Posts Tagged ‘merepek’

Dendam Dengan Spam Bot

Tuesday, March 9th, 2010

aku selalu excited bila ada orang reply entri blog aku. rasa macam seronok plak menulis (menaip). walaupun aku tau lagi banyak merepek daripada apa yang benar-benar berfaedah untuk dikongsikan, ada juga yang membaca. kihkih.

dalam excited tu kadang-kadang juga ada rasa geram. tau bila? bila bot dari mana-mana tah spam  aku punya comment box. apa kes dengan Akismet ni? tak jalankan tugas ke? grr… bila baca spam tu, ayat memang motivasi habis la.

“wah, ayat awak macam journalist, teruskan menulis ya?” (dalam english)

ataupun…

“entri ni memang benar-benar membantu saya, anda berbakat besar. berminat untuk beli viagra dan ubat xxx?” (dalam english juga)

ceh… aku rasa macam nak reply balik je. “aku tau aku hebat, bye!” adalah ayat yang berlegar-legar dalam kepala aku, tapi aku tau, yang bodohnya nanti aku jugak. bkn dia baca pun. maka, setiap kali aku menekan ‘delete‘ untuk comment merapu macam tu, secara tak sedar aku berperang dengan perasaan sebab tak dapat membalas dendam kepada bot. rawr!

spam_katun

9

Cowboy Bertopeng

Thursday, November 19th, 2009

OMG… annoying sungguh aku dengan polis trafik tu.

situasi nampaknya memaksa aku membuat entri baru untuk melepaskan kejelikan aku tengahari yang indah ni. sekarang aku kat dalam petronas mesra, ber-wifi sambil tunggu kereta berkilat di-snow-wash. terpaksa jugak beli jagung manis sebab nak mintak password untuk wifi mesra nih, nasib baik la x slow mcm siput.

apa yang menjelikkan (hmm.. ape lagi istilah yang lebih sesuai ye?) aku adalah 3 orang lelaki tua kat meja depan ni. dua orang lengkap beruniform polis trafik, seorang lagi baju biasa. preman agaknya. diorang bleh plak buat bising kat sini, kacau gadis penjual jagung mesra dengan pelbagai soalan pelik. mintak jagung dengan cabai la, jagung dengan madu la… ntah pape. suara kuat-kuat lak tu, dah mcm kat mapley lak. agak-agak la pon… tempat dengan aircond mcm ni, kontrol la sikit.

aku jeles ke sebab diorang kacau gadis (awek) mesra tu? tak kot *jawab dengan yakin*

aku nak ber-wifi sambil dengar radio dengan tenang. plis jangan kecohkan keadaan. dah macam kat dalam cowboy bar plak. bezanya, cowboy ni naik motor besar.

3
Tags: , , ,
Posted in Rambles |

Entri Hebat

Thursday, November 5th, 2009

1. sejak akhir-akhir ni aku kalau reply mail ke ape ke semua pakai point macam che det guna dalam blog beliau.

2. aku rasa seronok plak tulis macam ni, dapat aku luahkan/cerita/explain satu persatu dan orang yang baca pun lebih paham.

3. so aku terasa macam nak bawak style ni kat blog jugak, takde la setiap masa, mungkin sekali sekala ke… tengok keadaan.

4. dua tiga hari ni ada banyak kali jugak aku berborak dengan kawan-kawan dari tangkak, ape lagi kalau bukan kat fesbuk.

5. seronok bila cerita balik, siap plan nak pegi sana sini la.. ape la… ntah jadi ke ntah tak tuh.

6. eh… bosan la plak tulis camni.

7. takde idea dah aku, mungkin gaya tulisan camni tak sesuai untuk aku blogging.

8. luls.

9. kthxbai.

8
Tags: , ,
Posted in Rambles |

Aku Hensem

Monday, August 10th, 2009
    rambut lembut, mata menawan dan tentu sekali mulut yang terpelihara

rambut lembut, mata menawan dan tentu sekali mulut yang terpelihara

aku cakap, orang tak percaya. bila dah tengok baru la tau rupa. kadangkala provokasi adalah jalan yang paling mudah, dan mungkin juga yang paling berkesan untuk menyampaikan sesuatu. nak tunggu orang lain mula dulu, boleh jadi lambat sangat. apa kata kita amik langkah pertama. Que sara, sara… what ever will be, will be~

:D

7
Tags: , , , , ,
Posted in Rambles |