Posts Tagged ‘weton’

Mengenal Kalendar Jawa

Thursday, January 1st, 2009

tahun baru nih kita mulakan dengan post yang agak menarik sket. baru la kene dengan tema, tak gitu? huhuhu. selepas sehari suntuk membaca kisah-kisah mistik dan paranormal dari seberang, tertarik pula hati nak belajar pasal kalendar jawa nih. kalau dulu-dulu selalu nampak pada kalendar murah tu, ada tulis kliwon la, ape la… tapi nak gunanya tak pandai. skang ni hati berbunga kembali. kih kih…

actually banyak lagi pasal kalendar jawa ni yang lom paham, tapi apa yang nak dikongsikan nih berkaitan dengan hari-hari tertentu dalam kalendar jawa. menariknya, setiap hari mempunyai maksud tersendiri. mungkin ada yang pernah tengok cerita hantu “Malam Jumaat Kliwon” tuh, ada yang kata kalau hari jumaat kliwon nih, keras la sket berbanding hari-hari lain. ada juga yang kata bkn keras je, yang baik pon ada juga. bergantung pada niat dan situasi. menurut orang juga, orang yang lahir pada hari sekian-sekian ada membawa makna tersendiri. macam horoskop la kiranya.

Dalam kalendar jawa ada 5 hari dalam seminggu yang dipanggil

  • Legi
  • Pahing
  • Pon
  • Wage
  • Kliwon

berbeza dalam kalendar hijrah dan gregorian, kita biasanya ada 7 hari dalam seminggu. so, macam mana kita nak tahu bilakah weton (javanese birthday) seseorang nih? ha, dengan menggunakan steps di bawah boleh la tau hari apa korang lahir. kita mulakan dengan contoh tarikh: 16 September 1963

Step 1: dengan menggunakan 2 angka terakhir dalam tahun tuh, rujuk pada jadual di bawah. kemudian cari pula bulan yang dikehendaki pada column atas sebelah kanan. dalam kes ni, tahun 63 dan September akan memberi nilai 0.

weton1.png
Step 2: tambahkan nilai angka tadi dengan haribulan yang kita kehendaki. maknanya, 0 + 16 = 16.

Step 3: sekarang, cari angka 16 dalam jadual di bawah pula. ini akan memberikan hari dalam 7 hari seminggu tuh pada kita. dengan nilai 16, bulan September tahun 1963 kita akan dapat tau hari tersebut adalah hari isnin.

weton2.png
Step 4: untuk mengetahui hari apa dalam kalendar jawa yang kita cakap awal-awal tadi, kliwon ke, wage ke tuh, buat macam step 1 menggunakan jadual kat bawah ni pula. kaedah yang sama. nilai yang sepatutnya adalah 1.

weton3.png
Step 5: tambahkan nilai yang dapat tadi dengan haribulan yang kita cari tu, 1 + 16 = 17. kemudian, rujuk pula dengan jadual keempat di bawah ni. dengan nilai 17, hari yang ditunjukkan adalah kliwon

weton4.png
maka, 16 September 1963, tarikh bersejarah dalam penubuhan Malaysia jatuh pada hari isnin kliwon mengikut kalendar jawa. apa yang istimewa pasal isnin kliwon nih? haaa, tu cari la sendiri. aku tak mahu sentuh lebih lanjut pasal horoskop nih. cuma pada pendapat peribadi, selaku orang berdarah jawa, ada baiknya tahu bila kita dilahirkan :)