Posts Tagged ‘manager league’

Gian Facebook

Sunday, February 28th, 2010

2-3 hari kebelakangan, kepala aku mudah sangat sakit. macam-macam menerjah ke kepala otak, ada kalanya merebak sampai ke dada. tak tahu la apa punca sebenar; entah stress, entah penyakit, atau entah aku sendiri buat-buat sakit. tapi dikuatkan juga semangat pagi ini untuk aku kembali sambung ber-belog (pinjam istilah Hanis Zalikha) setelah sekian lama berhabuk control panel wordpress ni.

aku gian facebook. ye, dulu aku amat membenci social network kegilaan dunia tersebut. aku hanya daftar, letak satu gambar sebagai profile picture, kemudian aku biar menjadi tukun berbulan-bulan lamanya. friend request berderet-deret aku biarkan tanpa balasan untuk approve atau ignore (sekarang ada lagi sedikit, sengaja!). wall pula penuh dengan pelbagai post daripada rakan yang bermain Mafia Wars dan FarmVille. itu tak masuk lagi applikasi-applikasi mengarut yang lain. emel penuh dengan macam-macam notification dari laman tersebut. aku bosan, dan aku tidak faham apa hebatnya facebook ketika itu.

suasana berubah kira-kira 6 bulan yang lepas. aku mula perlahan-lahan bermain dengan facebook dan menkonfigurasi tetapan mengikut citarasa aku sendiri. no more spam mails, no more unwanted notifications. aku tukar gambar profil buat pertama kali setelah sekian lama. aku kemaskini profile walaupun tak seberapa… dan aku mula terpengaruh dengan game yang ada. bermula dengan Dungeons & Dragons: Tiny Adventure, aku menjadi gian dengan aktiviti harian ber-facebook. aku memang fan-boy bila hal yang berkaitan dengan magic & myths. lagi pula ditambah dengan naga dan wirawan khalayan. selepas saja habis quest yang ada (ditambah dengan pelbagai bug), aku bermain pula Airlines Manager selepas melihat saudara Topgunners tekun mengumpul kekayaan dalam bisnes yang menjadi kebanggaan Idris Jala. satu persatu rangkaian penerbangan Kuat Laju Airlines aku bina sampai berjaya memiliki kapal terbang yang paling mahal boleh ditawarkan dalam permainan tersebut. perlahan-lahan aku menjadi bosan apabila setiap hari klik pada benda yang sama pahadal company aku dah kaya-raya. tiada lagi thrill membangunkan syarikat kapal terbang tersebut.

kemudian aku bergerak pula ke sebuah game baru, Band of Heroes, game yang bercirikan perang dunia ke-2 dengan tajuk parody kepada siri Band of Brothers. setiap hari aku akan bangun pagi dan berperang dengan klik tetikus. dan aku ulang rutin tersebut sampai la pagi tadi, sehingga telah lengkap upgrades yang boleh aku buat. sekarang? aku kembali bosan. adakah aku akan mencari sebuah game lain untuk aku penuhkan masa yang terluang dalam hidup selepas ini? harapnya tidak. aku bertekad mulai pagi ini untuk tidak lagi bermain game di facebook. terlalu banyak masa terbuang hanya dengan aktiviti tersebut. adalah lebih baik bermain Manager League, sebab boleh mendapat pulangan dalam bentuk yang lebih baik. makan free, laptop, dan peluang bercuti ke luar negara seperti yang dijanjikan Hailyuzairi. paling tidak pun sate kajang (-_-!). sebenarnya bukan game dalam facebook sahaja, tapi facebook itu sendiri membuatkan aku leka dengan kerakusan membalas comment rakan taulan. bak kata utusan Parsi kepada Leonidas ketika membawa pesanan dari Xerxes, “you’re a madman!“. aku harus berhenti… atau setidak-tidaknya mengurangkan (dengan banyak) aktiviti itu.

antara sebab lain aku inginkan perubahan adalah kerana aku semakin mengabaikan blog akmals.net ini. tak mampu aku tipu diri sendiri, aku amat sayangkan laman ini setelah berhempas pulas aku membangunkannya walaupun aku tau rating aku tidak mampu mencapai hatta 1 bintang setengah sekalipunĀ untuk sebuah blog yang hebatĀ . selain itu aku juga ada cita-cita yang lebih besar untuk membangunkan sebuah lagi projek yang asyik la terbengkalai. semuanya aku rasakan lebih bermakna, pertama, sebagai koleksi cerita peribadi yang boleh terus dijadikan panduan, dan keduanya projek tersebut mampu membuatkan aku mengenal kembali kedudukan aku dalam keluarga dan saudara-mara. apa projek yang aku bebelkan ni? nanti kemudian aku akan ceritakan dalam entri yang lain.

akhirnya, aku tutup entri pagi ahad ni dengan semangat untuk tidak lagi bermain game dalam facebook, dan seterusnya mengurangkan aktiviti menghadap laman sosial itu 14 jam sehari kepada rangka waktu yang lebih munasabah. facebook, aku benci kau (kata-kata poyo dengan niat untuk menambah impak pada penghujung cerita)!

p/s: dan aku akan kembali ber-belog dengan aktif selepas ini. korang tengok la!

5
Tags: , , , , , ,
Posted in Blog |

ML & Kuat FC

Wednesday, November 4th, 2009

mldoublecuplupa pulak aku nak cerita pasal Manager League. season 54 baru dah pun melabuhkan tirau pada hari khamis yang lepas dan first round untuk season 55 dah pun bermula pada malam isnin hari tu. nampak gaya team yang dalam divisyen satu liga malaysia semakin matang dan kuat. kalau dulu 2-3 team je yang ada player Q90, sekarang ni dah ramai plak.

aku lihat benda ni sebagai perkembangan yang sihat. kawan-kawan lain makin pandai gunakan peluang yang ada, dan tak lokek jugak share apa yang diorang discover sepanjang perkenalan kitorang. sapet, zamzuri dan joga betul-betul boleh mencabar kepermainan untuk sepanjang musim. itu belum lagi cerita pasal pyra_boy dengan skuad pemain muda 1st class. ranau fc aku tak payah cerita laa… itu dah bosan. haha.

cuma apa yang menariknya, team yang dulu dipandang remeh dah mula tunjuk taring. nama seperti anas dan ipin kadangkala boleh buat aku risau. kalau tak kalah tipis, mesti seri. itu yang bengang tu. lagi-lagi dah dapat position no. 1 kat liga, memang berasap je laa… lawan dengan wen pon aku cuak.

anyway, season 54 aku berjaya merampas takhta div 1 liga malaysia daripada ranau fc. siap bawak double lagi, dengan mengalahkan pyra fc di league cup. kemenangan liga pertama setelah hampir 3 tahun aku bermain game ni. lepas ni aku terfikir nak rebuild dengan pemain muda plak. nak jugak jadi macam pyra fc. heh. tahniah semua!

p/s: matjan, kau bila nak naik divisyen daa… udah-udah le tu jadi ‘legend’.

p/p/s: manager league ialah sebuah football manager online game, percuma untuk dimainkan.

p/p/p/s: sape nak join bleh klik link kat sebelah kanan atas blog nih. best weh.

3

All-New-ML Kicking Off!

Friday, August 7th, 2009

its time! at about 6.25pm GMT +8, the all-new ML is kicking off!

enjoy better gameplay and graphics with tens of thousand other managers worldwide! register your account for free HERE. also, read previous entry about the countdown HERE.

*please expect slow loading time for first timer. it will gradually speed up after the cache files ready and you’ll be amaze with the blazing speed after that :D *

0

She’s Coming…

Thursday, August 6th, 2009

we’ve been waiting for this moment for months. after so many obstacles and challenges, the time has come. but before that, let’s take a look at the countdown:

ml-1

3...

..

2...

1...

1...

and at last… tadaa!!

the all new season-change!

the all new season-change!

all potential online football managers out there, join us in the all-new Manager League online game and experience yourselves the smashing graphics and superb gameplay without even installing them to your hard drive. just setup your internet connection, register your account for free here, and voila! if you are from Malaysia you are welcomed to join us in Malaysian League as well. oh yeah, you are also recommended to use any internet browser except IE version 7 and below. simple, right? :P

p/s: and i won the league cup for season 51! lawl~

Kuat FC ftw!

Kuat FC ftw!

1