) Panglima Angkatan Tentera/isteri - Yang Berbahagia
(p) Ketua Polis Negara/isteri Yang Berbahagia
(q) Ketua Hakim Negara - Yang Amat Arif
(r) Isteri Ketua Hakim Negara - Yang Amat Berbahagia
(s) Hakim Besar - Yang Arif
(t) Isteri Hakim Besar - Yang Berbahagia
(u) Hakim Mahkamah Agong/Tinggi - Yang Arif
(v) Isteri Hakim Mahkamah Agong/Tinggi - Yang Berbahagia
(w) Peguam Negara/isteri - Yang Berbahagia
(x) Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam/isteri - Yang Berbahagia
(y) Ketua-Ketua Setiausaha Kementerian dan Ketua-Ketua Jabatan Peringkat Persekutuan/ isteri - Yang Berbahagia
(z) Ketua-Ketua Jabatan Negeri - Yang Berusaha/Yang Berbahagia

Semoga dapat la kita menambah pengetahuan dan menggunakannya dengan betul dalam menganjurkan dan menguruskan sesebuah majlis kelak. Nak pakai masa majlis kahwin pun boleh :)