Posts Tagged ‘pengarah’

Buruk Sangat Ke Drama Melayu?

Friday, March 5th, 2010

ada kawan aku kat facebook ni selalu rasa sedih bila dia tengok drama melayu kat tv. tiap kali tengok, ada je rasa sedihnya tuh. dengan jalan cerita, dengan garapan skrip drama, pelakon… semuanya menjurus kepada kesedihan. mungkin pengalaman hidup atau keadaan kawan aku tu yang memang tengah sedih sekarang ni membuat dia rasa begitu, dan drama melayu menjadi pendorong kepada situasi tersebut.

dan ada pula seorang lagi rakan yang mengatakan drama melayu semuanya melancholic. apa itu melancholy? melankoli adalah suatu yang bersifat kesedihan yang dalam dan berpanjangan. pendek kata, rakan aku ni kata drama melayu semuanya sedih-sedih belaka dan dia lebih gemar untuk menonton drama luar. lebih banyak aksi barangkali.

bagi aku, walaupun perkara ini adalah personal preference; menonton drama tempatan atau pun tidak, namun ada beberapa perkara yang aku rasa perlu diketahui semua. ya, aku memang menonton drama melayu. aku suka tengok drama tapi minat aku lebih kepada drama bersiri, bukan drama pendek yang one-shot macam Cerekarama. ramai juga yang memperlekehkan minat aku menonton drama tempatan, cerita entah apa-apa la, semua nak jadi keparat la, dan lain lain lagi. kat sini aku nak ajak semua berfikir atas beberapa dakwaan mereka yang tidak langsung meminati drama melayu:

1. Drama melayu semuanya nak sedih. Menangis je kau tau, lain takde.

aku bukan la pengkritik hebat, bukan juga lepasan graduan bidang seni pementasan, tapi aku tau la juga untuk sebuah penceritaan yang baik, pelbagai emosi itu perlu ada. sedih, marah, gembira, kecewa. maka, logik la dikatakan setiap drama itu ada bahagian yang menyedihkan, tapi adakah semua drama melayu di kaca tv itu memaparkan tema sedih berpanjangan selama 60 minit durasi tayangan? ok, drama Rosyam Nor memang macam tu (aku tak minat semua drama dia), tapi bagaimana dengan yang lain-lain? Gerak Khas (aku bukan fanboy GK, tapi contoh ni sesuai untuk hujah) tak sedih pun. Puteri tak sedih pun. maka, atas dasar apa anda mengatakan drama melayu semuanya membawa tema sedih?

2. Kalau berlakon mesti nak jadi anak datuk, nak jadi orang kaya keparat.

sekali lagi, drama Rosyam Nor memang begitu (haha, aku pun tak suka). tapi kalau difikirkan kembali, pandangan seperti ini sudah ada lebih 15 tahun yang lepas lagi, cuma dalam bentuk yang berbeza. zaman tu, orang selalu berfikir, “Drama melayu tak ada yang lain, balik-balik cerita pasal kampung”. nampak tak pattern kat sini? dulu orang komplen sebab drama melayu tak habis-habis pasal kampung seolah-olah menggambarkan kehidupan melayu ni semuanya miskin, ini pula pasal dunia korporat, macam la orang melayu kat malaysia ni kaya sangat. kalau dulu cerita Opah kat tv1, sekarang Nigina (sigh!) kat tv3.

bagi aku, banyak je cerita lain yang tidak menjurus kepada dunia orang kaya-kaya ni. kehidupan yang sederhana, yang miskin tak payah cakap la. cuma mungkin waktu tayangan tu yang membuatkan orang ramai membuat tanggapan seperti ini. yela, balik kerja dah petang/malam. lepas dinner buka tv terus dah start slot Akasia atau Samarinda di tv3. slot tu plak dimonopoli oleh drama terbitan Ziela Jalil dan Rosyam Nor. dah memang itu feveret storyline dia, tak boleh buat apa la. haha. tapi cuba anda buka tv pada waktu pagi, jam 10-11 pagi macam tu. aku selalu tengok ada je drama bercorak yang lebih menarik. maka, atas dasar apa kita nak generalize drama melayu itu semuanya mesti pasal orang kaya keparat?

3. Katun gila CGI drama tu… takde mood nak tengok.

CGI atau Computer Generated Imagery memang banyak membantu dalam menjadikan sesebuah cerita fiksyen dan aksi lebih menarik. kesan khas yang dipaparkan akan dapat memberikan gambaran jalan cerita yang lebih berkesan untuk penonton. namun, kos untuk menghasilkan janaan komputer bukanlah sesuatu yang remeh. mungkin dalam filem tempatan; sebagai contoh hasil produksi KRU yang sentiasa menitikberatkan kualiti boleh la kita terima, tapi penghasilan untuk sektor drama tempatan masih lagi rendah. aku sendiri mengakui bab ini. tengok saja Papaya, Kapten Kit, Bio-Nik dan lain-lain lagi. semuanya menghampakan. jauh perbandingan yang boleh dibuat dengan drama bersiri dari Hollowood; Heroes, Lost, Supernatural. tapi kita kena la bagi muka sikit. industri luar tu besar, kita punya ciput la sangat. mana taknya jadi macam tu. ok, yang ini kalau orang komplen, aku boleh bagi can la. haha.

drama tempatan bagi aku ada keunikan tersendiri, bergantung kepada pengarahannya juga. memang ramai pengarah drama di Malaysia yang sekadar tangkap muat dengan kualiti produksi mereka. seperti yang aku kata pada awal entri, aku bukan la lepasan graduan seni, tapi lebih menjurus kepada teknikal. apa yang aku akan lihat setiap kali mesti kepada aspek teknikal. aku selalu tidak berpuas hati dengan teknik pencahayaan dan camera works yang tidak menjadi dalam drama-drama tipikal, tapi masih ada pengarah yang mempunya bakat dan pengalaman yang luas dalam menghasilkan drama dan filem yang hebat. dua perbandingan yang paling aku suka buat adalah Prof. Madya A. Razak Mohaideen dan Kabir Bhatia. tak mahu komen banyak, anda sendiri lebih arif dengan kualiti drama/filem dua pengarah tersebut, yang mana baik dan mana tidak mencapai tahap on-par sekalipun bagi aku.

p/s: aku bukan la seorang aktivis drama melayu tempatan, sekadar mengajak semua berfikir.

p/p/s: tiada gambar, puas aku cari gambar drama Papaya dan Kapten Kit, tapi gagal. haha.