Posts Tagged ‘petrol’

Menang 2 Juta, Boleh?

Sunday, March 7th, 2010
menang plz! menang plz!

menang plz! menang plz!

terkebil-kebil aku tengok resit depan mata. sungguh aku sendiri tak percaya, dari 4 februari sampai la 5 mac, aku dah membelanjakan RM410 untuk bahan api kereta. ini bermakna, aku membelanjakan purata RM13.67 setiap hari untuk tempoh 30 hari. kalau dulu harga petrol naik seposen dua sedikit pun aku tak kisah. ala, naik motor je pun… paling kuat isi RM8. itu pun boleh jalan lama. sekarang isi RM8 pusing satu kampung pun boleh habis sekelip mata!

hasilnya? pada aku sekarang ada 11 resit pembelian petrol dari Petronas, lengkap dengan borang penyertaan peraduan “Alami kuasa hebat! Nikmati penjimatan! RM2 juta untuk dimenangi!”, masih lagi belum dihantar ke stesen berdekatan. aku dah beli petrol, aku dah mengalami kuasa hebat, tapi penjimatan bab penjimatan tu aku kabur sikit selepas melihat resit-resit tadi. ok, Petronas betul-betul mesti kasi aku menang hadiah utama tuh! tak dapat RM100 000, menang RM10 000 pun jadi la. kamon, hari tu aku dah terlepas Supercar kau, harapkan dapat Lancer dengan Mazda 3, haram tak dapat apa. yang ni kau bagi aku tutup mata je la Petronas oi… amiiiin!

p/s: sori teng, tak jadi la kasik kat kau. tetiba aku rajin lak nak isi borang nih >_<