Posts Tagged ‘medtech’

Protokol Panggilan Hormat

Thursday, March 11th, 2010

Sejak aku geng dengan Medtech kat UTP dulu, aku suka join event dan tengok flow event tuh, siapa yang datang dan apa yang special untuk audience. Selain tu, aku ngan partner, Faizal suka gak cari kesalahan yang tak sepatutnya dilakukan oleh organizer, sebagai panduan dan peringatan untuk diri sendiri juga. Harapannya, tak ada la Medtech buat kesilapan yang sama di lain masa.

Untuk sesebuah majlis terutamanya majlis rasmi, jemputan kepada VIP sememangnya tidak dapat dielakkan. Kadang-kadang event kecil, tapi semangat gila sampai semua orang kuat nak panggil. Untuk itu, protokol dalam majlis amatlah penting. Dulu ada la belajar serba sedikit masa Event Management Seminar (EMS) (tapi mana entah nota tu semua) ditambah pula dengan pengalaman sendiri mengendalikan majlis di UTP bersama juruteknik IT Media, tapi yang ni aku ambil daripada rakan sekolah, Dahlia yang baru-baru ni jadi MC untuk sebuah majlis. Berikut adalah panggilan hormat kepada orang besar di Malaysia. Panggilan hormat untuk Yang di-Pertuan Agong, Raja, Sultan dan Yang DPertua Negeri adalah berbeza-beza.

(a) Yang di-Pertuan Agong - *DYMM Seri Paduka Baginda
(b) Raja Permaisuri Agong - DYMM Seri Paduka Baginda
(c) Raja Perlis - DYMM Tuanku
(d) Sultan Kedah - Ke Bawah DYMM Al-Sultan
(e) Sultanah Kedah - Ke Bawah DYMM Tuanku
(f) Sultan Selangor - DYMM Sultan
(g) Tengku Ampuan Selangor - DYMM Tengku Ampuan
(h) Yang Dipertuan Besar - DYMM Tuanku Negeri Sembilan
(i) Tunku Ampuan - DYMM Tuanku Negeri Sembilan
(j) Sultan Pahang - Ke Bawah DYMM Sultan
(k) Sultanah Pahang - DYMM Sultanah
(l) Sultan Terengganu - DYMM Sultan
(m) Tengku Ampuan Besar - DYMM Tengku Ampuan Terengganu
(n) Al-Sultan Kelantan - Ke Bawah DYMM Tuanku
(o) Raja Perempuan Kelantan - DYMM Tengku
(p) Sultan Johor - DYMM Baginda Sultan
(q) Sultanah Johor - DYMM Baginda Sultanah
(r) Paduka Seri Sultan Perak - DYMM Paduka Seri Sultan
(s) Raja Permaisuri Perak - DYMM Raja Permaisuri Darul Ridzuan
(t) Yang DiPertua Negeri Melaka, Sarawak, Sabah dan Pulau Pinang - Tuan Yang Terutama
(u) Isteri Yang DiPertua Melaka, Sarawak, Sabah dan Pulau Pinang - Yang Amat Berbahagia

*DYMM = Duli Yang Maha Mulia

Haa, itu semua panggilan hormat buat pemerintah negara dan negeri-negeri di Malaysia. Berikut pula adalah panggilan orang kenamaan yang lain.

(a) Perdana Menteri - Yang Amat Berhormat
(b) Isteri Perdana Menteri - Yang Amat Berbahagia
(c) Timbalan Perdana Menteri - Yang Amat Berhormat
(d) Isteri Timbalan Perdana Menteri - Yang Amat Berbahagia
(e) Menteri Besar/Ketua Menteri - Yang Amat Berhormat
(f) Isteri Menteri Besar/Ketua Menteri - Yang Amat Berbahagia
(g) Menteri, Timbalan Menteri - Yang Berhormat
(h) Isteri Menteri dan Timbalan - Yang Berbahagia
(i) Tun/isteri - Yang Amat Berbahagia
(j) Tan Sri/isteri - Yang Berbahagia
(k) Datuk selain negeri Johor - Yang Berbahagia
(l) Dato’ dari negeri Johor - Yang Berhormat
(m) Raja/Tengku - Yang Mulia
(n) Isteri Raja/Tengku - Yang Berbahagia
(o) Panglima Angkatan Tentera/isteri - Yang Berbahagia
(p) Ketua Polis Negara/isteri Yang Berbahagia
(q) Ketua Hakim Negara - Yang Amat Arif
(r) Isteri Ketua Hakim Negara - Yang Amat Berbahagia
(s) Hakim Besar - Yang Arif
(t) Isteri Hakim Besar - Yang Berbahagia
(u) Hakim Mahkamah Agong/Tinggi - Yang Arif
(v) Isteri Hakim Mahkamah Agong/Tinggi - Yang Berbahagia
(w) Peguam Negara/isteri - Yang Berbahagia
(x) Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam/isteri - Yang Berbahagia
(y) Ketua-Ketua Setiausaha Kementerian dan Ketua-Ketua Jabatan Peringkat Persekutuan/ isteri - Yang Berbahagia
(z) Ketua-Ketua Jabatan Negeri - Yang Berusaha/Yang Berbahagia

Semoga dapat la kita menambah pengetahuan dan menggunakannya dengan betul dalam menganjurkan dan menguruskan sesebuah majlis kelak. Nak pakai masa majlis kahwin pun boleh :)

DAC: Amanat Dari Yap

Saturday, October 10th, 2009

Digital Arts Competition tahun ni datang lagi dan dah sampai ke final pun. si Yap yang masuk final jumpa aku mintak wakilkan untuk final presentation Digital Arts Competition pagi ni, sebab dia ada hal lain (hal la sangat). aku mula-mula malas jugak nak pegi present, tapi dah kawan mengharap sangat… ikut aje la. len kali aku nak pow kamera dia pulak.

tidur malam tadi punya la tak selesa, dengan sakit perut, pukul 4 baru aku dapat tidur. bangun pagi pening-pening lagi, aku pakai je apa yang aku rasa formal. pukul 9 pagi dah terpacak kat poket D pegi daftar sebagai presenter. ikut tentatif patutnya terus mula… tapi macam biasa aa program kat sini, delay manjang.

900: aku sampai dewan
940: budak sekolah masuk dewan
941: tayangan montaj
945: present gambar yap. messed up. lol.
1048: end of photography presentation
1049: comments by judges on presentations
1100: short break
1115: poster presentation
1125: aku present poster yap
1132: aku balik

peserta yang berjaya ke final tak ramai. daripada apa yang aku perhatikan macam tak banyak penyertaan je. rugi pulak rasa tak submit hari tu. tambah lagi bila si sape tah budak medtech tu cakap ada saguhati RM100 kalau kalah. cis! tapi final DAC kali ni ada contestant dari School of Arts, USM. aku pun tak tau USM ada art ke tak. kelab seni agaknya, entah la. bila tengokkan diorang present hasil fotografi masing-masing lengkap dengan board, covered dengan kertas surih aku dah rasa… abes la macam ni. kene pulak giliran aku nombor satu. aku cakap je la apa yagn aku dah plan sejak malam tadi, pung pang pung pang aku bagi kat juri. goreng sana goreng sini. bila dia tanya itu, aku konar kanan, bila dia tanya ini, aku konar kiri. aku mewakilkan hasil yap aje, bukannya aku tau sangat apa yang dia buat masa snap gambar tu. lagi pulak aku takde EXIF… nasib baik la juri yang ex-berita harian photographer tu tak tanya teknikal gambar. kene yang sorang lagi, dia sound pulak cara aku berpakaian sebab pakai jeans. gambar kene puji, presenter saks plak.

ah… demi member, aku pegi tukar seluar aku dengan niat nak impress juri pompuan tu. nasib baik dalam kereta ada seluar spare. tapi bila tiba giliran poster presentation, tukar pulak juri. adeh… baru je ingat nak tunjuk seluar baru aku. chait. pengadilan untuk poster berjalan dengan cepat… juri tak nak ada sesi Q&A. ah, lagi cepat lagi bagus pada aku. perut pun dah lapar. lepas selesai, aku terus keluar lecture theater tu, langsung tak tengok peserta lain mempersembahkan hasil poster diorang, apatah lagi kategori short film selepas tu. aku ambil Gempak dengan Utopia free kat kaunter, then pegi cafe beli makanan. dah sampai bilik dan setel semua, aku sambung balik tidur aku pagi tadi yag terbantut.

pukul 1525, yap sms aku cakap tengkiu. rupenya foto tu menang johan, poster plak 2nd runner-up. pergh, menang berganda! lebih seribu ni rasanya duit menang tu. tak sia-sia aku wakilkan, ada jugak hasil. sekurang-kurangnya tade la aku rasa menghancurkan hasil seni orang lain dengan presentation aku.

dac_002

organizer buat ape tah sampai lambat start program

siti rahayu kot nama dia, dari USM tengah present

siti rahayu kot nama dia, dari USM tengah present

backdrop final presentation kategori fotografi

backdrop final presentation kategori fotografi

9

Kembali Menembak?

Wednesday, July 15th, 2009

sedang aku quick browse kat internet mencari artikel yang menarik untuk dibaca, aku ternampak satu gambar nih kat utusan online:

ikan_sg_labu1

kenapa dengan gambar ikan tuh? ceritanya pasal pencemaran air Sungai Labu di Sepang, tapi apa yang menarik perhatian adalah kerana aku rasa ini antara shot terbaik yang pernah aku tengok daripada apa yang ada dalam akhbar utusan selama ni. kebanyakan gambar dalam akhbar biasanya mengejar masa, tapi yang ini ada ciri-ciri tersendiri. sudut pandangan pun cukup menarik.

ah, sudah! kenapa aku tetiba komen pasal gambar dan fotografi nih? adakah jiwa aku kembali bergolak ingin menembak lagi? hari ahad lepas aku berkesempatan menghadiri ke majlis pertunangan rakan sekolah, fuziah ahmad. jumpa plak udin, lengkap dengan senapang panjang sedia untuk merakamkan saat-saat bahagia fuziah. pergh… memang terbakar jugak la. ingat lagi dulu udin bertanyakan pada aku pasal DSLR, sekarang dia plak bagaikan skuad artillery ke hulu ke hilir.

rakan-rakan Medtech pun ramai yang dah upgrade. mungkin masanya sudah semakin hampir untuk aku plak. insyaAllah, jika tiada aral, tak lama lagi la tu.

p/s: tahniah kepada rakan, fuziah ahmad atas ikatan pertunangan bersama pilihan hati. aku doakan semuanya jaya ke jinjang pelamin dan seterusnya bahagia meniti alam berkeluarga.

3